Cuti2 1 Malaysia.-Kemas Mainan Anak.

Tuesday, September 16, 2014

Assalammualaikum...

Cuti2 1 Malaysia korang ke mana? Ramai yang ambil cuti panjang. Mama Rizqin dok berehat kat rumah aje. Sambil2 layan Rizqin.

Ni aktiviti mama Rizqin semlm dok mengemas mainan. Rizqin ni tiap minggu kerja nya nak membeli ultraman,pistol . Semua mak nenek ultraman, spiderman,pistol dia nak beli. Spidermanlah...mcm2 lah....so penuh 1 rumah tu dgn mainan dia...masalahnya bila beli tu, tak smpi 1 hari, kaki dah hilang, kepala tercabut, tangan tercabut. Sudahnya bersepah2 spare part spare part ultraman tu kat lantai. Pening kepala di buatnya.Satu hari entah berapa kali nak kena kemas sbb dia suka curah mainan dia dr dlm bakul ke lantai.

So semlm papa dia buat operasi mengemas ultraman. Buang mn yang dah tak elok. Mana yang boleh dibaiki, dibaiki dan masuk balik dlm bakul mainan dia...

Dah banyak kali kerja2 pengasingan mainan ni mama Rizqin buat...leh cari entry2 seblm2 ni...kat page2 belakang....dulu letak dlm kotak palstik, kemudian bakul plastik, skrg dlm drawer pulak....


Drawer belakang tu tempat isi mainan dia jer...


Dia pun sama menolong mengemas...


Ultraman yang dah dibaiki & diasingkan...yg masih elok.

Yang pastinya seplastik mainan rizqin dpt di clearkan....masuk dlm tong sampah tanpa pengetahuan dia.

Mama Rizqin rasa nak cari kotak yg 3 sekawan tu utk letak barang2 mainan dia...tak larat tengok mainan bersepah2.
Nak asingkan ikut kategori.
1) ultraman
2) kenderaan
3) pistol

Pening nak mengkategorikan mainan dia ni. 

Korang mcmana korang asingkan mainan anak2 bujang korang ek?
Cuba2lah share ngan mama Rizqin...




1 comments:

Anonymous said...

hi :-)
macam mana kotak 3 sekawan tu, ya?

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...