Tahun ni kami Raya di Johor .

Wednesday, July 30, 2014

Selamat Hari Raya kawan2 semua dari Rizqin sefamily. Moga hubungan kita di alam maya ini berkekalan.Terima kasih kerana mengunjungi blog Rizqin.

Hari Sabtu, jam 10 pagi Rizqin bertolak balik ke kampung atok di Kota Tinggi. jalan smooth je...tiada jem langsung. Cuma ada masalah sikit dgn tayar kereta. Kami singgah di Air keroh, kebetulan ada kilang tayar dunlop tak jauh dari Zoo Air keroh tu. Betulkan balancing kereta dulu. rupanya sport rim bengkok. nasib tak mahal sangat bawah RM70 saje. Kami meneruskan perjalanan ke Johor. Cuaca elok. Kami sampai rumah atok lebih kurang pukul 7 malam. hampir2 nak berbuka.

Hari Ahad, aktiviti bersama family. Rizqin biasalah celik mata nak ke pantai aje kejanya..pagi2 dah mandi pantai. Puas hati dia dapat mandi pantai. Petang pula, aktiviti mendera papa. Apa lagi kalau bukan bakar ikan bakar. Bakar ikan pari & sotong kat belakang rumah..sotong & ikan pari fresh dari laut. Memang sedaplah berbuka dgn ikan bakar, sup daging & rendang kak Ina. Cicah dengan air asam Kak Jatt jalan bellamy. Masing2 makan sampai tergigit cili. Sekejap aje sotong bakar licin. pelahap semuanya hehehe.




Hari Raya Pertama.
Tahun ni semua ke tujuh2 adik beradik mama berhari raya bersama atok. Jarang2 dapat berkumpul bersama tapi tahun ni menjadi sejarah. Semua orang balik ke kampung atok mak dulu. Hari raya ke dua baru masing2 balik ke rumah mentua. So banyaklah Rizqin dapat collect duit raya tahun ni.

Tahun ni kami buat persiapan raya last minute. Hari Jumaat baru sibuk cari baju raya. So mama berbaju biru, papa baju melayu coklat & Rizqin berbaju melayu purple. Tak ni tema caca marba..sbb mood raya tak kunjung2 tiba. Kuih raya hanya beli maruku & bangkit kepala saje. Mama hanya buat biskut coklat chip saja. Rupanya bukan mama saje yg tak ada mood. Cik Ina pun sama. Cik Ina lagi dasyat hanya beli 1 jenis kuih raya sahaja..hahaha...Tak tahu kenapa tahun ni malas nak excited. takut jadi macam tahun lepas, keta problem terus tak dpt balik johor. Tu yg malas nak beria buat persiapan. Tiba masa sampai je di kampung. Alhamdulilah. Tahun ni tahun bersederhana. Baju Rizqin pun hanya ada beberapa pasang sahaja. Mama dalam pada tak beria, ada jugak 5 pasang baju kurung hahaha....1 pasang Mak Long bagi.Alhamdulilah murah rezeki mak long. Tah apa mimpi belikan mama baju Raya...rezeki jgn ditolak. 



Aktiviti dipagi raya memohon ampun dgn atok mak & atok ayah. kemudian memohon ampun dgn adik beradik. Keluarga makin besar. Anak2 buah pun dah besar2. Mama sampai terlupa nak mohon ampun dgn papa. Yang paling best. Gambar kami bertiga pun tak ada. Terlupa nak ambil.Balik2 mama amik gambar Rizqin & papa. Gambar mama hanya yg kat atas nilah satu2nya. Kesian.



Pagi raya pun Rizqin masih sibuk dgn tab nya. Anti sosial betul anak mama ni. Tak kisah orang kiri kanan.


Bertandang ke rumah nenek Yang. Rizqin jumpa kuih favourite dia. Kuih sarang semut. Tahun lepas mama buat kuih sarang semua, tak ada pulak dia beria nak makan. Tahun ni dekat sebalang kuih tu dia makan. Balik rumah atok, makan lagi kuih sarang semua atok mak. tahun depan, mama buat kuih sarang semut ya Rizqin.

Selesai berkunjung ke rumah atok2 sedara, kami balik rumah, tido kekenyangan. Rizqin pun sama. tertido sendiri. Keletihan. Pukul 3 ptg bangun, sbb sedara mara pulak berkunjung ke rumah atok. Apa lagi, collect duit raya lah Rizqin.

Pukul 6 petang, kami bermeeting si family di tepi pantai..tak abis2 citer bab bisnes...sampai meeting tepi pantai. Tahun ni semua berangan macam2. Macam2 projek nak buat.



Sampai ke malam pun tak abis citer pasai bisnes. Esok pagi2 buta dah nak balik kampung mentua masing2 pun x selesai2 citer pasai bisnes.

Rasa tak cukup masa yg ada, banyak yg tak selesai. Mama pun sama, dah nak balik pun sempat lagi promote simkad Tone excel. 2 kad terjual dlm masa 10 minit. Alhamdulilah. 

Sudah nak masuk kereta pun, sempat lagi jual Tepung Magik & Cheezy -sold out terus. Syukur.

Nilah cerita raya kami tahun ni.

Selamat hari Raya.
Maaf Zahir & Batin.
dari
Rizqin  & family.






0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...