Salam semua...
Atar dengan bermurah hati belikan Rizqin TAB sebab asyik guna papa punya aje. Papa punya mahal, kang rosak marahkan Rizqin. So atarnya dengan bermurah hati menghadiahkan Tab ni utk Rizqin. Bukan main canggih lagi. Umur baru setahun jagung dah pandai guna tab. Mama jugalah dengan HP Nokia buruk ni aje. Sok SOk Sek..sedih. Siap hint2 kat papa lagi. "Semua orang pakai TAB. Mama aje tak ada TAB. Pakai hp buruk je. Orang semua guna smart phone. Papa tu semuanya utk Rizqin. Untuk mama tak ada hehehehe" (ayat mintak simpati) harap terkesanlah kat hati papa tu. Mama nak Samsung Ace tu aje..bukan mahal pun.
Rizqin ni sampai rumah je tak de lain mintaknya nak "o okh" maksudnya nak TAB lah tu. Selalu meraban satu rumah cari beg papa dia. Kot2 ada "O okh" kat dalam tu. Kalau papa balik, bukan menangis nak kan papa tapi menangis nakkan "o okh". Pening kepala pulak dibuatnya. Masalah juga bila kecik2 dah diajar guna bendalah ni. Budak2 sekrg advance lain macam.pagi2 buta bangun tido nak "o Okh" jugak. tadi siap melalak nak bawak o okh ke nursery. tak ke parah dibuatnya. Dah lah mama lambat, sibuk terpusing2 sebelah papa nak kan O okh. Tak de kami bagi. Time nak tido je boleh guna o okh. Lain masa kena bersosial macam biasa.
Asal usul o okh ni...sebenarnya dari lagu " Oh Mc Donald in the farm" Dalam tu ada sibuk EII YA EII YA OO...dia nak sibuk tak reti. Maklumlah tak pandai lagi bercakap. Maka jadilah O okh saje. O okh pun O okh lah Rizqin. janji mama papa faham hehehe.
Reaksi pertama orang dapat TAB...
Dengan tak sempat pakai pampers nya terus pegang O okh dia sendiri. Siap bawak lari lagi. Sabar ajelah. Dia tahu camne nak on...lepas tu siap ada keyboard lagi. Lagilah banyak aktiviti mengopek yang dia boleh buat.
Anak2 zaman sekarang...tak sama dengan anak2 zaman kita dulu. Kita main kat luar rumah, campur kawan2. Diorg main dalam rumah. Tak campur orang. Ginilah lumrah hidup. sentiasa berubah. Inilah dia Generasi Alfa.
Generasi Alfa-apa tu? Nanti kan post akan dtg...
Impian mama,Kasih anak pada mama
8 years ago
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...