Tips kawal Marah..

Wednesday, June 24, 2015

Assalammualaikum...
Bila keluar dailog begini...kejadian dibilik air
Rizqin : Mama (sambil pancitkan air ke baju mama)
Mama : Rizqin..janganlah basahkan baju mama...(nada menjerit)..mama nak pakai lagi baju ni..
Rizqin : Janganlah marah Iqin
Mama : Yalah, Rizqin buat salah mama marah lah. kalau Rizqin tak buat salah mama tak marah lah..
Rizqin : Tak boleh marah.
Mama : Kenapa mama tak boleh marah.
Rizqin : Mama cakap ajelah...janganlah marah2...
Mama : mmmm (tersenyap sekejap) 
Sudah banyak kali dia warning mama nya tiap kali dia kena marah...so hari ni baru berkesempatan utk mengoggle tips macammana nak mengawal marah pada anak2..sbbnya setiap kali dia buat salah...mamanya ini akan meninggikan suara ..terjerit2...
Sukar juga nak mendidik anak ni yer...bila tiada didepan mata terasa rindu...rasa nak peluk2 saat2 tu jugak...tapi bila ada depan mata, asyik nak marah anak aje..Setiap hari pasti kena marah...kesian anakku...
Masih tak ada kesempatan lagi nak cari buku ni ..".if i tell u one more time"...buku ni ada tips2 bagaimana nak mendidik anak dengan cara yg bukan marah2..tak pasti pulak jika ada buku2 islamik yg bagus utk mendidik anak ni...kalau kawan2 ada buku2 yg bagus utk dibaca..sharelah dengan mama rizqin tajuknya...
Ni antara tips2 yg mama jumpa kat blog kawan2 lain...
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” . Sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan  kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.
5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.
- See more at: http://www.mypermatahati.com/blog/5-tips-mengawal-marah-kepada-anak/#

3 comments:

DRAMATIC UNIQ said...

Salam.. Haii.. Dramatic Uniq blog walking kat sini. Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00

Jemput join tau...!! Boleh buat duit raya. Terima Kasih.. :)

YB Shehan said...

sentap. huhuhuh

Mama Rizqin said...

tq Dramatic...sudi blog walking kat sini...

YB Shehan...jgn sentap2 hehehe

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...