Saya dah besarlah Mama...

Wednesday, June 13, 2012

Rizqin dah makin besar...dah 9 bulan setengah. Makin kuat makan. Tiap petang bila sampai rumah. Mama akan main2 dgn dia dulu, pastu terus ke dapur. Siapkan makanan dia. Kalau lambat alamatnya dia menjerit sekuat hati sampai dengar kat lif.

Macam semalam, mama ingat nak rest kejap sambil layan dia berdiri. Bubur dia dah masuk microwave, tinggal nak masukkan sayur & ikan je. Puree sayur tak sempat lg cair dia dah melalak. Mama buatkan susu, abis sebotol nangis lagi. Siap sedawa 2-3 kali. Check pulak pampers, tgk2 poo poo. Cuci kan. Pun menangis jugak. Mama pun bg ler dia makan. Rupanya dia dah tau time makan dia. Dia nak makan rupanya. Punyalah menangis bagai nak rak. Abis semangkuk, terus gelak ketawa. Mama ngan papa punyalah gabra, ingat sakit perut ke apa.

Dia memang pantang nampak 2 items ni. Tak payah panggil, nampak je terus meluru datang. Kalau nampak atas meja, dia bantai menangis. Nak makan jam2 tu jugak tak kira walaupun bubur tu tengah berasap2.



Pagi ni dia bangun 6:30pg. Terus main. Time mama nak gi kerja jam2 tulah nak sambung tido. Mama kejut kan. Terus tersengih.

Ni pic pagi tadi, masa sampai kat Nursery. Siap jelir2 lidah kat Mama lagi.Apa motif tah.


Bila petang tak sabar2 nak balik kerja. Nak amik budak mata bulat ni. Bila sampai depan pintu nursery, dia dah tersengih nak mintak mama dukung dia. Very happy nak balik. Mama tak sampai hati nak balik lambat, takut dia tunggu mama. Kesian dia.




Hai budak botak, mata sangat bulat :-) Dia dah pandai salam, pandai sayang mama dia. Mula2 cium pipi, lepas tu gigit dagu, pipi mama dgn gigi 3 batang dia tu. Mentang2 gigi atas dah tumbuh. Sesuka hati nak gigit orang. Sekuat hati dia gigit. Selalunya dagu mama yang jadi mangsa. Tarik2 telinga & rambut mama. Sakit tau. Rasa nak gigit dia balik.

3 comments:

h a p r a q said...

tomeinyer rizqin..pinjam mata boleh???

erranis said...
This comment has been removed by the author.
rizqinhazim said...

mata mengoda ni cik noe..kena simpan baik2..

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...