Susun Atur : Bilik Utama (Cadar,selimut & Tuala)

Thursday, September 26, 2013

Salam semua....

Ingat lagi entry semlm..?
Ha hari ni nak cerita pulak susun atur Cadar & Tuala.
Macam Fizah cerita dalam blog dia..




Saya simpan tuala,selimut dan cadar juga segala alas meja di dalam bakul ini. Tiap kali nak cari cadar, ya ampun seksa sangat ok. Kena tarik dari bawah meja solek tu bawak keluar, berat pulak tu.. pastu terbongkok2 nak cari cadar..terutama yg berada dibawah sekali. Kalau nak cepat tu, biasanya main tinggal kan mcm tu aje sbb malas nak susun semula. Tekan2 ke bawah. Tutup.  Tu kerja org malas hehehe...Jadinya saya guna pakai kaedah yg Fizah tunjuk tu kat SINI






Saya keluarkan semua mainan Rizqin dan ambil kotak ni utk simpan cadar dan selimut.





 Tuala pun saya masukkan dalam kotak mainan Rizqin. Saya gulung2kan semuanya maka jadilah mcm kat atas ni.


 Kemudian letakkan bawah meja solek...







Nak cari tuala, cadar dan selimut tiada masalah lagi. Cepat dan mudah kan.

Yang kesian Rizqinlah, sebab mama nya amik bekas mainan dia. Bila dia nampak kotak tutup biru tu dia ingat mainan dia. Siap buat QC lagi..hahaha...tengok2 tak de satu pun barang dia. 




Mainan Rizqin saya transfer kan dalam bakul coklat ni pulak. Kiranya berganti tempatlah.

Kaedah menyimpan mainan Rizqin kita cerita dalam cabaran akan datang..

Ini cara saya, anda mungkin ada idea lagi cangih dan sistematik. Silalah berkongsi idea ye...






Susun Atur : Bilik Utama ( Pakaian his)

Tuesday, September 24, 2013

Salam semua...

Sambung entry semlm...kali ni susun atur"pakaian his" pulak.

Sebelum ini sy letak seluar husband dalam almari tapi nampak tak berapa kemas. Tiap kali nak pakai kena buka almari dan kena selak2. kemudian habis bersepah seluar2 tu. Tiap minggu kena kemas.

So saya dapat idea utk letakkan dekat rak buku mcm kat bawah ini. Senang husband saya nak ambil.



Oleh kerana, rak ni open tak de pintu, nampak tak berapa nak kemas. Walau mudah utk husband ambil tapi pemandangan amat2 tak best.

Saya dapat idea utk masukkan dlm bakul mcm gambar dibawah ni. Bakul dari Daiso digunapakai. Muat utk 4 pasang jeans. Saya guna 2 bakul. hanya letak jeans yg selalu diguna. Yang jarang digunakan saya simpan dlm drawer almari. Nampak kemas kan.



Stokin yang pada mulanya saya simpan dlm kotak kasut DAISO.



Saya gulung2 kan seperti atas.

Rak atas saya masukkan bag husband, charger handphone & HP. 

Sayang nak buang kotak tisu tu, baik di gunakan. Tapi saya tak segigih FIZAH nak membalut2 kotak bagai hehehe.

Ini saja idea susun atur saya...esok kita sambung pasai susun atur cadar & tuala pulak.


Susun Atur : Bilik Utama ( Pakaian her)

Monday, September 23, 2013

Salam...

Ni projek susun atur utk pakaian ...Menyahut cabaran Fizah...baca kat sini...

Sambil saya menyusun atur meja solek...saya kemas kan jugak drawer yang saya gunakan utk menyimpan segala macam pakaian dalaman saya.

Inilah dia drawer yang saya gunakan...ada 4 tingkat...Drawer ni saya beli dekat giant Subang Jaya ms opening..so dptlah murah RM29.90.


Tingkat 1 & 2 utk pakaian dalam hahaha ( malu nak tulis dgn bahasa standard nya)..korang faham kan...

Saya letakkan 3 kotak tisu didalamnya...2 memanjang 1 melebar. So dlmnya saya letakkan pakaian2 comel tersebut. Jangan buang kotak tisu ok..gunting atasnya kemudian manfaatkannya.

Tingkat ke 3 tu saya letakkan kain dalam, anak tudung dan singlet.

Tingkat ke 4 saya letakkan stokin, sarung tangan dan anak tudung.


Beginilah keadaan pakai2an didalm drawer ni..main sumbat main tarik je..serabutkan..so saya dapat inspirasi dari Fizah kat post dia sebelum ni ..klik SINI..

Saya keluarkan semua pakaian2 tu, masukkan bakul...ingat tak ni bakul apa? nilah bakul yg saya letakkan atas meja solek..saya pindahkan kat sini....bakul ni muat2 aje ..ngam..mudah kerja saya. Jangan tak tahu, bakul tu adalah bakul letak hamper..org bg hamper kat opis..saya kebas bakul je sbb org lain x mau...dasar penyimpan tegar barang2 terbuang hehehe..


Inilah hasilnya...mudah sgt2...klu sy tau idea ni dari dulu..tak adalah saya susah payah nak mengemas tiap2 minggu kan...saya lipat dan gulung2 mcm kat atas ni..semua saya boleh nampak..just pilih je mana satu yg sy nak guna tanya menganggu pakaian2 lain. Idea susunan mcm ni dapat mengurangkan rutin mingguan...suka suka suka...







Ni drawer ke 3 , segala mak nenek kain dlm, singlet dan anak tudung..




Saya alihkan 4 tier drawer ni disebelah katil. Kalau sebelum ni saya letakkan handbag dan mcm2 lagi..kali ni saya letakkan magazine rack. Magazine rack ni saya beli kat giant lama dulu ...tersimpan aje dlm stor sbb tak tahu nak buat apa..so saya alihkan ke dlm bilik utama..utk saya letakkan...terjemahan Quran, buku2 agama, contest form, wedding card dan bil api/air.

Actually, kami dah lama tak tidur dlm bilik ni..tido dlm bilik Rizqin ..so bilik ni hanya digunakan bila nak mandi, tukar pakaian, tempat solat, tempat iron dan bersiap2 pergi keja. Bila saya dah susun atur balik, rasa seronok pulak nak menggunakan sepenuhnya.

Bila dah alih kedudukan katil terasa luas, dan ada ruang utk solat..bawah drawer tu saya alaskan dgn playment upin ipin Rizqin..muat2 aje. Di sini sy gunakan utk solat dan mengajar Rizqin mengaji Iqra'..Rizqin tiap2 mlm pulak asyik nak landing dlm bilik ni.

Ini cerita saya, anda bagaimana..tentu banyak idea yg lagi bernas kan...

Esok kita cerita pasai saya susun atur seluar jeans husband dan stokin.

Jom kongsi2 cerita...

Wasalam..









Susun Atur : Bilik Utama (Meja Solek)

Sunday, September 22, 2013

Salam semua...

Sudah lama tak cerita bab2 susun atur, mood memang ke laut start bulan puasa hari tu lagi. Jangan tak tahu, raya pun rumah tak berkemas sangat hehehe. Mungkin masa tu mood berbisnes aje yg muncul.Sekarang ni, mood bersusun atur dah kembali. Bisnes pun berjalan lancar. Semuanya teratur kini.

Sehari ke sehari saya tengok semakin ramai blogger yg punya minat sama dlm bab2 susun atur ni. Saya pun rasa seronok nak berkongsi sama bab2 susun atur ni.

Fizah @ http://susunatursioca.blogspot.com banyak bagi inspirasi dlm bab2 susun atur ni.

Saya memang tak ada meja solek yg khas. So saya gunakan saja barang2 yg ada dirumah sebagai meja solek saya. Ini dia meja solek saya...


Oklah kan...meja komputer yang saya jadikan meja solek. Saya suka sebab ada roda dibawahnya yg saya boleh alih bila saya dah boring & nak tukar kedudukan.

Saya hanya guna layer yg paling atas sekali. Layer ke 2 tu hanya utk  letak tisu sbb mengelak Rizqin dari capai barang2 saya. Ini pun dia dah boleh capai. Siap jongkit2 kaki lagi.





Susun atur sebelum. Actually ada 2 bakul kat atas tu, 1 bakul saya dah alihkan. Tinggal 1 bakul lagi..minyak urat pun ada, gamat ada..mcm2 ada..berterabur sikitlah. So saya buang mana yg tak pakai mcm loysen tu dah lama tak guna..baik buang aje. Botol ubat saya alihkan ke bilik ke 2. Tinggal mana yg saya dan husband gunakan saja. Saya letak kan disebelahnya lampu pocong ikea..bila buka lampu ni diwaktu malam..terasa mcm berada di hotel...saya suka sgt2..Meja tu saya alas kan dgn alas warna gold..menaikkan lagi seri meja solek saya.

Cermin tu saya beli di Nilai 3 sebelum kawin lagi...saya cuma letak saja kat atas meja solek ni sbb syg nak sangkut. Kalau dah sangkut kat dinding, dah tak boleh alihkan nanti. Statik je kat situ. Solutionnya baik saya sandarkan aje.

Kotak gold tu adalah bekas kuih raya yg supplier bagi..saya gunakan utk letak bedak, perfumes, deodarant dan toner.Nampak lebih kemas. Bila nak guna cabut dan letak semula.

 Kotak merah ni adalah kotak perfumes arab yg dihadiahkan kepada kami. Malangnya perfumesnya abis tumpah. Bila buka tgk2 dah kosong. Saya buangkan perfumesnya. Letak alas kat tapaknya kemudian saya letakkan alat mekap saya dan mesin pencukur misai husband. Sebelahnya saya susunkan botol2 yg sy syg nak buang-serbuk lada (diguna jika diserang pencuri).


Koleksi brooch saya. Saya beli dekat DIY harga 2.90. Ada byk compartment yg saya boleh adjust.

Brooch yg saya jarang gunakan. Letak didlm bekas perfume arab jugak.


 Koleksi accesories. Saya letak dlm bekas cincin masa kahwin dulu.

Bekas gula2 org kawin..saya letkkan tisu muka.

Bekas tu saya dapat ms pergi conference di KLCC. Saya letak butang baju husband.
Kebanyakkan bekas/kotak2 adalah brg terpakai yg saya sayang nak buang. Saya akan simpan, dan digunakan bila perlu.

Buat ms ni sikat saya simpan kat dlm bilik air. Lipstick pulak memang sy letak dlm handbag saja. Saya terfikir nak beli tempat letak segala mcm remote tu utk letak sikat dan lipstick sy nanti. Saya dah survey dekat DAISO & DIY aritu. Tunggu!


Tengah maknya sibuk mengemas dan menyusun atur ..tetiba ada budak tu melalak kesakitan. Rupanya2 jatuh dari basikal dan terantuk kepala kat batang penyapu. Tak pasai2 kena berhenti sekejap bagi bantuan kecemasan kat budak baik ni...bukan senang nak mengemas time dia jaga. Ini salah satu faktor kenapa mood organizing selalu ke laut.

Lagi satu, dia saja nak masuk cerita dlm blog ni jugak..sbb ni kan blog tentang dirinya tetiba mamanya boleh cerita pulak bab2 susun atur...hehehe..tak acilah kan citer susun atur tanpa cerita dia..pandai kan ...hehehe

Ini saja susun atur meja solek saya buat ms ini. Tak tahu berapa lama boleh bertahan. Sebab sy suka merombaknya bila rs dah tak berkenan.







Sambut birthday papa di Steamboat Antarabangsa Bangi

Tuesday, September 17, 2013

Salam semua...

13hb sept 2013- Birthday papa Rizqin..

Kali ni nak ubah selera pulak...mama belanja papa makan steamboat di Bangi.
Masa mula2 kami sampai dalam pukul 8:30mlm mcm tu...masa parking tu nampak Nasi ayam penyet wang solo tu penuh dgn pelanggan tapi restoran steamboat ni tak ada seorg pun umat. Masa tu terdetik dihati..bukak ke kedai ni..kenapa langsung tak ada orang..sedangkan kat sebelah penuh orang. Kami nekad jugak masuk...sebaik melangkah masuk dan pilih meja ..datang sorang lagi customer..kemudian sorang lagi masuk...kemudian 3 orang..termasuk kami rasanya adalah dlm 6 keluarga....

Saya tidak tahulah ini kebetulan atau memang suami saya ni pembawa rezeki. Pembawa rezeki kepada orang, bukan kepada dirinya. Rezeki utk dirinya memang susah nak masuk. Kemana saja dia pergi..kalau kedai dan tempat tu tak ada sorang pun masuk...bila dia masuk..akan adalah seramai2nya org yg akan follow masuk.  Perkara ni sudah banyak kali berlaku. Pernah berlaku di I-City...masa tu tempat yg ada ice tu baru buat..memang ada pekerja je time tu..bila kami masuk.....ada je org follow masuk...kedai makan atau mana2 kedailah....so kalau rasa kedai2 korang dah ala2 nak tutup tu..panggil2lah husband saya..mungkin tu kelebihan atau aura yg Allah bagi kat dia...wallahu alam...








Kami amik tomyam..saya suka makan disini sebab ada grill sekali. Pernah makan di Flamming tapi tiada grill. Lamb daging & ayam dia dah diperap siap2..so bila grill aje terasa sedap sangat. Telur ayam pun sedap bila masuk dlm tomyam ni...tak pernah cuba pun...sayangnya telur puyuh tak de malam ni...kalau tak berbelas2 telur puyuh saya bedal...

Harga sebelum ni RM25..tapi time kami masuk tu harga dah naik RM27 seorang. So redha jelah yer...

Keseluruhan makan bagi saya sangat sedap..terutama lamb dia..saya makan banyak sangat lamb mlm tu...cuma dari aspek kebersihan diorg tak jaga. Ini mungkin salah satu faktor kenapa tak de org masuk waktu kami pergi tu...mungkin yg pergi sekali..dah x mahu datang lagi..

Tempat dia letak sudu sup..berabuk, seolah2 dah lama tak digunakan...chop stick pun kotor mcm tak berbasuh so saya harus pilih mn yg betul2 bersih..sampaikan akak kat sebelah suami saya pun merungut "kotornya"

Di bawah gelas minuman..hitam tak bercuci...nak minum air pun geli...kebanyakkan gelas yg dia terlingkupkan kotor sangat2 bawahnya..berdaki..

Mangkuk sup pun dah sumbing2...kesian sungguh...

Tempat letak gelas masa kita press air oren, air sirap..yg bila kita press air kalau terlebih air akan jatuh kebawah...tak tahu apa namanya..pun hitam ada daki2..

Mahal pun kalau sedap..org tetap akan datang.. tapi klu kotor, susah dah orang nak datang lagi....

Saya bukan nak buruk2 kan restoran ni tapi mintak tolong sangat2, tolonglah jaga kebersihan..makanan memang dah sedap tapi tingkatkan aspek kebersihan lagi..di luar dah nampak kotor..dibelakang restoran kami tak tahulah mcmana... saya memang nak pergi lagi tapi bila memikirkan mslh kebersihan ni cukuplah....mungkin saya akan cari tempat lain yg lagi bersih...






Birthday Boy

Tersandar Rizqin makan..kenyang sangat..actually dia hanya makan nasi goreng cina, aiskrim aje...yg lain2 dia tak mau...





Time makan kat luar, Rizqin memang akan duduk dekat dgn papanya..sbb saya memang susah nak control dia. Dia hanya takut dgn papanya...

Muka baru lepas kena jentik dgn papa...tu terkulat2 kat sebelah. Dia boleh baling sudu, makanan ke lantai. sampai pelayan restoran tu jeling. Mcm kami x pandai ajar anak.

Buat muka...







Dia dah pandai tarik muka sekrg ni kalau kena marah.

Kami duduk kat situ sampai pukul 10 malam aje..actually dah sendat seluar..lagi satu sebab Rizqin dah gelisah semacam...dia tak boleh duduk lama2..ada je aksi dia nak buat...

Happy birthday papa! yang ke 37tahun..moga panjang umur,dimurahkan rezeki kita sekeluarga..amin...













Sambutan Birthday Rizqin & Open House family ( Hari Majlis)

Tuesday, September 3, 2013

Salam semua...

Ini adalah hari yg amat2 mendebarkan saya. Tiap kali solat saya berdoa semuanya berjalan lancar dan mohon Allah mudahkan segalanya. Maklumlah saya tak pernah memasak utk tetamu yg ramai. Saya betul2 letakkan pergantungan saya pada Allah. Saya berdoa masakan saya sedap dan mencukupi. 



5:30 pagi- Saya sudah bangun utk solat subuh, mandi dan bersiap utk memasak sup.
Masa ni semua org belum bangun lagi. So mudah saya buat kerja sorang2 didapur. Dengan lafaz bismilah & 3 Qul. Sambil memasak tu saya berdoa jugak biarlah makanan cukup dan sedap. Air panas saya masak lagi pagi ni takut tak cukup.

Saya keluarkan semua bahan utk soto,nasi goreng cina dari peti sejuk dan letakkan disatu tempat. Supaya mudah kerja utk mengoreng.

Sambil masak sup saya buat sambal kicap. Kemudian goreng ayam. Goreng kacang tanah, Suhun. Lepas tu nak celur taugeh, Nasib baik saya perasan, taugeh belum dibuang ekor. Apalagi, saya kerah anak2 buah supaya bangun dan menolong saya di dapur. 2 orang saya tugaskan membuang ekor taugeh. Siap saya celurkan. Atar Rizqin membantu meracik2 kan isi ayam dan potong daun sup/daun bawang. Siap semuanya saya masukkan dlm bekas dan aturkan lebihan disatu sudut.

Ira pulak mengoreng begedil dan nugget. Saya pulak mencelur bihun. Untung saya punya 5 orang anak sedara perempuan. So semua tugas dibahagi2 kan. Ada yg memotong nasi impit. kek span dan hidangkan kek batik. Potong buah ( letak garam supaya tak lebam).

9:15 pagi - Saya tugaskan anak sedara utk mengambil kek di lobi. Kek delivery mengikut masa. Alhamdulilah. Bila kek sampai saya mengharapkan Rizqin teruja dengan kek yg saya tempah khas utk nya. Tapi hati kecewa bila dia tak hiraukan langsung tapi sibuk dengan benda lain ( saya tak ingat dia sibukkan apa). Nasib baik sepupu2nya teruja. So tak delah saya terkilan sangat.


Kemudian tugas seterusnya  memasak nasi goreng cina. Tugas ni saya serah kan pada atar & Ira. Buat air pun Ira jugak jadi mangsa saya. saya cuma rendamkan teh aje. Saya memang puji dia sbb dia buat kerja dgn pantas. sambil buat keja sambil arah adik2nya.
Masa ni cuma tinggalkan hidangkan semua makanan didlm bekas, aturkan cawan,mangkuk,pinggan sudu garpu ditempatnya. Sempat saya iron baju.











11:30 tugas didapur siap. Kerja last mop dapur dan kemas dapur. Lepas tu saya & Rizqin bersiap. Tugas papa pada hari ini, mop lantai ruang tamu, kemas bilik, tiup belon dan bentang tikar. Beli ais dan ambil adik beradiknya yg memanjang tersesat. Padahal rumah tepi highway LDP tu aje.

Acara bermula pukul 1pm..tapi cuma seorg aje yg sampai awal. Dalam pukul 2pm..semua datang serentak.

Uncle Nil -Tetamu terawal dan tak sesat
Lepas itu semua org datang serentak. 

Kawan2 yg dijemput Bib dan kak mah.

Abang2 dan kakak2 ipar ku.

Keluarga husband dari kelantan pun hadir.
Sempat lagi saya menyediakan mashed potato buat semua. Mashed potato habis. Yg last dapat makan, anak2 sedara saya. Sebenarnya saya hampir lupa. Nasib ada yg mengingatkan.

Abang2 ipar dan yg belakang tu abg sulung ku.

Makcik & Atar

Anak sedara papa-Norazah dari kelantan

Bonda dari kelantan dan kak yan

Rizqin time ni baru bangun tido..kerana kekalutan maka tak smepat nak siapkan dia. Potong kek dgn muka blur. Ikut dan aje.


Tiup lilin..rizqin tak reti nak tiup.

Yasmin membantu

Tiup min tiup...berkerut2 muka meniup.

Kak Cik & intan

Hadiah Yasmin pilih
Dari kak Lela-byk giler coklat..bertingkat2.
Dari uncle Jek
Dari uncle Nil
Dari kakak Zurika (musuh ketat rizqin)
Kek sedap (BR tu tak tau samada Baskin Robin or Birthday Rizqin)

dan last hadiah
RM RM RM.

Hadiah yg Rizqin dapat advance

Tak tahu apa nama daa..hehehe..Dapat ms hari raya dari auntie Shima & family.

Iron Man bag. Dapat 2 bulan awal dari Auntie Yan. Dah selamat sampai ke Kuantan pun beg tu.


Dari Nda Cik & Yasmin pilih..

Baju raya haji dah ada 3 helai...oklah tu Rizqin. Tinggal cari seluar je lagi sehelai.


Petang tu hujan dengan lebatnya. Aktiviti kanak2 nak mandi kat pool tergendala. lepas hujan berhenti baru diorg gi mandi. Semua org beransur pulang pukul 5:30 petang sbb kecoh rumah banjir dan pokok tumbang. Dah dapat berkumpul adik beradik, malang pulak menimpa. Itu semua dugaan.
Last tetamu adalah Noe & Izlin...semua kawan2 dijemput hadir. Noe sampai dalam pukul 6:45pm, Lin sampai masa mahgrib. Borak2 sampai azan isyak. Baru diorg bersurai.
Alhamdulilah semuanya berjalan lancar.Makanan cukup, ada yg puji soto sedap, rendang sedap. begedil sedap. Sempat bg diorg tapau. siap tapaukan utk guard kat bawah lagi.
Rumah ditinggalkan dlm keadaan dibawah.

Kerja2 mengemas dilakukan papa.
 Kerja basuh pinggan selesai pukul 12:40 pagi.

Alhamdulilah, saya amat2 bersyukur sebab majlis lancar walau badan keesok harinya sakit2 dan hari ni terasa mahu demam.Terima kasih pada yg hadir dan terima kasih pada yg membeli brg2 yg saya jual. Ni dikatakan serampang 2 mata.

Banyak perkara yg perlu dibaiki. Saya senaraikan semua harga dan menu memudahkan saya membuat rujukan bg masa2 akan datang. Bukan utk menunjuk tapi utk berkongsi idea. Maklumlah first time buat, banyak kurangnya. Hadiah tu pun, untuk tatapan Rizqin apabila dia dah pandai baca blog mama ni.

Lastly : Happy birthday my sayang Rizqin Hazim.