Perkembangan Rizqin 15 bulan

Monday, November 26, 2012

Salam semua...

Rizqin hari ini sudah 15 bulan (1 tahun 3 bulan). Cepat sungguh dia membesar. Alhamdulillah antibody badan semakin kuat. Nampaknya dah sebulan setengah tidak demam,batuk & selsema. Lega mama..Kalau tak masuk je 15hb..mama dah mula risau takut jangkit selesam,batuk & demam dari kawan2 dekat nursery.

1)Sudah pandai cakap beberapa patah perkataan.

i)Nan Nak - Tak nak
ii)Itu
iii)Ni -Ini
iv)Nah-pagi tadi dia amik hp mama dekat kat handbeg lepas tu pass dekat mama & cakap 'nah'. So sweet...terus mama puji dia..pandainya anak mama..dia pun pusing belakang. Malu kena puji agaknya.
v)Bal-ball

2)Pandai mengaji- Aaa,baa,taa,tsaa...kadang2 keluar Kaf, daa..ikut suka dia mana yg dia ingat..

3)A B C-ikut bahasa dia..tapi bunyi tu memang mcm tengah nyanyi lagu a b c ..

4) Dah tahu jadual hidup dia..biasanya lepas dinner, kena pergi bilik air utk mandi. Siap pakai baju kena baca buku. Kadang mama terlupa nak amik buku, dia akan amik buku sendiri dan baca buku. Mula2 baca 1000 dictionary book, lepas tu 123, then A B C, Dia akan amik flash card Alif Baa Taa...lepassepah2 baca Alif baa taa last sekali dia mintak mama bacakan hadis. 2 hadis 1 malam..Dia tahu buku hadis tu yg mana satu. Semalam dia amik buku hadis tu suruh papa bacakan. Time ni mama sibuk kat dapur. Terpinga2 papanya. Hairan anak suruh bacakan buku. Tulah dah lama sangat tak tidokan anak, balik lewat. Sampai tak tahu aktiviti anak tiap malam. Harapnya biarlah sampai ke besarlah dia baca hadis nabi ni..biar melekat dalam kepala dia. Besar pahala orang yg sedekahkan buku hadis ni pada mama..

5)Dah laju berjalan. Tadi masa nak ke lift rumah, jatuh tersembam ke depan..melalak lah dia sekuat hati.Bergegar 1 bangunan dibuatnya..hahaha..nasib baik sekejap je nangis.

6)Kuat betul baring atas lantai. Tadi kat bawah penyidai baju jiran sebelah pun dia bantai baring. Malam minggu lepas, mama bawa Rizqin gi beli susu dekat Giant, lebih 5 kali dia bantai baring. Tengah2 jalan pulak tu. Tempat laluan orang ramai..depan kedai emas, depan kedai kasut..last2 bantai dukung je...semput mama dibuatnya..balik rumah terus mama tido..keletihan.

7) Sudah dapat sijil akaun TAWAS di Ambank Islamic..ada RM100 je kerajaan Selangor bagi. Boleh keluar selepas 18tahun..Nanti lepas 18tahun dapat RM1500. Hari ahad pergi amik dekat bank. Masa ni memang tension sebab pergi berdua dgn dia. Tak duduk diam, sampai terlanggar2 meja sbb nak kan pen mama. Mama nak isi form pun tak boleh. Dia menjerit2, mengeliat. Berpeluh2 mama walaupun dalam aircond. Orang tengok aje mama. Mak kecik, anak punya buas. Masuk kereta ter poo poo pulak. Siap tukar pampers. Dia tak mau duduk kat car seat, kena pukul selepuk kat bontot, terus meraung barulah nak duduk. Dah ler tengahari terik 12:30..panas yg amat dia buat hal pulak..kan dah kena sedass dengan mama. Lain kali jangan buat hal dgn mama..siap kamu hehehe...

8) Kuat mengemas almari baju dia. Habis semua baju dikeluarkannya.

9) Dah faham arahan. mama suruh hantar blanket kedalam bilik. Dia amik blanket tu bawa masuk ke bilik. Minum susu dalam bilik. Nampak aje botol susu, terus masuk bilik.

10)Pandai makan sendiri. Mama memang susah nak siap. Dia pandai makan sendiri dah. Kanan pegang sudu, tangan kiri suap makanan ke mulut. Tapi..lantai penuh nasi lah.

11)Pandai buka kasut sendiri bila smpi depan pintu..kadang duduk sikit je depan pintu, kadang dibantainya duduk atas lantai. Siap main2 kasut papa dia yg byk bersepah kat luar tu. "Papa jom beli rak kasut". mama tak tahan dah nengok kasut2 papa tu...kadang Rizqin jalan pun tersepak kasut papa. Banyak kali mama suruh susun, tak ingat2 papa ni..grrrr..letih cakap ngan org tua..baik ckp dgn Rizqin...dia tau ikut arahan..Rizqin gi tazkirah papa tu sikit hehehe...

12)Pandai angkat tangan utk baca doa. Biasanya time tgk vcd ngaji Alif Baa Taa dia..klu ada barang ditangan, dia buang brg ditangan sbb nak tadah tgn baca doa. Tapinya baru doa dibaca separuh dia dah amin siap2..lama sgt kot nak tgu abis hahaha..lawak aje Rizqin ni. Kalau masuk kereta, dia akan angkat tangan baca doa. Ada satu hari tu, dia angkat tangan depan papa masa masuk2 kereta, menjerit papanya.."Maaa..cerdiknya Rizqin maa..angkat tangan baca doa " mama nyer response kat papa " hai tak tau ke..anak sape tu, sape yg ajar, tiap2 pagi dah ditrain naik kereta baca doa nak gi nursery"? papa 'hehehe'...

13)pandai suap makanan ke mulut mama. Selalunya bekas2 tahi gigi dia makan, suh mama makan..suka hati dia aje ..

14) Asyik nak buka pampers sendiri. Buka seluar pun dah pandai. Mama pakai dia cabut..letih.

15) Pandai bawa kereta dia sendiri...guna remote control or manual..terbongkok2lah dia menekan pedal dengan tangan..nak tekan guna kaki, kaki x berapa sampai.

16) Taku sgt dengar guruh & kilat. Menangis2 nak mama peluk.

Itu sahaja perkembangan Rizqin setakat yg mama ingat. Berat & tinggi tak tahu. Dah lama tak pergi klinik.

Semoga Rizqin menjadi anak yg soleh, beriman & menyenangkan hati mama.

Muka rimas duduk dlm baby chair dekat Food Court Giant Kinrara. Sebab dia tak reti duduk diam. Mama masukkan dlm chair ni. Maka berbagai aksi dia buat utk keluar dari chair tu. Mama wat dek smpi makanan siap. Siap menjerit, nasib baik sekejap aje..GGGRRRRRR..








Sampai rumah...dia buat kerja pembersihan pulak...mama duduk dekat sofa, memang tak perasaan apa dia buat..bukan jauh pun..mama kelaparan, terus ngadap nasi goreng cili padi yg pedas berdesuup tu ..smpi telupa anak kat sebelah buat apa. Ingat dia main tractor dia kat dinding tu.. Sedar2 terus kuar suara tarzan betina mama...RIZQINNNNNNNN what are u doinggggggggggg?????????? Terkejut beruk Rizqin sekejap ..tersentap kejap..pastu sambung balik...buat sakit tekak je menjerit....ada dia kisah





Selesai tabur atas lantai, dia duduk & masukkan dalam mulut..tak senang mama nak makan nasi goreng berapi...potong stim betul...bila angkat dia meraung sekuat hati.,nan nak! nan nakkkk....! nan naakkkkkkkkkkkkk! . pergghhh...menguji kesabaran betul...










0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...