Perkembangan Rizqin

Sunday, December 11, 2011

Assalammualaikum semua,

Rizqin hari ni dah 3bln 16hari, sekejap aje anak mama dah besar. Semalam bila masukkan Rizqin dalam baby carrier tengok2 kepala dan bahu dah lepas baby carrier tu, sebelum ni kepala pun nampak separuh je. Papa pun macam tak sangka cepatnya membesar. Hari-hari tengok macam tak ada perubahan.





Sekarang ni Rizqin dah mula rimbang-timbang badan nak menyarap setakat ni masih x berjaya lagi. Tido pun asyik sending ke kiri kejap kanan.

Kalau hisap susu, dah pandai pegang botol sendiri tapi masih tak berapa kemas. Pegang cuit2 aje. Lepas ni kalau dah pandai senanglah mama, tak perlu lagi nak tolong pegangkan, mama akan tengok aje. Tapi yang tak bestnya, Rizqin suka tolak-tolak botol susu tu, kenalah mama betulkan. Kadang-kadang datang rasa malas nak pegang, dua-dua tangan terdepang aje..banyak cantik muka, mama lah yang kena pegangkan. Lepas tu suka hisap susu main-main. Lambat betul susu nak habis. Dulu bukan main laju lagi dia hisap susu.sekejap aje abis. Sekarang hampir 20min baru settle. Letih betul mama menunggu, nak2 time 2-3pagi..huhuhu...nak buat macamana layan ajelah.

Rizqin Warded

Thursday, December 8, 2011

Rizqin, mama malas betul nak update blog Rizqin ni tapi hari ni mama cuba jugak update untuk kenangan Rizqin bila besar nanti. Mama cuba cari kekuatan untuk menulis.

27 Nov 2011, Hari ni awal muharam. Kahak di hidung Rizqin makin teruk sampai tahap berbunyi & Rizqin asyik terjaga2 malam tadi sebab tidak selesa. So mama & papa decide untuk bawa Rizqin ke Klinik. Cari punya cari, semua klinik tutup, maklumlah public holiday. Mama & Papa baru teringat Rizqin selalu sakit bila public holiday. Pusing punya pusing kat deretan kedai depan IOI tu , hanya satu aje klinik yang buka, klinik Pakar Kanak-kanak Ting. Dulu mama dah pernah bawa Rizqin ke klinik ni masa Rizqin 6hari, masa ni pun public holiday, service Dr ni memang tak memuaskan hati tapi kali ni mama terpaksa jugak bawa ke sini sbb klinik ni aje yang buka. Masuk aje ke klinik ni, Insurance Company Mama tak cover, so mama kena bayar cash. Mama diminta bawa Rizqin timbang & ukur berat..berat Rizqin dah 5.5kg. So Mama bawa Rizqin jumpa Doc, doc hanya membebel suruh mama bgtau company mama utk jadikan kliniknya panel.Lepas tu dia hanya check telinga & tekak Rizqin & suruh amik nebulizer tanpa ada consultation. Tak terangkan apa2apa pun kat mama tentang penyakit Rizqin. Sebenarnya kahak Rizqin ni mama pernah tanya dgn doc ni masa mula2 Rizqin dtg klinik ni..masa Rizqin 6 hari..masa tu doc tak bg ubat apa2 sbb masa kecil lagi.Dia suh balik je just amik darah untuk jaundice aje. Mama disuruh ke bilik belakang utk diberi gas dgn dibantu oleh pekerja klinik tu. Rizqin rileks aje tak macam anak org lain, meraung-raung bila kena gas. Bila dah lama tu baru Rizqin menangis. Agaknya pedih. Kesian anak mama, tapi mama terpaksa sbb itu aje cara nak legakan pernafasan Rizqin. Selesai saje..doc charge mama RM78. Dapat ubat cairkan kahak yg liquid & pil plus ubat batuk & selsema. Doc suruh datang lagi malam ni utk dimasukkan gas lagi sekali. Sekali amik gas kena charge RM18. Masa lalu bilik doc, mama tengok doc tengah bc paper..banyak senang hati doc ni..patutlah sekejap aje jumpanya tapi macamana pun, mama decide juga utk datang lagi mlm ni amik gas sbb dah tiada pilihan lagi. Demi kesihatan anak mama walaupun x puas hati. Dalam kereta mama membebel-bebellah dgn papa.

29 Nov 2011.
6:30 ptg, Rizqin ngan papa sampai opis mama. mama tengok Rizqin asyik muntah & tidak dapat menyusu. Hati mama pilu tengok keadaan Rizqin, muntah aje dari pukul 5:30 smpi kui 7 mlm..so smpi umah, mama decide untuk bawa Rizqin ke klinik kanak-kanak Tan di Klang. smpi sana dah pukul 8:45 malam, ramai sangat kanak-kanak yang sakit kat sana, semua orang tgk Rizqin, agaknya Rizqin comel kot. mama daftarkan rizqin, pembantu klinik tu cakap, nama Rizqin panjang sangat hehehe...papa biasalah suka kelentong pasai nama Rizqin...kononnya atok lelaki rizqin bg nama, itu sebab panjang padahal mama yg cari nama rizqin tu hehehe..Tiba giliran Rizqin, doc Tan bagi consultation tentang penyakit Rizqin, barulah mama rasa lega & tau tentang penyakit Rizqin.Puas hatilah kali ni berbanding dgn Doc Ting tu. Rizqin diberi gas, pembantu klinik tu yang buat, pastu diberi nebulizer, dia pam sekali je (yg mcm org asthma pakai tu) dan lepas tu doc buat suction utk keluarkan kahak dihidung & tekak dengan memasukkan dawai. Time ni papa keluar sbb tak sampai hati nak tengok. mama jugaklah yang terpaksa mengadap doc, hati memang sedih tapi mama terpaksa tahan jugak perasaan mama. hati mama dah kering dah nak menangis, janji anak mama sihat. Doc buat dgn laju so sekejap aje dah selesai.Rizqin menangis sekuat hati, meleleh-leleh air mata.
Kesian betul anak mama. Keluar bilik doc, papa pujuk Rizqin, semua orang tengok Rizqin menangis. Sakit ye sayang. Rizqin kena makan ubat time tu jugak & doc bagi surat refer ke HUKM utk warded.

12tengahmalam

Mama & papa bawa Rizqin ke HUKM, smpi sana dah hampir kui 1pagi. Pergi ke emergency department, mak aii punyalah ramai orang, macam siang hari. Kat kaunter tu tak ada sesiapa pun yang in-charge, kena menunggu dlm 10min. macamni ke emergency? Tak lama pastu Rizqin masuk ke bilik 1, jumpa nurse ke or MA mama pun tak tau.Dia check-check, tengok x demam. Memanglah anak mama tak demam, cuma ada kahak kat tekak je. Dia kata klu nak jumpa doc kena tunggu smpi pukul 5pagi sbb banyak kes yang lagi critical. So mama & papa decide untuk bawa balik Rizqin ke umah, Rizqin pun dah ngantuk lepas buang kahak kat klinik tadi.Cancel jumpa doc malam ni. Keadaan rizqin dah stable time ni.

29 Nov 2011

Pagi tu mama pergi semula klinik doc Tan & mintak refer ke Hospital Ampuan Rahimah. Lepas makan tengahari, terus ke hospital.Time tu dah pukul 1, terus ke emergency & pekerja kat kaunter pendaftaran suruh masuk ke unit asthma. Rizqin time ni sihatlah pulak, walaupun ada batuk sikit-sikit.lama juga nak tunggu giliran Rizqin. Yang bestnya anak mama ni cerdik, siap berlakon buat2 batuk, buat2 muntah..MA kat sebelah doctor tu siap dtg check lagi hehehe. Bila smpi giliran jumpa doc, rizqin buat2 batuk, pandai betul anak mama berlakon. Check punya check, doc suruh masuk wad untuk masukkan gas every 4 jam. Petang tu jugak Rizqin terus masuk wad. Wad tu panas, ada kipas siling & dinding aje. Rizqin dpt katil betul2 kat tgh, bawah kipas siling & dekat tingkap. Sampai wad terus tido,walaupun bising dengan tangis budak-budak lain, dia lena je tido. Tak lama lepas tu doc datang, utk ambil details pasai penyakit Rizqin. Pukul 4 petang, Rizqin tukar katil, duduk kat belah tepi sbb kat situ ada tempat utk amik nebulizer. Dapat katil no.9, pukul 5:30ptg, doc bagi nebulizer, mula2 rizqin main2, suka2..lepas tu apa lagi menangis ler..mungkin sbb pedih ataupun sbb bosan sgt..bilalah gas ni nak abis hehehe...Rizqin kena amik gas pukul 9:30 malam,pukul 1:30pagi,5:30pagi & last sekali 9:30pagi. Kesian Rizqin nangis2 sbb mama bagi gas kat rizqin..kacau tido rizqin. Esok pagi doc bagi rizqin keluar wad, sbb paru2 dah clear. Pagi tu jugak rizqin dah boleh gelak2, happy-happy. Seronok nak keluar hospital. Anak mama ni sakit-sakit pun boleh gelak lagi. happy baby hehehe..

Doa mama, cepat sihat nak! Kalau Rizqin sakit, mama susah hati, tak boleh nak pergi kerja & tak dapat nak belikan toys untuk Rizqin..

Kenduri doa selamat & pandai mengagah

17 Oct 2011

Hari yang ke 53 hari...atok buatkan kenduri "doa selamat" untuk dia...sempena kelahiran & lepas hari...rizqin pagi ni 7:30 dah bangun tido..lepas tu tak nangis..dah pandai senyum bila mama dia agah dia...cerdiknya dia..geram mama tengok dia...muka badan dah bulat bukan montel..bulat & padat saja...dah 2 hari tukar susu dari S26 ke Dumex Dugro...Rizqin tak serasi minum susu s26..asyik muntah & siap keluar ikut hidung..kadang2 sampai 1 jam baru dia boleh tido lepas minum susu...kasihan dia..susu yg dia muntahkan tu pulak panas aje...so atok decide untuk tukarkan susu..

Dah 2 hari ni so far, dia x muntah yg teruk & susu pun x panas,keluar dari hidung setitis aje...harap2 dia serasi dengan susu ni..kalau tak mama kena beli susu lain pulak... mama & atok mak dah boleh tido lena..klu tak start lahir, tiap2 mlm mama tak dpt tido..asyik bangun tengokkan dia..takut2 tersedak susu..

Rizqin, mama doa rizqin terus jadi anak yg ceria,bijak,soleh & cerdik...jangan melalak lagi ye sbb atok mak,atok ayah,cik ruzi & mama dah x larat nak pujuk rizqin...

Mama sayang rizqin..

Rizqin ke Klinik

Thursday, September 29, 2011

Salam semua...

Pagi ni Rizqin nak ke klinik..pukul 4:30pg dah bangun. Mama tak larat,Mama bagi kat atok mak aje..sedar2 rizqin dah kat sebelah mama dlm pukul 6:30 pagi...terus mama susukan rizqin.

7:30pg mandi rizqin dan mama sama atok mak siap2 utk hantar rizqin ke klinik. Masa atok mak nak siap2 pakaikan bedak, minyak yuyi time tu ler rizqin wat hal,berak atas tilam ..kelam kabut mama cari tisu...mcm2 hal dibuatnya nasib baik dia berak kat umah,buatnya diberak kat atas penimbang kat klinik nanya je hehehe...

8:30pg bertolak ke klinik.K.wani kazen mama tolong hantarkan.Terima kasih k.wani...smpi klinik mama daftarkan rizqin..atok mak borak2 ngan tok cik yg tunggu giliran tu..tok cik tu cakap kat tok mak..encemnya baby ni..atok mak senyum je. Abis mama daftar, mama gi tempat atok mak & tok cik tu kata kat mama ..oh patutlah maknya lawa...kembang sekejap mama hehehe...terus ke klinik ibu & anak...

9:30pg...nama rizqin dipanggil...atok bawa masuk rizqin. mama di minta amik urine. Rizqin kena buka baju & ditimbang.Kakak wani tolong sekali. Pastu mama di suruh pegang rizqin & breastfeed rizqin..nurse kak Ju ajar camne cara yg betul utk susukan rizqin & mcm2 ler mama diberi syarahan..tentang cara2 menyusu, perancang samada pil,iud atau implan atau injection every 3 month..semuanya berjalan lancar.pastu mama bawa rizqin pada atok. Mama diminta amik urine lagi sekali, masuk bilik urine utk diamik darah. Mama kena masuk bilik utk diperiksa perut & bekas jahitan. Alhamdulilah luka dah baik tak perlu lg sapu ubat luka kuning tu..pastu mama pergi amik rizqin utk dibawa ke bilik 6 utk di amik vaksin hipetatis B.Rizqin nangis, mama susukan dia. Rizqin asyik sgt menyusu, nurse selak suar rizqin & cucuk kat peha kanan dia..apa lagi meraunglah dia..sian ank mama..sakit...pastu mama pas baby ke atok mak sbb mama nak amik ubt gatal mama. Nurse Ju bawa mama terus ke bilik pembantu kesihatan..potong jln org lain sbb mama postnatalnya kes...terus gi farmasi utk diamik ubat..dapat lotion pink, cream putih & ubat tahan gatal.

11pg, semuanya settle.Berat rizqin naik 3.68kg, HB mama dah naik 12.4, Rahim mama pun ok.. luka jahitan dah makin sembuh. Jumpa balik 27/10/2011 utk injection ke 2 bulan.

Smpi umah atok, rizqin tido smpi pukul 4:30 ptg...letih sgt anak mama, bangun hanya nak susu pastu tido balik. Agaknya penat kena cucuk tadi...

4:30 ptg smpi ke 9:00mlm..dia meragam x mau tido..9:30 baru tido...letih mama, atok mak & atok ayah jaga dia.last2 masukkan dlm buai..masa mama tulis blog ni..rizqin tengah tido sebelah mama atas katil..atok mak tido bilik sebelah sbb atok mak selsema takut jangkit.mama pulak asyik mengaru gatal x baik2 lg ni..geram betul..kejap lagi 11mlm..rizqin bgn nak susu...so mama stop dulu..nanti cerita lagi pasai rizqin...

Detik-detik kelahiran

Tuesday, September 27, 2011

Untuk kenangan anakku Rizqin hazim..Mama hadiahkan blog ini buat tatapan anak mama yg tersayang.

25 Aug 2011- Mama mula merasa sakit macam nak period antara pukul 12 tghari hingga 1:30 petang. Ketika itu laptop mama ada masalah sikit. Mama cuba bertahan & anggap mcm tak ada apa2 akan berlaku sbb Mama dah mula rasa seblm2 ni...pukul 3 mama mintak balik awal utk ke klinik. Mama drive terus ke klinik Dr Azizah dekat dgn rumah kita. Doc check and bgtahu kalau sakit terus ke HUKM. Dr kannapalai cakap tengok pada muka mama mcm mama akan bersalin hari ini. So mama terus balik rumah. Hampir maghrib mama rasa mcm ada banyak keputihan yg keluar tapi x ada darah...mama & papa terus berbuka puasa mcm biasa..
lepas sembahyang maghrib, mama kemas2 barang untuk dibawa ke hospital..in case mlm ni mama sakit. Pukul 10mlm..sempat lagi mama makan kuih raya..walaupun x banyak..merasa jugak ler..terdetik dihati ni kot2 tak dpt makan lepas ni..

12:15mlm..mama nak tido tiba2 mama rasa mcm ada something keluar. Mama terus kebilik air, tengok2 ada darah yg banyak keluar mcm period. mama terus kejutkan Papa untuk bawa ke HUKM. Panic jugak mama sebenarnya, nasib baik semua barang dah ready atas sofa..terus grab ngan tak mandi. Call atok mak & ayah, msg cik ina & cik Din. Call Atar cakap nak ke HUKM.

1:45am mama smpi ke HUKM di wad emergency. Daftar & terus ke katil.masa tu darah turun dgn banyaknya. Mam rasa mcm ada air yg keluar mcm air kencing. mama pun x pasti tu air atau darah. yang pasti darah memang sentiasa keluar. Dr lelaki yg bertugas, dia check bukaan and pecahkan air ketuban sekali. Mama rasa takut sgt. First time katakan. Nurse pasang ctg utk check contraction. masa tu mama dah mula rasa sakit yg amat. Doc cakap bukaan sudah 4cm.

2:15am mama di sorong menggunakan kerusi roda terus ke labour room. Smpi disana mama dimasukkan ubat berak & di suruh baring dalam bilik sorang2.papa bagi mama minum air akar fatimah. Masa ni mama punya bukaan dah 6cm. Masa inilah bermulanya segala kesakitan yg tak mampu mama nak ceritakann. Mama mula rs sakit yg amat setiap 5 minit. Bunyi mesin CTG tu pun sikit punya kuat, rasa nak hempuk je..sbb bila ditinggi mama taulah sakit tu akan dtg.mama selawat, mama mohon dimudahkan segalanya. Nurse datang banyak kali untuk check bukaan. Yang mama ingat ada Dr pelatih namanya Dr faiz dia pasangkan tiub untuk buang air kencing. Beberapa kali mama diseluk..sehingglah bukaan ke 8,9 & 10cm. Beberapa doc & nurse dah makin ramai..mama perasaan jam diatas kepala mama menunjukkan pukul 5,6pagi..tapi anak mama still x mau2 keluar lagi.

pukul 6pg, mama cuba push keluarkan anak mama..tapi tenaga mama memang dah tak ada yg sebenarnya sbb darah dah keluar banyak & bebrapa jam mama rasa sakit yg amat. Tarikan nafas mama x sekaut mana tapi sedaya upaya mama cuba push jugak..demi anak mama. Masa nilah mama teringat betapa susahnya atok mak melatihkan mama dulu..sungguh besar pengorbanan seorang ibu itu.

6:30pg hampir sejam mama mencuba tapi tenaga mama memang x terdaya...lastly doctor decide supaya vacuum. So mama dibantu oleh 3 org doctor dan bebarap nurse. Akhirnya anak mama berjaya mama lahirkan tepat pukul 7:47pagi ramadhan terakhir & di hari jumaat.Allah kabulkan permintaan mama utk lahirkan anak mama dihari yg penuh mulia ini. Syukur alhamdulilah. Bila anak mama diletakkan diatas perut mama, hilang segala kesakitan yg amma tanggung dr pukul 12 mlm smpi ke pagi. Syukur sangat2 ya Allah kerana mengurniakan mama anak yg sempurna sifat..

8pagi, mama di sorang ke wad bedah untuk dibius separuh badan dan dijahit. Mama luka teruk smpi ke bontot. Mam khayal time ni..tak mampu nak fikir apa2..ngantok sbb ubat tahan sakit & letih sbb sepanjang malam melawan kesakitan. Samapi dibilik bedah, mama dibius separuh badan tapi sebenarnya mama tido tak sedar2..sedar2 mama dikejutkan utk dihantar ke wad.

11pagi papa datang jengok mama diwad. Mama langsung tak boleh angkat kaki sbb kaki sebalh kanan kebas abis. papa terus balik lepas uruskan mama di wad & buat beberapa call ke opis & kawan2 mama.

Petang mama tak ingat pukul berapa...nurse bukakan salur kencing mama & malam mama di bawa ke bilik air. mama hampir2 pitam time tu mujur ada nurse yg teman. Mama di arah tarik nafas & buka mama. Mama buat & mama dipapah ke katil semula.

Sepajang mlm mama hampir mampu tido aje..tak terdaya rasanya. Rizqin di letakkan di bilik baby. Malamnya cik Din & lela datang melawat. Pastu mama terus sambung tido smpi pagi.