Start solid food

Wednesday, February 29, 2012

Rizqin start solid food dia awal sehari..25/2/2012 sebabnya mama nak monitor dia dalam masa 2 hari. Mula2 mama bagi Rizqin potato. Baru nak start makan, rizqin tepis mangkuk terus terbalik makanan tu. Dapat makan 2 sudu je. Kira oklah tu, just nak testing aje.



Menu pertama Rizqin


Ready to eat.





Hari ke 3 mama, bekalkan Rizqin dengan bubur kosong. Tapi cikgu Rizqin kata Rizqin tak mau makan. mama hanya bawakan bubur yg masih sejuk keluar dari freezer. Minta cikgu dia panaskan. Tak tau kenapa dia x mau makan. maybe cara penyediaan tak ikut specifikasi.




So hari ke 4, mama cuti. So mama bagi balik bubur kosong. Alhamdulilah Rizqin makan dengan selera.



Tengok comot2 dia makan.





Hari ke 5, mama bangun pagi2 panaskan bubur rizqin & tambah puree carrot. So kat nursery cikgu dia just panaskan aje. Bila time amik Rizqin, cikgu dia cakap Rizqin makan. Petang balik dari keja, mama bagi balik menu yang sama. rizqin makan laju sangat2. Nampaknya Rizqin tak alergic pada bubur & carrot.



Ni carrot yang mama dah letak dalam ice tray lid. Bila dah beku, just transferkan ke tupperware lain. Malam sebelum tido mama transfer siap2 1 cube dari freezer ke fridge. Esok amik & masukkan dalam bubur. Mudah saje.

Malam tadi mama buatkan pula puree epal. Esok mama akan bekalkan Rizqin dengan bubur & puree epal pula untuk 3 hari. Lepas 3 hari mama akan buat menu lain. Lupa nak snap gambar puree epal yang mama buat.

Seronok betul bila sediakan makanan untuk anak. Walaupun penat sangat2 & dikata beri makan makanan orang kampung. Itu semua tak jadi hal bagi mama. Susah sebenarnya bila orang lain campur tangan suruh belikan makanan yang ready made. Tak dinafikan yang ready made ni memudahkan kerja mama tapi mama tak sanggup nak beri anak mama makan makanan yang diawet, ada pewarna & perasa tambahan. Rizqin baru 6 bulan, ginjal dia masih tak matang untuk memproses segala jenis bahan2 pengawet, gula & garam. Susah nak terangkan pada orang apa yang terbaik mahu mama beri. Biarlah mama penat asalkan anak mama makan makanan yang sihat. Mama tak mahu kecewa sebagaimana mama gagal untuk memberi susu ibu kepada Rizqin sepenuhnya. Mama tebus kekecewaan itu dengan memberi Rizqin makan makanan yang berkhasiat without gula & garam hingga Rizqin 1 tahun. Mama mahu berikan yang terbaik untuk Rizqin. Mama mahu Rizqin sihat & panjang umur.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...