Demam kali ni sebab nak pandai berjalan kot...

Wednesday, July 4, 2012

Salam semua...

Rizqin dah masuk 10 bulan 1 minggu 2 hari. Kali ni dia demam balik.

Sudah nak masuk 4 malam mama tidak dapat tido dengan sempurna. Asyik terjaga sebab Rizqin asyik merengek tak selesa tido. Malam tadi, mama terjaga dalam pukul 2pagi, rasa badan Rizqin macam panas. Lepas tu, nafasnya bunyi kuat sangat. Hingus tak ada tapi kahak banyak dekat dalam tekak dia. Mama dah tak senang tido. Bagi dia ubat selsema, Titiskan Normal seline & bagi jugak ubat batuk. Batuk dia pun berkahak. Bagi jugak dia grape Water takut2 dia sakit gigi. Pangku dia tido. Lepas pangku barulah dia tido semula sampai pagi. Sudah 3 malam jugak dia reject susu. Agaknya susah nak minum sbb banyak kahak.

Pagi-pagi mama dah kejutkan papa supaya hantar kami ke klinik. Doctor check memang banyak kahak & doctor kata sekarang jerebu. Kena hati2. jangan selalu keluar rumah.Panas badan Rizqin pagi tadi 38 darjah celcius. Memang demam pun. Doktor kata start demam 37.2 darjah celcius. Sempat jugak mama mintak doktor timbang berat dia. Tapi dia dah besar, dah tak mahu baring atas penimbang baby. So doktor suh mama carry Rizqin timbang sama2. Lepas tu amik berat mama je. So dapatlah berat Rizqin berapa. Berat mama dah tinggal 46kg dari 48.5kg.Rizqin makin berat, mama pula makin susut. Berat Rizqin hari ni 8kg. Alhamdulilah dah naik 5kg. Patut nampak bulat aje. Baru naik 5kg dah demam pulak. Panas dia tadi , tak delah panas sangat so mama tawakal gi kerja hari ni. Kalau malam ni makin panas, mungkin mama cutilah esok. Kena monitor dia closely.

Doktor tak bagi dia makan pisang, tembikai,betik,mango, anggur. Cuma boleh makan apple & pear sahaja.

Demam kali ni rasanya nak pandai berjalan. Gigi dah 6 batang, tak macholah anak mama kalau masih tak boleh berjalan kan.

Yang bestnya semalam..sampai2 rumah, dia nak tengok tv sambil duduk beriba atas mama. Sambil2 tu mama ajar dia nyanyi lagi tepuk amai-amai. Tak sangka, dia dah boleh ikut tepuk amai2 sendiri. Terkejut mama.

Malamnya pulak, mama ajak Rizqin tido. Mama tepuk2 bantai. "Mari sini rizqin tido" sambil tangan mama tepuk bantal. Yang bestnya dia pun ikut mama tepuk jugak. Mama tepuk bantal tu, dia pun tepuk sama. Sebelum2 ni apa sahaja perbuatan mama dia perhatikan aje. Dia tak pandai nak ikut. tapi semalam 2 benda dia dah boleh ikut.

Pagi ni pulak, masa nak masuk lift. Mama tahanlah pintu lift tu tunggu papa masuk. Dia pun sama nak menahan pintu lift tu. Bukan main pantas lagi tangan tu menahan. Nampaknya Rizqin dah pandai ikut setiap perbuatan orang.

Lepas ni setiap perbuatan & kata2 kena hati2. Takut terajar benda yang salah. Sebab dia cepat tangkap.

Semoga cepat sembuh anak mama dan cepat2 pandai berjalan. Supaya senang sikit mama ni tak payah nak dukung Rizqin lagi. Kuranglah sakit belakang mama ni.


Gambar pagi semalam depan Nursery.Muka hairan sebab tengok spek hitam besar kat mata mama. Gelihati tengok muka dia. Pelik sesangatttt lah nyer..berkerut kening..entah apa dia dok fikir...

p/s : demam2 pun sempat lagi usha amoi lalu depan klinik. Siap say "hai" dari dalam klinik...Parah anak aku ni....pantang tengok amoi lalu, mulalah nak menegur..mama ngan papa berpandangan dan tergelak besar tengok gelagat dia. Yg bestnya muka tu selamba aje..macam x salah perbuatan dia tu..huhuhu...

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...