Anak teruna mama

Tuesday, August 7, 2012


Salam semua,

Rizqin masih lagi batuk terutama diwaktu malam. Selsema dah tak ada. kahak masih ada dalam tekak. Paed dia Dr Norazwan suruh continue makan ubat selsema & batuk selama 2 minggu & ada 1 ubat utk clearkan kahak di kerongkong & paru2 dia continue smpi lepas raya (3 minggu). Jumpa balik doctor 25hb  Aug nanti. Sehari sebelum birthday Rizqin yg pertama. Cepatlah sembuh rizqin, kita nak raya ni.

Pic taken kat KPMC Puchong, tengah baca pamplet .. ye ye oo je..pastu usha awek kat kerusi depan. Sambil menyelam minum air..macam mama tak tau awak tu rizqin..pantang nampak awek..:-)


Perkembangan dia setakat 11 bulan 2 minggu ni :-

-Sudah pandai menari. pantang dengar lagu, mula2 hayun tangan, lepas tu hayun badan last sekali hayun kepala. Rock kapak betul anak mama ni.

-Semalam mama ajar dia buat "Give Me 5". Terus dapat. Kejap je ajar. Sampai nak terlentang punya kuat menepuk tangan mama..

-Hari sabtu lepas, dah pandai guna jari telunjuk, tunjuk semua benda. Asalnya mama ajar guna ibu jari buat good. Tapi lain yg dapatnya. Masih tak pandai nak tunjuk ibu jari dia. So dia guna jari telunjuk, tunjuk semua benda. Bila mama tanya "where's car?". Dia pun tunjuklah kereta yg bawah umah tengah parking. Semalam tunjuk "fan". Semua benda nak ditunjuknya. Macam baru dapat jari telunjuk gayanya.Isnin aritu, panggil atar dia ajak makan or dia nak makan..tak tahu lah. "Ta, pastu tunjuk kat pinggan nasi mama".


-Masih lagi alergic pada ayam. Confirm tak leh mkn ayam sbb seminggu mama bg makan ikan, clear je kulitnnya.Semlm baru bg setengah mangkuk, muka dah merah2, dahi semua merah,naik kat pipi dia dan tepi2 hidung. Mama terus stop bg makan. mengamuk dia, tgh sedap mkn tetiba mama angkat mangkuk ke dapur hahaha. Mama gantikan dgn roti cecah susu.. Tu je yg cepat dan pantas sbb dia dah mengamuk kelaparan. makan smpi 2 keping roti.

-Dah mula makan telur sebelum 1 tahun ni. Kuning telur saja. Baru sehari cuba. Esok kena start balik utk 4 hari berturut2. Semua menu telur. Nak tgk dia alergic ke tak. Ni penting sebab 26hb Aug nanti nak gi cucuk utk 1 tahun. Kalau alergic pada telur, bahaya. Doctor kena monitor dia utk beberapa jam lepas cucuk tu.

-Duduk dalam kereta dah pandai tengok luar. Panjang je leher nak pandang ke depan tapi car seat tak boleh diadjust. Itu je ketinggian yg ada. Tak lama nanti, bolehlah nampak semua benda kat luar tu.

-Susah betul nak duduk dlm scroller. Nak berdukung je. Menjerit sekuat hati dia. Kena bantuan dari papa, baru boleh ikat dia dlm scroller tu. Kalau tak dia meronta2 sampai kebawah tempat pijak kakinya.

-Sudah pandai berkawan dan bermain.

-Pandai cubit mama

-Pandai tutup pintu bilik. Sekali je mama tunjuk camne nak tutup pintu. Terus dapat.Hari2 kerja nya nak menutup pintu bilik. Setakat ni belum tersepit lagi. Dia tolak pintu tu lepas tu tarik, tutup balik.

-Suka main pintu kitchen cabinet mama. hari2 mesti nak buka katup. Tak dapat menangis je kerjanya. Tiap hari mama bg 3 kali je bukak katup.

Aktiviti kat rumah sabtu & ahad lepas.

Menolak kereta dan walker dia.




Macamanalah mama nak hias rumah, barang dia aje dah nak penuh 1 rumah. Sudahnya semua barang masuk bilik. Kerusi makan pun masuk bilik. Kalau tak susah dia nak menolak sana sini. Lesen kereta pakai lesen terbang, parking sesuka hati dia je. Kadang tengah lorong dan paling tak tahan tu kat tengah pintu bilik. Papa dia mesti bising umah macam tatanic karam. Tiap kali balik kerja, asyik dapat tugas memarking kereta dia & mengemas mainan dia. hehehe..nasib lah papa.

Rizqin makin sehari makin besar. Kami rasa mcm dah ada anak teruna kat umah ni. Tengok gaya anak teruna mama





0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...