Kisah 3 hari Rizqin dirumah.

Friday, August 3, 2012

Kisah 3 hari Rizqin dirumah.

Mama amik cuti 31 July tu semata2 nak bawa Rizqin ke KPMC. Tapi mama pulak yang sakit. Berjangkit dengan Rizqin. Bengkak2 muka mama sebab tak tahan kena virus selsema yang amat kuat ni. Berpuluh2 kali bersin start hari isnin lagi. Makan ubat tak jalan jugak. Sakit tekak yang amat perit. Sampaikan mama tidur sambil hisap ubat sakit tekak. Virus apalah teruk sgt mama kena kali ni. Sudahlah Rizqin tak sihat. Mama pun sama tak sihat. 3 malam mama tak dpt tido lena sebab jaga Rizqin. Baru nak lena tido, Rizqin merengek. Baru dpt tido, dah nak kena bangun sahur. Patutlah rizqin tak boleh nak hisap susu, 3 botol susu mama buat, semuanya dia tak minum dgn habis. Kuat betul virus ni. Mama pun tak tahan, apatah lagi Rizqin yg sekecil itu. Dia pun sama bersin, batuk2. Tekak dia pun merah2. Kesiannya anak mama.Sudahnya mama hampir 2 kali nak pitam masa nak sediakan sahur untuk papa. Cepat2 baring kat sofa, dah ok sikit, bangun sambung sediakan sahur. Mungkin sebab siang berpuasa, lepas tu makan ubat tapi x dapat berehat dengan cukup. Tu yang kepala jadi terhoyong hayang nak pitam. Memang risau gak time tu sebab fikir siapa nak jaga Rizqin, dah lah dia tak sihat. Mama nya pun hampir pitam. Lepas sahur tido balik.

Esoknya pukul 10pg, bawa Rizqin ke KPMC. Tapi sakit hati dengan Micares Insurance company sbb call2 customer service nya dekat sejam tak dpt2 . 4 no. call x dapat2 sudahnya bawa je Rizqin balik. Sampai rumah, mama dah terbaring terus tak boleh bangun2 dah. Abis satu badan bisa2. Dah lah puasa, bdn nak demam pulak tu. Selsema mencucuk2. Papa pulak nak pergi kerja, tinggallah mama dengan Rizqin petang tu. mama biarkan saja rizqin main. Mama tido , tak dpt tido sangat pun, just tido2 ayam sebab risaukan rizqin. Nak jadi cerita, dah lah mama tak sihat, dia tak mau langsung tido. Dia tido dalam 45 min mcm tu tiba2 dia batuk kuat dengan selsema meleleh2. Macam susah sangat nak bernafas. Mama panik jugak time tu. Berdoa Ya Allah , apa aku nak buat ni. Masa tu badan memang tak larat sangat, tapi gagahkan jugak bangun terus siap2 nak bawa Rizqin ke klinik. Tapi tak tahu nak tuju ke mana..masa tu fikir Pakar kanak2 dekat depan IOI, ada 2 doktor pakar kat situ, pastu terfikir pulak nak bawa ke pakar kanak2 kat Klang tapi tak tahu jalan. Tengah siap2 tu terdetik mungkin jawapan dari Allah untuk bawa Rizqin ke Klinik Azizah , kat situ ada nubilizer. So mama terus bawa Rizqin ke Klinik Azizah. Sampai sana, Dr kannamal cakap, dia tak boleh bg nubilizer kat Rizqin sbb Rizqin tak asthma, ada side effect kalau bg utk org yg tak ada asthma,  nanti jantung jadi laju. So dia check2, memang ada kahak kat paru2, dia just bg ubat batuk yg leh cairkan kahak, ubat selsema & anti biotic and normal saline utk releasekan kahak Rizqin.

Lepas tu, doctor check mama jugak, check2 darah mama rendah sangat 100/70.Doc pun takut mama pitam. Dia suruh buka puasa. Patutlah mama tak boleh nak bangun, nak buat keja rumah pun x larat. patut jugaklah hampir 2 kali mama nak pitam ms sahur tu. Doc bagi air garam and suruh minum air banyak.  Selesai semua, mama terus bawa Rizqin balik. Sudahlah jerebu teruk time tu. Sian Rizqin, kepenatan dan terus tertido dalam kereta. Sampai umah, mama rasa nak pengsan. Nasib baik Allah bagi kekuatan. Dalam pada mama sakit tak larat bangun tapi demi anak yg sakit, badan pun boleh jadi kuat sampai mama bleh drive bawa Rizqin ke Klinik. Dalam hati sebenarnya merungut jugak, sbb papa tak tolong jaga kami yg sedang sakit ni. Time tu semua rasa, nak marah, nak maki pun ada hehehe..biasalah orang sakit. macam2 perasaan nak marah datang.

Malam tu, Rizqin pulak, mcm alergic dengan ubat. lepas makan ubat batuk & selsema tu naik bintik2 merah kat bdn dia. Sudah. Macam2 hal jadi pulak. tapi mama x bawa gi doc, tengok dulu, keadaan dia. cuba stop bg anti biotic, just bg ubat batuk & selsema, esoknya pulak bg ubat batuk& selsema asing2. Tengok tak de pulak alergic. Pening betullah rizqin ni..apasai lah naik bintik2. Mungkin bkn sbb ubat kot. Setakat ni x jumpa lg sebab apa.

2 hari mama & rizqin tido je kat rumah, hasrat untuk merehatkan badan dirumah terbatal sbb kena jaga Rizqin sekali. Doktor tak bagi hantar dia ke Nursery. Doc kata Rizqin tak sesuai duduk Nursery. Siap suruh cari pengasuh kat Kinrara ni. Kat manalah mama nak cari pengasuh. Mama tak kenal sesiapa. Nasib baik hari rabu & khamis tu, dia mau tido siang. So dapatlah mama tido. rehatkan kepala mama yg pening ni. Petang khamis tu, badan mama dah pulih sikit. Kepala dah ringan, selsema dah kurang. Barulah dapat buat kerja rumah sikit. Rizqin pun dah ok sikit. Kalau tak 3 ahri tu , tak larat bet
 ul nak bangun pagi.

Alhamdulilah, hari ni boleh bangun pagi, pergi kerja & antar Rizqin ke Nursery. Sampai nursery, cikgu dia tanya, "Rizqin demam ke 3 hari tak datang?". Mama jawab, bukan setakat Rizqin je tak sihat dengan mama dia sekali tak sihat.

Rizqin lagi 2 minggu nak masuk 1 tahun. Harap2 lepas ni dia sihat terus. Tak mau demam2 dah. Sihatlah selalu.Cukuplah 11 bulan mama dia menanggung derita siang malam menjaga dia. Amin.

ps : Kepala mama ni masih tak stabil. Berat lagi kepala ni. So buat ayat pun tunggang terbalik.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...