Cara Saya Simpan Ubat.

Tuesday, June 4, 2013

Salam semua...

Ubat...pasti ada di semua rumah. Bagaimana caranya untuk kita simpan ubat supaya selamat dari dicapai oleh anak-anak. 



Penyimpanan ubat adalah penting untuk :-

  •  Memudahkan mencari ubat jika dalam kecemasan atau boleh juga memudahkan kita ingat untuk mengambil ubat pada waktu yg betul

  • Penyimpanan ubat pada tempat yang betul juga boleh mengelakkan ubat cepat rosak

  • Meletakkan ubat jauh daripada kanak-kanak dan di tempat tinggi penting untuk mengelakkan anak kita termakan ubat yang boleh membahayakan

  • Mengelakkan kekeliruan untuk mengambil ubat apabila ubat diletakkan berselerak dan bercampur aduk



Bagaimana Cara Menyimpan Ubat Yang Betul :-


  • Jauhkan ubat dari kanak-kanak

  • Simpan ubat di tempat kering dan jauh dari panas/cahaya matahari.
  • Jangan Simpan kapsul dan tablet di dalam bilik air, berhampiran sinki dapur atau tempat lain yang lembap. Kepanasan atau kelembapan boleh merosakkan ubat. Jangan letak kapas  di dalam bekas ubat yang telah dibuka kerana ia boleh menyerap udara lembap ke dalam bekas ubat
  • Jangan simpan ubat dalam peti sejuk kecuali diarahkan.-ini ramai yang buat.

  • Jangan tinggalkan ubat anda di dalam kenderaan bagi jangkamasa yang lama.
  • Jangan simpan ubat yang telah tamat tarikh luput atau tidak diperlukan lagi. 

Sumber : http://www.mestiambiltahu.com.my/u6.cfm?key=article

Kena tengok betul2 arahan pada botol ubat :-


* Dingin beku - Simpan dalam suhu terkawal antara -20 darjah celsius hingga -10 darjah celsius

* Peti sejuk - Simpan dalam suhu terkawal antara 2 darjah celsius hingga 8 darjah celsius

* Tempat sejuk - Suhu di antara 8 darjah celsius hingga 15 darjah celsius

* Suhu bilik - Suhu antara 15 darjah celsius hingga 30 darjah celsius

* Hangat - Suhu antara 30 darjah celsius hingga 40 darjah celsius

* Panas - Suhu melebihi 40 darjah celsius


 
Dulu2 mama letak ubat Rizqin macam ni. Yang lebih 6 bulan pun masih simpan lagi.

Setelah di belek2...buang mana yang dah expired. Maka yang tinggal hanya ada beberapa botol ubat saja yang biasa digunakan. Punyalah banya ubat Rizqin kan. Mana taknya tiap2 bulan ada je sakitnya. Tapi sakit2 biasa je. Kata orang tua2 sakit nak belajar sesuatu. 

Mama punya rajin siap buat list date Rizqin sakit.



Masuk aje setahun, dah malas dah tulis. Biasalah anak sorang, rajin tu terlebih lah.

Hari tu pergi Daiso, saya rasa elok simpan ubat Rizqin dan ubat kami dalam bekas yang senang nampak dan bertutup. Senang nak cari ubat. Papa nak amik ubat pun senang.  

Maka gigihlah  mengasing yang expired dan tinggalkan yang 2-3 bulan saja. Dari banyak2 tu hanya tinggal 1 bekas aje.


Yang dalam botol2 ubat deman,batuk dan selsema Rizqin.Dalam paket tu ubat demam,selsema,sakit kepala kami. Dalam kotak kecil tu, paket2 air garam. Kotak oren tu, ubat batuk papa.


Ubat2 yang memang perlu aje saya simpan sekarang ni. Tak nak simpan banyak2 buat serabut dan takut tersalah bagi. Ubat2 ni semuanya bertarikh bulan 4 lepas dan awal bulan ni.


Dalam bekas biru ini, ada scott emulsion Rizqin, Madu Rizqin, Air Zam2 dan air penawar al-quran.


Letak di atas peti sejuk. Setakat ni masih tak jumpa idea nak simpan dekat mana. Di sini aje, tempat yang tinggi dan selamat dari dicapai anak. Saya letakkan di atas bekas lain (bawah tu bekas simpan kain lap2 tangan). Utk elakkan kepanasan peti sejuk.  Suami pun boleh nampak. Tak perlu nak terjerit2 tanya mana ubat. Jimat masa dan tenaga isteri.

Ini cara saya menyimpan ubat, anda bagaimana?







 

9 comments:

Fizah said...

takleh masuk peti ais ke? baru tahu ni...knp tak blh ek?

MamaRizqin said...

Fiza, nanti bahan aktif dlm ubat cepat musnah kalau terlalu panas & sejuk. Ubat yang boleh disimpan dalam peti sejuk biasanya antibiotik.

Ubat2 lain biasanya disimpan dlm suhu bilik aje.

Sebab itu arahan dilabel kena tengok betul2.

Saya pun kdg2 kerap terlupa nak masukkan anti biotik dlm peti sejuk.

NaTRaSHa said...

sangat berguna tips ni, selalu ubat yg dpt mmg bersepah atas meja makan je, suami masukkan dlm peti ais...letak dlm tupperware pun tak muat2 dah...kena cek balik xpired date derang...

jemput singgah
natrashawellness.blogspot.com

MamaRizqin said...

Natasha, bahaya bersepah atas meja mkn tu..nanti anak2 kutip..makan...

[a]peshz said...

Macam mana nak tahu dah expired pasal kat botol tu xde tulis. Biase ubat dah berbulan dikra expired?

Mama Rizqin said...

Sbb tak ada tulis date expired terutama ubat cecair mcm ubt batuk& demam anak2, jadi sy amik langkah berjaga2 biasanya lepas 6 bulan saya buang aje...

Anonymous said...

maaf saya rasa cara awak simpan ubat di atas peti sejuk adalah salah..

ubat jangan disimpan di atas peti sejuk sebab haba panas dari luar peti sejuk boleh merosakan ubat tu. cuba anda letak tapak tangan anda pada permukaan atas peti sejuk.. ada haba kat situ sebab condenser ada dibelakang peti sejuk yang bertindak untuk menyingkirkan haba yang diserap oleh penyejat dan pemampat di dalam peti sejuk.

Anonymous said...

letak ubat atas peti sejuk pun salah sebenarnya.. sebab haba di permukaan peti sejuk tu boleh tahan juga suhunya.. boleh bagi kesan pada ubat tuuuu..

mama rizqin said...

terima kasih Anonymous atas pandangan anda...salah juga yer cara tu..nasib saya dah lama alih ubat2 tu kedalam bekas lain yg tergantung di rak kabinet saya...

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...