Ma...nak "Bal" =Ma nak ball
Pa..nak "Bal"=Pa nak ball
Pergilah kemana2 sahaja..asal nampak kelibat bola..dia akan sebut "bal"..
Tiap kali pergi Giant,Tesco,Mydin,Carefour atau kedai2 biasa...tiap kali itu jugak dia nak ball...
Belilah segala mak nenek kereta, pistol,senapang dan macam2 lagi...sekejap aja dia main...lepas tu semua mainan dirosakkannya. Yang ada dalam kepala otak Rizqin..ball..ball..ball...dari kecil smpi dah 1 tahun 7 bulan ni...mama dan papa dah faham dan boleh agak...Rizqin tak minat pada segala mak nenek toys...Minat dia lebih pada sport...dia suka bole sepak, dia suka badminton, dia suka tenis, dia suka golf...
Mama rasa Rizqin ni mengikut betul perangai mama..sebijik...mama suka pada sport. Masa kandungan mama 7 bulan...mama main dart &carom. Dart ni elok utk bagi dapat anak yg fokus. Nak main dart kena fokus betul2. Bukan senang nak check out. Secara tak langsung, dia membantu Rizqin dalam kandungan utk lebih fokus.
So, oleh kerana Rizqin minat sangat ball...papa pergilah cari VCD bola kampung. Tapi susah sangat nak dapat yang cetak rompak (hehehehe-nak murah punya pasai). Taukeh kedai CD yang biasa papa beli tu cakap...VCD bola kampung memang tak boleh nak dicetak rompakkan. Kalau nak beli, kena beli masa roadshow diorg.
Kebetulan, semalam ada roadshow diorg kat Econsave Klang. Maka gigihlah papa mengajak kami ke sana semata2 nak beli VCD utk anak kesayangannya. Mahal jugak VCD ni RM39.90..Banyak juga barang yang dijual ..macam beg, t-shirt,pencil case, pencil colour dan mcm2 lagilah. Lupa nak snap gambo.
Masa sampai tu, maskot tengah menari ghanam style. Rizqin apa lagi...automatik goyang tangan ala ghanam style hehehe...tapi mama tak sempat nak snap pic tengah berghanam dia tu...
Papa tengah pilih VCD...
Orang tak berapa ramai masa kami datang ni..time ni dalam pukul 3 petang.
Rizqin nak bergambor dengan maskot Iwan,Kumar kat belakang sana tapi ramai sangat orang
Rizqin dgn maskot A&W. Muka serius tak boleh blah.
Papa pulak yang excited bergambo. Rizqin dok tengok tangan maskot tu heheh.
Lepas dapat VCD kami ke Alam Impian, makan A&W sambil tengok layang2 dan ambil angin petang. Sekejap aje kami kat sana sebab panas. Ada angin tapi badan terasa panas.
Nak belilan Rizqin layang2..mahal sangat harganya.
Lepas bawak Rizqin tengok layang2. Kami terus pusing2 tengok rumah dekat Alam Impian ni. Impian papa nak beli rumah dekat sini. Tengok suasana rumah kat sini macam best aje. Jauh dari kesesakan. Mudah2an impian papa tu tercapai. Amin..Seronok nya kalau dapat rumah ada tanah. Penat dah mama dok rumah merpati. Terkurung aje. Kat sini petang2 boleh bawa Rizqin pergi taman. Boleh kita main ball sama2. Seronoknya. Tak pe berangan itu free kan papa. Mula2 angan lepas tu jadi kenyataan.
Rumah yang kita duduk sekarang bermula dari angan2 jugak kalau Rizqin nak tau. Dulu2 area puchong ni tak membangun lagi. Jalan nak ke tractor Malaysia tu hanyalah jalan baisa yang tak ada Tar..jalan berpasir aje. Satu hari tu, mama lalulah jalan depan rumah kita tu sambil tengok kiri kanan jalan. Terdetik dihati mama, "bestnya kalau dapat rumah kat sini". Time tu suka sangat tengok deretan rumah teres kat Kinrara ni. Mama tak ingat tahun bila masa tu. IOI pun mama rasa macam tak ada lagi kot. Tup2 setelah 8 tahun, Allah makbulkan suara hati mama itu. Rumah kita betul2 dibelakang rumah teres yang mama impikan. Padahal mama tak de mengharap dan berdoa pun nakkan rumah ni. Walaupun rumah sekarang bukan rumah teres tapi apartment. Allahamdulilah disinilah syurga kita. Moga impian utk beli rumah di Alam Impian ini juga akan tercapai satu hari nanti. Amin...
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...