Detik-detik kelahiran

Tuesday, September 27, 2011

Untuk kenangan anakku Rizqin hazim..Mama hadiahkan blog ini buat tatapan anak mama yg tersayang.

25 Aug 2011- Mama mula merasa sakit macam nak period antara pukul 12 tghari hingga 1:30 petang. Ketika itu laptop mama ada masalah sikit. Mama cuba bertahan & anggap mcm tak ada apa2 akan berlaku sbb Mama dah mula rasa seblm2 ni...pukul 3 mama mintak balik awal utk ke klinik. Mama drive terus ke klinik Dr Azizah dekat dgn rumah kita. Doc check and bgtahu kalau sakit terus ke HUKM. Dr kannapalai cakap tengok pada muka mama mcm mama akan bersalin hari ini. So mama terus balik rumah. Hampir maghrib mama rasa mcm ada banyak keputihan yg keluar tapi x ada darah...mama & papa terus berbuka puasa mcm biasa..
lepas sembahyang maghrib, mama kemas2 barang untuk dibawa ke hospital..in case mlm ni mama sakit. Pukul 10mlm..sempat lagi mama makan kuih raya..walaupun x banyak..merasa jugak ler..terdetik dihati ni kot2 tak dpt makan lepas ni..

12:15mlm..mama nak tido tiba2 mama rasa mcm ada something keluar. Mama terus kebilik air, tengok2 ada darah yg banyak keluar mcm period. mama terus kejutkan Papa untuk bawa ke HUKM. Panic jugak mama sebenarnya, nasib baik semua barang dah ready atas sofa..terus grab ngan tak mandi. Call atok mak & ayah, msg cik ina & cik Din. Call Atar cakap nak ke HUKM.

1:45am mama smpi ke HUKM di wad emergency. Daftar & terus ke katil.masa tu darah turun dgn banyaknya. Mam rasa mcm ada air yg keluar mcm air kencing. mama pun x pasti tu air atau darah. yang pasti darah memang sentiasa keluar. Dr lelaki yg bertugas, dia check bukaan and pecahkan air ketuban sekali. Mama rasa takut sgt. First time katakan. Nurse pasang ctg utk check contraction. masa tu mama dah mula rasa sakit yg amat. Doc cakap bukaan sudah 4cm.

2:15am mama di sorong menggunakan kerusi roda terus ke labour room. Smpi disana mama dimasukkan ubat berak & di suruh baring dalam bilik sorang2.papa bagi mama minum air akar fatimah. Masa ni mama punya bukaan dah 6cm. Masa inilah bermulanya segala kesakitan yg tak mampu mama nak ceritakann. Mama mula rs sakit yg amat setiap 5 minit. Bunyi mesin CTG tu pun sikit punya kuat, rasa nak hempuk je..sbb bila ditinggi mama taulah sakit tu akan dtg.mama selawat, mama mohon dimudahkan segalanya. Nurse datang banyak kali untuk check bukaan. Yang mama ingat ada Dr pelatih namanya Dr faiz dia pasangkan tiub untuk buang air kencing. Beberapa kali mama diseluk..sehingglah bukaan ke 8,9 & 10cm. Beberapa doc & nurse dah makin ramai..mama perasaan jam diatas kepala mama menunjukkan pukul 5,6pagi..tapi anak mama still x mau2 keluar lagi.

pukul 6pg, mama cuba push keluarkan anak mama..tapi tenaga mama memang dah tak ada yg sebenarnya sbb darah dah keluar banyak & bebrapa jam mama rasa sakit yg amat. Tarikan nafas mama x sekaut mana tapi sedaya upaya mama cuba push jugak..demi anak mama. Masa nilah mama teringat betapa susahnya atok mak melatihkan mama dulu..sungguh besar pengorbanan seorang ibu itu.

6:30pg hampir sejam mama mencuba tapi tenaga mama memang x terdaya...lastly doctor decide supaya vacuum. So mama dibantu oleh 3 org doctor dan bebarap nurse. Akhirnya anak mama berjaya mama lahirkan tepat pukul 7:47pagi ramadhan terakhir & di hari jumaat.Allah kabulkan permintaan mama utk lahirkan anak mama dihari yg penuh mulia ini. Syukur alhamdulilah. Bila anak mama diletakkan diatas perut mama, hilang segala kesakitan yg amma tanggung dr pukul 12 mlm smpi ke pagi. Syukur sangat2 ya Allah kerana mengurniakan mama anak yg sempurna sifat..

8pagi, mama di sorang ke wad bedah untuk dibius separuh badan dan dijahit. Mama luka teruk smpi ke bontot. Mam khayal time ni..tak mampu nak fikir apa2..ngantok sbb ubat tahan sakit & letih sbb sepanjang malam melawan kesakitan. Samapi dibilik bedah, mama dibius separuh badan tapi sebenarnya mama tido tak sedar2..sedar2 mama dikejutkan utk dihantar ke wad.

11pagi papa datang jengok mama diwad. Mama langsung tak boleh angkat kaki sbb kaki sebalh kanan kebas abis. papa terus balik lepas uruskan mama di wad & buat beberapa call ke opis & kawan2 mama.

Petang mama tak ingat pukul berapa...nurse bukakan salur kencing mama & malam mama di bawa ke bilik air. mama hampir2 pitam time tu mujur ada nurse yg teman. Mama di arah tarik nafas & buka mama. Mama buat & mama dipapah ke katil semula.

Sepajang mlm mama hampir mampu tido aje..tak terdaya rasanya. Rizqin di letakkan di bilik baby. Malamnya cik Din & lela datang melawat. Pastu mama terus sambung tido smpi pagi.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...