Rizqin Hazim Terkini :-)

Monday, April 7, 2014

Salam...

2 Tahun 7 Bulan.

1) Seorang yg sangat tegas..kalau dia kata A..jangan lah nak ubah2 jadi B, C & D.

Kadang2 terpaksa berkeras dengan dia. Mama masih belajar cara2 nak handle supaya dia tidak terus menangis dan guling2...Masa balik kampung aritu, dia nak pergi kedai yg ada belon2 besar. Kedai tu diseberang jalan besar. Kena melintas jalan .memang tidak sanggup mama nak ke sana. So apa rizqin buat...dia menangis sambil sujud cium lap kaki kat depan kedai unifi. Pujuk pun tak jalan, dukung dia meronta. Last2 biarkan aje. Orang semua pandang. Bila dah puas dia menangis...mama cakap.."mama tak nak kawan ngan Rizqin" akhirnya dia berhenti menangis dan datang peluk. Kawan2 macamana yer nak handle anak yg mcm ni...ada tips tak? ada cara lain tak? Sekarang memang tak ebrani nak bawak dia gi shopping complex berdua saja tanpa papa nya...boleh pengsan dibuatnya...dulu kecik2 bolehlah dukung kemas2..sekrg tak boleh dah. Tenaga dia lagi kuat.



2) Seorang yang sangat teliti kot (tak tau nak kategori apa )

Contoh kalau buka gate, gate tu mesti ditutup semula. Kadang dia sanggup tunggu semua org keluar dari gate, semata2 dia nak tutup balik gate tu. 

Kat rumah atok dia, ada ada 3 grill pintu yg menghubungkan kedai,ruang tamu dan dapur. maka berdentam dentumlah grill ditutup tiap kali dia keluar masuk. Kalau sehari tu ada 20 kali dia lalu pintu bergrill tu, maka 20 kali jugak dia akan tutup semula. Pulak tu main hempas je janji tertutup semula. Sudah lah atok ada sakit jantung. Terkezut2 atoknya. nasib seminggu aje balik kampung. Kalau sebulan, mau roboh grill pintu atok.


c) Sudah pandai buat call, sedar2 kredit handphone makin berkurang, makin berkurang. Kejap2 call atok, kejap2 pakcik, kadang2 call sepupu2nya. Tapi x nak bercakap pun..saje2 habiskan kredit mama.  Jangan ko call bos mama sudahlah yer..Mama nak berbisnes pun kena sorok2 pegang handphone. Kalau tak memanjang dia pun nak main handphone. Kadang call atok , just nak cakap " semekom atok, asikrim ada"?


Konon2 selfie lah ni hehehe

 d) Semakin fasih bercakap, dah boleh buat ayat dan banyak perkataan yang dia tahu dah. Sekarang mama dah ada teman berborak. Kadang2 kelakar bila first time dengar ayat yg kuar dari mulut dia...



e) Masih tak berjaya nak buat "peace"..lima2 jari melintik...puas diajar..tak menjadi2 jugak


f) Hari pic ni diambil, first time dia makan gula2...time ni balik dari kenduri kahwin, ada gula2 dlm goodies bag tu..terlupa nak sorokkan. Klu dia kata nak...mengamuk2 nak jugak..maka terpaksa mama mengalah...bagi anak makan gula2...tapi cakap jugak kat dia.."makan gula2 nanti gigi rosak"...dia jawab apa " oh..gigi rusak yer mama..." tapi tetap mengamuk2 suruh buka gula2 tu....bukan dia faham punnnn....

Ini saja tentang rizqin yg mama ingat buat masa ni hehehe..lain kali update lagi...




4 comments:

Rose Azadir said...

Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik ye...

Mama Rizqin said...

Tq rose azadir..dah follow u..

n O e s u h a i m i said...

wah...rizqin kaki guling yer...klu auntie noe ada...auntie.picit2 mata tu....hehehe...hebat rizqin skang...hehehe

Mama Rizqin said...

hebat sangat noe perangainya...tangan aku ni pun hebat gak...hebat nak mencubit bila dtg perangai guling2 dia tu..x reti nak buat apa bila dia mengamuk.

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...