26 Ramadhan-Lahirnya seorang lagi umat Nabi Muhammad s.a.w

Tuesday, August 14, 2012

Salam semua...

Hari ini 26 Ramadhan - ALLAH SELAMATKAN KAMU, ALLAH SELAMATKAN KAMU, ALLAH SELAMATKAN RIZQIN HAZIM,ALLAH SELAMATKAN KAMU.


26 Ramadhan 1431-bersamaan 26 August 2011 peristiwa yang tidak akan mama lupakan. Mama bertarung nyawa melahirkan seorang lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. Sakitnya tidak mampu diceritakan. Hanya yang bergelar ibu sahaja memahami betapa perjuangan melahirkan anak adalah perjuangan antara hidup dengan mati. Nyawa betul2 dihujung tanduk. Namun ganjaran dari Allah yang dijanjikan ini menguatkan mama untuk melaluinya.

Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji

Malah Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid


Setiap jam dan saat mama rasakan terlalu lama untuk mama tanggung kesakitan itu. Dari sakit yang sedikit, makin lama makin sakit dan akhirnya setiap beberapa saat sakitnya. Terasa masa tak berganjak2 sekali pandang pukul 2, kemudian pukul 3 last sekali pukul 5. Sudah macam2 ayat & zikir yang mama baca. Namun kesakitan itu tidak mampu ditahan. Berjuang sorang2 didalam labour room. Perjuangan yang tak tertahan pada jam 5:45 pagi. Hampir 1 jam setengah mama berjuang untuk push Rizqin keluar dari rahim mama. Terasa nafas tidak mengcukupi, tenaga sudah lama hilang. Saat itu yang terbayang hanyalah wajah IBU yang melahirkan mama. Begini rupanya sakit melahirkan anak. Berganda2 sakitnya. Patutlah syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Saat itu alangkah indah jika atok mak ada bersama utk memberi sokongan buat mama. Sebab selama ini, tiap kali mama masuk hospital, atok ada bersama menemani mama disebelah katil sambil membacakan yassin dan berzikir buat mama. Atok mak adalah ibu yang hebat. Atok ayah adalah bapa yang hebat kerana tidak pernah membiarkan mama nenagung kesakitan sendirian. Merekalah penguat semangat mama. Tapi kali ni hanya iringan doa dan solat hajat yang jauh dapat atok mak dan atok ayah hadiahkan pada pagi tersebut. Berdoa agar anaknya selamat melahirkan cucu nya yang bertuah ini. Memang niat atok mak & atok ayah mengiringi mama pada hari bersejarah ini tapi Rizqin tidak sabar nak melihat dunia dan menyambut hari raya lebih awal. Rizqin lahir awal 3 minggu. Kini Rizqin adalah penguat hati mama. Nyawa mama.


Atok mak sampai pada hari ke 3 mama dihospital. sanggup tidak beraya semata2 ingin menemani mama dan Rizqin berpantang di rumah. Terima Kasih MAK.

7:47pagi, lahirnya Raja Muhammad Rizqin Hazim pada pagi Jumaat penghulu bagi segala hari. Jumaat terakhir di bulan Ramadhan. Doa Mama dimakbulkan oleh Allah untuk melahirkan anak pada hari Jumaat dibulan Ramadhan yang mulia.


Mama berdoa agar anak ini jadi anak yang bertuah, soleh, beriman, berakhlak mulia, cerdik,menghormati kedua ibu bapanya dan berjaya didunia dan akhirat serta dimurahkan rezekinya sentiasa. Niat mama mahu jadikan Rizqin seorang Hafiz Al-Quran. Di bulan yang mulia ini moga Allah tunjukkan jalan mudah buat mama mengapai hasrat mama ini.

Hari ini 26 Ramadhan 1432 bermakna Rizqin sudah mencapai umur 1 tahun. Happy Birthday Rizqin. Anak mama sudah semakin besar, bijak & semakin hari semakin manja. Anak ini banyak membawa rezeki kepada kami sekeluarga. Sesuai dengan namanya "Rizqin-rezeki kurniaan Allah". Semoga Rezekinya sentiasa dimudahkan oleh Allah. Memang niat mama untuk memberinya nama yang bermaksud rezeki agar rezekinya sentiasa berterusan tak putus-putus mengalir bak air. Walau dicincang ianya tidak akan berhenti. Mama namakan juga dengan nama Muhammad agar di padang masyhar nanti dia akan jadi orang yang terawal di hisab bertemu Allah s.w.t dan boleh membantu mama dan papa disana nanti.

Sekarang ini adalah perjuangan mama untuk membesarkan Rizqin. Mengasuh dan memberi pendidikan yang sempurna buat bekalan dikemudian hari apabila mama tiada lagi. Selagi nyawa mama dikandung badan.Perjuangan ini tidak akan selesai. Bila mama sudah menutupkan mata nanti. Hanya iringan doa dan bacaan ayat2 quran saja yang mama mahukan dari Rizqin.

Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadah.

Besar sungguh nikmat yang Allah berikan buat seorang ibu.

Mama hanya ingin Rizqin jadi anak yang terbaik buat mama. Bukan wang ringgit yang mama mahukan cukuplah doa dari anak yg soleh buat mama ketika mama hidup dan telah tiada nanti. Wang ringgit yang mama keluarkan sepanjang membesarkan Rizqin adalah sedekah mama buat Rizqin.

Buat anak mama Rizqin : Jadilah anak yang soleh dan menyenangkan hati mama. Amin.

HAPPY BIRTHDAY RIZQIN.


p/s : Hari ni Rizqin dapat duit raya yang pertama dah dari Auntie Tim. Tq Auntie.
Semalam Rizqin dapat duit birthday dari Auntie Yan. Tq Auntie Yan.


From Mama with love.





0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...