Happy New Year 2013

Tuesday, January 1, 2013

Salam semua...

Berakhir sudah tirai 2012...kini 2013 menjelma. Apa azam untuk tahun ini?

Sudah 2hb Jan, mama masih belum punya azam. Azam tahun lepas pun masih ada yang belum terlaksana. Rasanya tahun lepas macam tak ada apa2 perubahan pun dalam hidup. Macam masih ditakuk lama sahaja. Tahun ni perlu ada perubahan yang drastik dalam hidup. Supaya hidup lebih bermakna dan tak layu macam tahun lepas. So kena set target secepat yang mungkin.

Untuk Rizqin, pembukaan tahun ni dapat makan macam2 makanan yang dia tak dapat makan sebelum ni. Malam tadi Rizqin gi Majlis hari jadi Tengku Bendahara Selangor di De Palma In Hotel Shah Alam. Rizqin sangat2 aktif, sampai kami tak tahu nak buat apa. Lastly sumbat aje apa je apa yang boleh disumbat. Segala coklat, kek & dessert dia makan. Siap nak minum air mama. Nak nak...bagi jugaklah 3 teguk. Dah nak minum minuman orang dewasa.

Papa asyik mengeluh aje tak dapat nak makan. Adatlah papa dah ada anak, makan dah jatuh no.2. Yang utama ada anak. Mama pun makan laju2 aje tapi kenyang..semua menu mama makan. Sampai nak mengulang makan mertabak dan roti canai dah tak boleh lagi. Rasa tersekat dikerongkong. Ulang gerai mertabak dekat 5 kali..orang Q panjang sangat.
Pedulikan apa yang papa dok mengomel kat sebelah. Mama makan selaju yg boleh. Pastu siap keliling meja buffet tu sambil dukung Rizqin..hehehe...acara kat stage pun mama tak ambil pusing, janji perut ku kenyang hehehe...kali ni mama puas hati sebab dapat makan sepuasnyaaaa....

Rizqin jangan cakap ler...aktif aje..asyik keja nak merayau je dalam dewan. Masuk2 dewan tak mau duduk ..nak lepas dan berjalan antara meja2. Tak reti takut langsung. Jalan menunduk lak tu. Sampai waiter pun nak dilanggarnya. Budak ni tak makan saman. Kena lepuk ngan papa, nangis kejap..suara satu dewan dengar, nasib baik sekejap aje. Pastu sambung balik tak reti duduk diam. Last sekali, papa terpaksa buka tab, bagi dia main games. Papa sebenarnya banyak jaga Rizqin, mama banyak merayau cari makanan..hahaha...tak peduli dah orang kiri kanan..

Bila sudah ada anak ni..semua keja kena pantas termasuklah bab makan. Malu tolak tepi janji perut perlu diisi secepat mungkin bila ada peluang & sebelum siren papa berbunyi "papa tak dapat makan lagi ni, papa lapar ni". Kalau dah siren dia berbunyi, makan pun jadi tak lalu & selera pun hilang. Sentap!  Bila papa beri green light "Mama pergi ambil makanan". Berdesup mama hilang...duduk balik dekat meja..tunduk dan makan. Abis sepinggan, pergi lagi cari makanan lain sehingga siren papa ke 2 berbunyi barulah mama stop makan hahahaha....dan ambil Rizqin. Kalau nasib baik, kakak2 sedara Rizqin datang ambil Rizqin...so inilah peluang ke 3 untuk mama isi perut lagi hehehe...Nak makan pun kena pandai ambil peluang....tiada istilah berborak sambil makan bagi mama..kesian mama..hahaha...







Beria2 Yasmin tengok Tab tu..Rizqin rileks aje tak heran dah....Suh mummy beli tab cepat2 yer Min...


Siap jilat jari anak mama ni..sedap sangat ke makan?

Majlis selesai pukul 11 malam. Rizqin masuk kereta terus tertido kekenyangan.







0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...