Resepi : Bee hoon

Wednesday, July 18, 2012

Salam semua ...

Hari ni Rizqin buat pertama kalinya mama bagi makan bee hoon. Dari umur 6 bulan asyik makan bubur aje. Kali ni tukar menu pulak. Lagi pun Rizqin dah ada 6 batang gigi & dah pandai mengunyah pun. So mama amik resepi disini.

Bahannya
1 ulas bawang putih (cinacang halus)
Isi ayam (cincang halus jugak)
Homemade tomato sos
carrot (cincang halus)
corn (mama guna puri je)
Bee hoon (siap dicelur)
Air sikit
sunfolower oil

Caranya :-
Tumis bawang putih dengan sunflower oil. Masukkan isi ayam. Dah masak ayam tu.
Masukkan homemade tomato sos .
Masukkan carrot, corn. Tambah air sikit.
Masukkan bee hoon yang siap dicelur. Kacau2. Siap

Banyak sangat mama tengok, mama makan 5 sudu..selebihnya Rizqin makan. Sedap walaupun tak letak gula & garam.


Muka pertama kali makan bee hoon. Pelik agaknya..benda panjang2 terkeluar.



Suaplah apa saja, dia makan je. Alhamdulilah. Anak mama setakat ni tidak memilih makan macam bapanya.


Pagi tengok, dia tak de sakit perut pun. Maknanya pass makan bee hoon. Boleh buat lagi utk bawa ke Nursery bila dah 11 bulan nanti.

CONFIRM anak mama ni perut MELAYU...kalau bagi cheese, pasta..tak lama lepas tu mesti poo poo.



0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...