Tips membantu perkembangan Rizqin secara fitrah

Tuesday, November 27, 2012

Tak ingat ambil dekat blog mana..tapi nak paste utk perkongsian & panduan mama..

1. Sensitive period: menyonteng
Selalunya: Kita marah apabila anak-anak menconteng dinding. Lalu kita sorokkan pen atau pensel supaya dia tidak dapat menconteng dinding.

Kesalahan kita: Menghalang perkembangan motor halus (penggunaan jari) dan daya tumpuan anak (fokus mata)

Sepatutnya: Salurkan minat menconteng pada tempat yang betul. Sediakan kertas dan melukislah bersama anak-anak ini. Beri ganjaran pada hasil ‘seninya’ dalam bentuk pujian, ciuman dan gosokan di kepala.

Komen mama : Rizqin memang pantang nampak pen & kertas. Nampak pen aje melalak "ni..ni.." sambil tunjuk pen atas meja atau kat tgn kita. Kadang mama bagi pen kadang rampas..teruk betul mama ni. Lepas ni kena sediakan pen & kertas utk dia. Ikut kan dia memang dah pandai pegang pen & menconteng atas buku. Dinding belum lagi.


2. Sensitive period: main pisau
Selalunya: Kita halang anak-anak masuk ke dapur setiap kali hendak masak. Apabila anak-anak menunjukkan minat untuk menggunakan pisau, kita marah kerana bimbang tercedera atau terluka.

Kesalahan kita: Mematikan minatnya terhadap kerja-kerja di dapur. Dia mungkin membesar dalam keadaan membenci atau tidak berminat dengan kerja-kerja di dapur.

Sepatutnya: Sediakan set memotong khas untuknya. Gantikan pisau yang tajam dengan pisau mentega misalnya dan sediakan satu ruang khas untuk dia ‘menjalankan’ kerja-kerja dapurnya.

Komen mama : Belum sampai tahap ini lagi.


3. Sensitive period: basuh pinggan
Selalunya: Kita larang anak-anak kecil untuk membasuh pinggan sendiri kerana tidak mahu mereka main air atau pinggan tak bersih atau takut pinggan pecah.

Kesalahan kita: Apabila anak-anak menunjukkan minat untuk mula membasuh pinggan, bermakna mereka telah faham sedikit sebanyak konsep kebersihan. Jika kita melarang, bermakna kita menghalang perkembangannya secara fitrah. Mereka mungkin cenderung menjadi ‘rebel’ jika keinginan ini tidak dipenuhi.

Sepatutnya: Tunjukkan cara yang betul untuk membasuh pinggan. Gunakan pinggan atau peralatan plastik jika takut pecah. Andainya tidak puas hati dengan kebersihan pinggan yang dibasuh, basuh semula ketika anak itu tidak nampak. Practice makes perfect. Selepas beberapa kali, pasti anak itu telah mahir. Selepas ini mereka pasti lebih bersemangat untuk membantu ibu di dapur kerana telah punyai satu kemahiran baru!

Komen mama : Rizqin belum sampai tahap ini lagi..



4. Sensitive period: makan sendiri
Selalunya: Kita tidak gemar membiarkan anak menyuap makanan sendiri kerana takut bersepah atau lambat makan.

Kesalahan kita: Secara tak langsung kita halang perkembangan koordinasi motor kasar dan halusnya (mencedok makanan dengan sudu, menyuap makanan ke mulut). Kita desak anak-anak supaya menghabiskan makanan dengan cepat sedangkan ketika makan itu derianya belajar mengenalpasti rasa dan tekstur makanan dan otaknya merekod maklumat yang dikenalpasti oleh deria itu.

Sepatutnya: Sediakan peralatan makan yang khas untuk anak-anak. Tunggu dengan sabar setiapkali anak-anak makan. Beri ganjaran setiapkali mereka berjaya menggunakan sudu atau garfu dengan betul (pujian, ciuman, tepuk tangan). Jangan dimarahi jika makanan tertumpah kerana mereka masih belum mampu mengawal pergerakan sebaik orang tua.

Komen mama : Rizqin start umur 1 tahun dah mula nak makan sendiri. Sekrg dah 1 thn 3 bulan, sudah terror menyuap guna sudu & pakai kedua2 belah tangan. Tapi makanan masih lagi berterabur. kadang bila suap masuk mulut, kdg2 suap ke mulut tapi mknan jatuh ke bawah hehehe...still learning.

Sensitive period bagi setiap anak adalah berbeza-beza. Jangan dilabel anak-anak itu sebagai lambat jika dia belum mencapai tahap sebagai mana anak-anak lain. Bukanlah bermakna anak itu lemah tetapi tempoh ‘sensitive periodnya’ masih belum tiba. Jadi, bersabarlah dengan karenah anak-anak kerana mereka bertindak berdasarkan fitrah bukan logik akal. Semoga berjaya menjadi ibu bapa yang dirahmati Allah atas kesabaran mendidik anak-anak amanah daripada-Nya.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...