Salam semua...
Rizqin kembali batuk & selsema. Demam tak ada. Awal bulan hari tu baru je kena. Hari ni jadi balik. Bila malam aje dia akan batuk2. Mama dah tak boleh tahan tengok keadaan Rizqin. Mama dah cakap kat papa, ajak pergi check dekat pakar kanak2 Tan. Hari ni hati mama tak tenteram tinggalkan Rizqin kat Nursery. Mama terpaksa. Pagi ni dia moody je kat dalam kereta. Tak senyum pun. Dia diam aje. Rizqin tenung aje mama. Mama ajak borak pun dia diam aje. Pok amai2 pun tak ada response. Aduh nak luruh rasa jantung, nak menitis air mata ni. Bila sampai nursery, dia tak mau cikgu dia amik. Siap mengelak dari didukung. Selalu kalau dia sakit, dia aktif. Cepatlah pukul 4:30pm. Mama nak balik. Bawa Rizqin pergi klinik & mintak reference letter untuk bawa ke hospital.Esok mama cuti untuk bawa ke hospital.
Malam tadi, mama memang tak dapat tido. Tak ingat berapa kali terjaga. Rizqin gelisah aje tido malam tadi. Bukan senang nak menjaga anak sebenarnya. Lebih2 sekali, anak yang pertama. Semua belajar melalui pertanyaan, pengalaman sendiri, pengalaman org2 tua dan selebihnya bahan bacaaan. Sekarang maklumat, semua dijari tinggal tanya pakcik google aje.
Tengahari tadi, call Nursery Rizqin. Cikgu dia cakap, dia tengah makan & aktif macam biasa. Rizqin buat mama susah hati.
Ada yang kata bagi scott Emulsion baik untuk bina anti body badan anak. So kebetulan, auntie Su ada sebotol atas meja dia. Dapat staff price lagi. Mama terus sambar lah. Lagi 3 minggu Rizqin masuk setahun, lepas ni bolehlah mama bagi. Harap kuranglah dia demam2, batuk & selesama lepas ni. Mama dah tak sanggup nak tengok Rizqin makan ubat tiap2 bulan. Rizqin pun, dah lali mkn ubat, selamba je dia nganga sambil berdiri.
Mama pun sama2 kena selsema hari ni. Berjangkit dengan Rizqin ni. Nak makan ubat, puasalah pulak. Kalau mama sakit, sape pulak nak jaga Rizqin nanti. Bertambah susah hati mama ni.
Ni mama google beberapa tips yang boleh mama jadikan panduan untuk atasi masalah Rizqin ni.
1- Bagi kanak-kanak yang tidak lagi menyusu, banyakkan meminum air suam.
2- Apabila mandikan anak, mandikannya dengan air suam.
3- Banyakkan menghidu udara lembap atau udara berwap. Caranya ialah, pasangkan air shower panas di dalam bilik air, pastikan pintu bilik air sentiasa tertutup dan anda akan dapati seluruh bilik air akan berwap dan lembap. Dukung anak anda untuk beberapa minit bagi membolehkan si anak menghirup udara berwap itu tadi. Jika tiada shower, air panas yang dimasak di dapur, masukkan dalam baldi di bilik air juga pasti menjadikan bilik air berwap.
4- Tepuk belakang anak 11 kali di belakang dan di hadapan. Tepuk secara perlahan-lahan dengan membuat lohong . Ini bagi melonggarkan kahak dan supaya ia jatuh dan keluar melalui najis ataupun muntah.
5.Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
6.Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.
7.Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.
8.Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
9.Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
sumber dari SINI
Lagi tips untuk mengeluarkan kahak dgn menggunakan keadah cupping. Baca disini
Klinik yang bagus untuk keluarkan kahak .Baca sini
PETUA UNTUK BATUK DAN SELSEMA
Caranya ambil beberapa helai daun kaduk dan ramaskan daun tersebut yang
dicampurkan dengan sedikit kapur sirih dan air. Kemudian lumurkan bahan
tersebut di atas dada dan perut anak kita. InsyaAllah lendir kahak dan
selsema akan keluar melalui najis anak kita
Untuk menghilang kan kahak pada kanak kanak saya try tumbuk daun pegaga
kampung tujuh helai ambil air dia lepas tu tumbuk gula batu sikit je
pas tu dagi anak minum sehari 3 kali insyaallah berkesan cuba lah.
Bunga belimbing yg wrne mrh2 ckit tu(agk2lh byk mane) cmpurkn dgn gula
batu 1 or 2 msukkn dlm cwn,ltak ckit air msak,pastu rbuskn smpai wrne
air tu jd wrne mrh…pastu sjukkn bg baby mnum ckit2…3 kali sehari…(smpn
air tu dlm peti ais)air tu msti abis dlm 1 hari…bila dh abis ulang
proses yg same keesokkannye…InsyaAllah mujarab…petua utk hilangkan
batuk…
Ambil kunyit hidup. Sapu pada ubun2 dan hidung. Tujuan supaya selsema berhenti.
Impian mama,Kasih anak pada mama
8 years ago
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...