Lunch box for Rizqin

Tuesday, May 29, 2012

Salam semua..

Rizqin dah start makan solid food pada usia 6 bulan ( tapi mama bagi awal sehari-tak sabar nak tengok anak makan). Bila dia dah start makan, jadi satu masalah bagi mama untuk bawa bekal dia especially ketika keluar jalan-jalan atau ketika pergi rumah Atar dia. Pada mulanya mama bercadang untuk belikan Rizqin Thermos makanan aje yang boleh tahan 5 ke 7 jam. Tapi kebanyakkan harga semuanya lebih RM50. So mama bercadang untuk cari yang lebih murah.

Entah macammana mama terjumpa Electric Lunch Box dekat Groupon. Makanan boleh dipanaskan dengan sambungkan ke plug. Just masukkan makanan & panaskan saja. Selesai masalah Mama. Mudahkan. Lepas ni mama tak perlu lagi bersusah hati untuk bawa Rizqin berjalan2 kemana2 saja. Lama dah beli online baru semalam sampai.


Mood : sangat2 happy untuk bawa bekal Rizqin tapi mood tak happy sebab rizqin allergic pada ayam. Ahad lepas lepas mandi petang, tengok2 belakang Rizqin dah naik ruam2 merah. Malam bertambah teruk, leher bawah telinga keluar ruam. Malam tu dah bawa dia jumpa doctor dekat Klinik Azizah. Doctor bagi ubat sapu je. Then semalam balik dari Nursery, tumbuh pulak ruam dekat dada dia. Mama terus bawa jumpa doctor Selva. Doctor kata allergic pada makanan. So dia suruh mama stop bagi chicken, ikan bilis. Boleh bagi makan ikan & sayur2 aje. Actually dah 1 minggu lebih Rizqin makan ayam, baru allergic tu keluar. Petang ahad tu memang dia refuse untuk makan. Buat pertama kalinya Rizqin makan tak abis. Cuma 8 sudu aje. Malam pula dia tak mahu minum susu. Susu cuma amik 4oz saja. Mungkin dia tak de selera disebabkan ruam tu kot. Malam tadi, Rizqin makan seperti biasa & minum susu seperti biasa. Alhamdulilah. Lepas makan, mama bagi ubat allergic, ubat gatal & sapu ubat gatal tu ke badan dia. Pagi tadi tengok dah kurang. Merah dekat muka pun hilang, tinggal 5-6 biji aje. Mama pesan dekat cikgu dia supaya bagi sekali lagi lepas breakfast. Harap2 berkuranganlah.

Sabtu lepas jugak mama prepare banyak chicken stok untuk Rizqin. Nampaknya chicken stok ni mama je lah yang makan. Ni checken stok yang mama dah buat..penuh peti ais mama dah utnuk makanan dia aje.


Mama sangat frust sebab Rizqin allergic dengan chicken. Mama tengah kumpul duit untuk beli oven untuk Rizqin. Nak masak macam2 untuk Rizqin, especially yang ada chicken. Kecewanya. Masa mama mengandung dulu pun, mama tak minum banyak air soya sebab takut kulit anak mama ni sensitif tapi nampaknya itu semua hanya mimpi..huhuhu kecewa.



Tapi tak ape sebab hari ni mood happy sikit sebab dah dapat Quran digital. Quran ni mama beli untuk papa. In advance birthday present dia.Sebab hari tu mama janji utk belikan Quran ni. Kalau ada duit lebih nanti boleh belikan 1 lagi untuk atok mak & atok ayah.














0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...