Demam lagi...

Tuesday, April 16, 2013

Salam....

Rizqin demam teruk kali ni. Mungkin cuaca terlalu panas. Kali ni dia tak mahu makan..2 hari tak mahu makan..pagi tadi rasanya perut dia berbunyi lapar. Sebelum keluar rumah, tanya di anak biskut tak...dia cakap "na nak"...so pergi nursery dengan perut lapar. Cuma dia minum susu 2oz aje. Kesian anak mama. Lembik aje dlm kereta. Siap termenung lagi. Tak cakap banyak.

Masa ni baru balik dari Klinik. Kesian dalam kereta pun dah tak boleh bukak mata. Letih & mengantuk sangat. Tanya nak makan tak? "na nak", nak susu tak "na nak" sambil geleng kepala. Mandi pun tak mahu. Lap2 badan aje. Mama solat kejap..abis solat tengok2 dah tertido. Siannya...

Tab pun tak sempat nak on...dah tertido...


Ngantuk sebab makan ubat kot...



Kejadian ni berlaku pada petang Ahad...

Malam tu dia asyik terjaga2 sampai 3:30 pagi. Badan panas jangan cakap ler...basahkan kepala dengan air letak cool fever pun tak jalan. Last2 bawak dia tido kat tengah hall..pasang kipas siling dengan kipas bawah...barulah dapat tido.

Papa sedap berdengkur. Mama kejap2 terjaga. Sampai sakit2 kepala. Pagi tu badannya masih panas. Mama terpaksalah EL. Takkan nak hantar ke nursery. Takut jadi apa2. Mana tahu cikgunya tak perasan panas dia naik mendadak. Niaya je anak mama nanti. Biarlah orang nak kata mama ni asyik EL je. Janji anak mama tak jadi apa2. Kerja boleh cari, anak mama mana nak cari ganti.

"Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana manjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba"

"Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah s.w.t. akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. bagi 12 tahun pahala ibadat."

Petang semalam pulak...bagi semua makanan dia tak nak. Semua nya geleng kepala. Last2 bagi "roti canai instant"...barulah dia nak. Makan ler jugak selebihnya suap ke mulut mama. 





Malam bawak pergi Restoren Upin Ipin kat Shah Alam..belakang jakel tu...kot2lah dia nak makan kan....tapi ayam goreng pun x abis makan...fries pun tak mau. Hanya minum air Blackcurrent Upin Ipin aje.




Tadi call Nursery, cikgu Rizqin kata dah tak panas badannya.Tak sabar nak balik tengok dia.

Doa utk tarik demam anak..biar cepat baik...nak share...kali ni cepat jugak dia baik...3 hari dah recover.

-Hadiahkan fatihah 1x pada Rasullulah s.a.w.
-Tadah tangan macam berdoa baca surah qulhullah 3x dengan 1 nafas. -Kemudian hembus pada tangan.
-Sapu tangan umpama menarik demam bermula dari hujung kepala hingga hujung kaki dengan baca bismillah @ selawat berulang kali sebanyak 3-4 kali. 

Insya Allah..demam nya cepat baik. Bagi yang tak kuat..demam tu akan berpindah kepada anda.



 





0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...