Lunch box for Rizqin

Tuesday, May 29, 2012

Salam semua..

Rizqin dah start makan solid food pada usia 6 bulan ( tapi mama bagi awal sehari-tak sabar nak tengok anak makan). Bila dia dah start makan, jadi satu masalah bagi mama untuk bawa bekal dia especially ketika keluar jalan-jalan atau ketika pergi rumah Atar dia. Pada mulanya mama bercadang untuk belikan Rizqin Thermos makanan aje yang boleh tahan 5 ke 7 jam. Tapi kebanyakkan harga semuanya lebih RM50. So mama bercadang untuk cari yang lebih murah.

Entah macammana mama terjumpa Electric Lunch Box dekat Groupon. Makanan boleh dipanaskan dengan sambungkan ke plug. Just masukkan makanan & panaskan saja. Selesai masalah Mama. Mudahkan. Lepas ni mama tak perlu lagi bersusah hati untuk bawa Rizqin berjalan2 kemana2 saja. Lama dah beli online baru semalam sampai.


Mood : sangat2 happy untuk bawa bekal Rizqin tapi mood tak happy sebab rizqin allergic pada ayam. Ahad lepas lepas mandi petang, tengok2 belakang Rizqin dah naik ruam2 merah. Malam bertambah teruk, leher bawah telinga keluar ruam. Malam tu dah bawa dia jumpa doctor dekat Klinik Azizah. Doctor bagi ubat sapu je. Then semalam balik dari Nursery, tumbuh pulak ruam dekat dada dia. Mama terus bawa jumpa doctor Selva. Doctor kata allergic pada makanan. So dia suruh mama stop bagi chicken, ikan bilis. Boleh bagi makan ikan & sayur2 aje. Actually dah 1 minggu lebih Rizqin makan ayam, baru allergic tu keluar. Petang ahad tu memang dia refuse untuk makan. Buat pertama kalinya Rizqin makan tak abis. Cuma 8 sudu aje. Malam pula dia tak mahu minum susu. Susu cuma amik 4oz saja. Mungkin dia tak de selera disebabkan ruam tu kot. Malam tadi, Rizqin makan seperti biasa & minum susu seperti biasa. Alhamdulilah. Lepas makan, mama bagi ubat allergic, ubat gatal & sapu ubat gatal tu ke badan dia. Pagi tadi tengok dah kurang. Merah dekat muka pun hilang, tinggal 5-6 biji aje. Mama pesan dekat cikgu dia supaya bagi sekali lagi lepas breakfast. Harap2 berkuranganlah.

Sabtu lepas jugak mama prepare banyak chicken stok untuk Rizqin. Nampaknya chicken stok ni mama je lah yang makan. Ni checken stok yang mama dah buat..penuh peti ais mama dah utnuk makanan dia aje.


Mama sangat frust sebab Rizqin allergic dengan chicken. Mama tengah kumpul duit untuk beli oven untuk Rizqin. Nak masak macam2 untuk Rizqin, especially yang ada chicken. Kecewanya. Masa mama mengandung dulu pun, mama tak minum banyak air soya sebab takut kulit anak mama ni sensitif tapi nampaknya itu semua hanya mimpi..huhuhu kecewa.



Tapi tak ape sebab hari ni mood happy sikit sebab dah dapat Quran digital. Quran ni mama beli untuk papa. In advance birthday present dia.Sebab hari tu mama janji utk belikan Quran ni. Kalau ada duit lebih nanti boleh belikan 1 lagi untuk atok mak & atok ayah.














Misi Bilik Rizqin

Monday, May 28, 2012

Sabtu lepas Giant ada offer, almari yang mama nak tu dah ada dah. Harganya sebelum ni 69.90 tapi kali ni naik ke 79.90. Rugi RM10 tapi tak apalah sebab mama dari tahun lepas berniat nak belikan almari ni untuk Rizqin.Tahun lepas duit tu mama beli pampers Rizqin. Tahun ni dapat duit return income tax, Alhamdulilah ada rezeki Rizqin mama belikan almari ni dan jugak rak untuk letak barang-barang letrik mama. 1 of the wish list rizqin dah settle. Ada beberapa wish list lagi yang masih dalam misi utk di siapkan.

7:30 pagi papa dok pasangkan almari Rizqin ni


Rizqin buat inspection, kukuh ke tak..hehehe


Taraa..siap dah.


Almari ni ngam2 dengan semua baju Rizqin. Rasa macam nak beli lagi tapi tak cukup duit. Kalau harga nya turun lagi ke 69.90 atau ada alamari lain yg lagi murah mama akan beli lagi. Sebelah kanan mama gantung baju & seluar jalan Rizqin. Ruang bawah, isi kasut, tuala muka,bid,stokin & topi. Sebelah kiri tu, rak yang belah atas isi baju/seluar panjang, baju/seluar pendek. Rak bawah mama isi Cloth Diapers, pampers,napkin & seluar panjang yg tak de pasangan (bajunya) :-). Penuh dah almari dia. Tak de ruang kosong lagi. Rizqin sudah tak ada peluang lagi untuk sepah2kan baju2 dia. kejap2 asyik nak menarik baju aje. Sekarang ni asyik nak buka pintu almari pulak.Geramnya.

Ahad petang time Rizqin tido, mama mengemas bilik rizqin tapi just keluarkan rak2 buku & buku. Susun dalam bilik belakang. Time tu Rizqin tido lama 2:30ptg sampai 5ptg, so sempat mama, siapkan rak buku tu. Bilik belakang boleh dijadikan bilik bacaan. Nanti suruh papa keluarkan katil dari bilik Rizqin masukkan ke bilik belakang. Rak buku mama pun nak dibawa ke bilik belakang. Ni rak buku masa mama belajar dulu.

Misi mengemas bilik Rizqin ni mengambil masa sebabnya mama tak larat nak angkut semua brg2 tu, berat. So kena mintak tolong papa jugak. Papa pulak busy time weekend. Kalau mama nak buat sorang2 tak boleh nanti Rizqin kacau & Rizqin alah pada habuk. bahaya pada dia. So kena tunggu papa free dulu untuk completekan mission ni.

Perasaan sebenar. Tak sabar nak siapkan bilik Rizqin cepat2.

Playmat

Monday, May 21, 2012

Salam semua...

Sabtu lepas Rizqin dah genap 8 bulan 3 minggu. Maka bermacam-macamlah aksi ngeri yang ditunjukkan pada kami. Dia dah pandai merangkak, duduk & berdiri. Asyik nak berdiri aje kerjanya. Semalam dia dah pandai panjat kerusi makan mama. Sebelah pegang tempat duduk kerusi, sebelah tangan lagi pegang kaki kerusi. Berderau darah mama. Takut dia jatuh bawah meja tu. Situ tak de tilam. Sedar sedar dah berdiri. Semalam papa ada kerja, seksa sungguh mama nak menjaganya. Mama masak kat dapur dia asyik kerja panjat sofa. Yang mama takut bila dia lepaskan kedua-dua tangan dia. Berlari-larilah mama mengejar dia. Ada sekali tu, mama tak sempat sambut, baru smpi dia dah terlentang jatuh atas tilam. Nasib baik tilam tebal.


Belah petang pulak dia cuba nak panjat dinding, buat aksi spiderman. Ni bab paling menakutkan. Dia nak cuba panjat jugak. Mama ready siap2 kat belakang dia.


Kebetulan lepas papa balik kerja, papa ajak gi tesco. Maka mama pun surveylah playmat untuk Rizqin. Kena beli jugak sbb risau kat sofa tu tak de alas..takut dia jatuh terlentang lagi. So mama belilah playmat 123 10pcs RM27.90 guna voucher tesco yang mama menang masa main bowling & dart kat opis.


Voucher Tesco RM80.


Tengah test playmat dia. Cadang nak letak dalam bilik mainan dia. Tapi papa belum kemas lagi bilik dia. So sementara dia tengah belajar berdiri ni, mama letak dulu kat hall buat alas kat bawah sofa. Nak beli lagi, tunggu cosway offer pulak.

Pic bawah ni, hasil rembatan Rizqin kat Giant Klang. Spec kuning tu & doreamon. balik dari Giant tengok kakak Tiha mewarna terus dapat merangkak. Biasalah dia kena bagi upah baru pandai. Yang kelakarnya, lepas terantok kerusi kat umah atar terus pandai merangkak.


Spec dah kena ngan baju (if you think i'm cute, you should see my mom :-)) tapi gambar love pulak..tukar kaler kuninglah.


dengan kakak win




Buku ke2 Rizqin.

Friday, May 18, 2012

Salam semua...

Lepas penat main toys, rest sekejap baca buku. Suka sangat buku JAWI yang kakak Zurika bagi. Masa hari dapat tu, asyik pegang aje buku tu.Dalam kereta buku tu abis kena gigit. Turun kereta sampai atas rumah, dok pegang tak mau lepas2. Semalam siap jerit2 kat mama nak buku tu. Mama bukan tak nak bagi tapi Rizqin selak-selak lepas tu gigit. Abis buku tu kena air liur & sedikit hancur kat belakang tu..Sebab tu mama prefer beli soft book. Gigit pun tak koyak.

Anyway Thanks you so much kakak Zurika, belikan buku untuk Rizqin. Nanti belikan buku ABC & 123 pulak yer hehehe....nak cukupkan koleksi buku Rizqin.

"Terima Kasih daun keladi.
Dapat Gaji beli lagi."




Progress lepas demam

Thursday, May 17, 2012

Salam semua.

Lepas baik dari demam aritu, nilah hasilnya yang Rizqin dapat. Rizqin dah pandai berdiri. Merangkak tak dapat2, duduk kadang-kadang tiba-tiba terus berdiri.

Semalam dia panjat bakul toys dia. Tengoklah aksi comel dia.


Tongek-tongek bontot cari posisi.




Tanpa perlu walkers pun Rizqin dah pandai berdiri. Mama sangat bangga dengan perkembangan Rizqin. Alhamdulilah.


Breakfast dalam kereta

Special pic ...breakfast dalam kereta time nak ke Nursery. Lapar sangat sampai tak pandang kiri kanan.



Comel tak saya? hehehe..i like my car seat. Very2 comfortable. Jom mama jalan2 this weekend? hahaha..( ni rizqin cakap masa dlm kereta)

Tengok apa dia buat

Tuesday, May 15, 2012

Salam semua,

Masuk aje 8 bulan setengah, macam-macam kerja yang Rizqin nak buat. Salah satunya tolong mama mengemas. Hari2 nak menarik baju seluar dia. Pantang dapat peluang masuk bilik, tu tempat pertama yang dituju. Ada sekali tu, tengok2 dah abis semua baju berselerak. Mama tengok ajelah tak terkata. Lepas ni, kalau dah pandai berdiri, lagi ligatlah dia berkemas.





Abis berkemas. Dia lari tanpa rasa bersalah. Anak oh anak..

Bowling at Alamanda

Salam semua..

Ahad lepas Rizqin bagi support dekat mama. Mama ada main game bowling. Bila Rizqin dah turun kat lane tu barulah mama semangat sikit. Tengoklah aksi Rizqin. Ada harapan besar nanti pandai main bowling.

Masa mama sibuk2 nak start main. Dia kat luar pintu bowling tu pulak sibuk bergambar dengan minah saleh. Minah saleh tu mula2 usha2 dia. Lepas tu nak amik gambar dengan Rizqin. Kecik-kecik dah ada peminat. Minah saleh & mat saleh tu suka tengok matanya.






Balik dari main bowling, terus dapat benda baru. Rizqin dah pandai memanjat. Dia panjat sofa & berdiri. Yang geram tu, siap lepas tangan, mula-mula sebelah lepas tu 2 belah. Action , mcm dah pandai berdiri. Mama terus tak dpaat nak kemana2 dah, takut nak tiggalkan dia sorang2 kat hall. Takut dia memanjat. Jatuh pulak.

Merangkak tak dapat2, duduk pandai dah , tu pun seminggu je dia pandai. sekrang sibuk nak berdiri pulak. pantang mama baring alamatnya kena panjatlah badan.




Itulah rizqin. Skip merangkak.

Muka lepas baik demam

Wednesday, May 9, 2012

Semalam cikgu dia kata Rizqin demam petang je. Semalam start pukul 5 dia demam. Hari ni mama bekalkan dia ubat just incase demam lagi. Malam tadi alhamdulilah dah sihat. Bukan main lena tido sampai ke pagi. Minum susu 2 kali aje malam tadi. mama pun dapat qadha tido.


Ni muka ceria budak 8 bulan pagi ni ...rasa nak gigit aje.

Demam lagi

Malam kelmarin Rizqin demam lagi. Kali ni tak tahulah demam untuk dapat merangkak ke atau demam nak terus berdiri..Rizqin start demam malam..kira-kira pukul 2:30 pagi. Kebetulan kami semua tidur awal, mama perasan Rizqin asyik merengkek tak selesa. 2 kali mama bangun buatkan susu, tapi dua2 botol susu Rizqin minum x abis. Bila mama sedar pukul 2:30 pagi, mama cuba rasa badan Rizqin, rasa panas. Terus mama amik termometer check tahap panas Rizqin tengok 38 darjah celcius. Mama apa lagi bangun & amik air asam jawa, lap2 kat kepala Rizqin bg panas dia hilang. Pastu mama bagi Rizqin makan ubat demam yang memang sedia ada kat rumah. Tapi Rizqin masih lagi x mau tido. menangis rasa tak selesa agaknya. Mama dukung Rizqin bawa duduk dekat sofa. Sofa tu dekat dengan kipas. Mama tido kat Rizqin kat atas bahu mama. Nampak Rizqin rasa selesa. Sedar2 rupanya mama dah hampir 2 jam berjaga sorang2 sambil tepuk2 Rizqin kat sofa tu. Bila Rizqin dah lena, mama letakkan rizqin atas tilam. Alhamdulilah, Rizqin tido lena sampai pagi. Sampai mama pun sama2 terlajak tido. Ngantuk yg amat sangat. Nasib baik, petang tu mama balik lambat & Rizqin papa yg amik kat nursery, so mama tak perlu rushing sangat nak ke office. Pagi tu, mama rasa badan Rizqin dah kurang panas tapi mama bekalkan juga ubat demam untuk protection, kot2 demam dia datang balik. Pesan kat cikgu dia bagi ubat demam kalau rasa demam dia datang balik.

Balik dari Nursery badan dia rasa panas sikit. malam tadi, Rizqin merengek aje dari mula nak tido sampai pukul 4:30 pagi. mama langsung tak dapat tido. Mama lapkan kepala Rizqin dengan air asam. Papa lapkan dengan ais. Malam tadi Rizqin tak mau tido dengan papa. Agaknya dia rasa badan tak selesa. Asyik nak mama ada sebelah dia aja. Mama pangku Rizqin, hala kan ke kipas sambil tepuk2 dia. Kesihan tengok dia..bila mama basahkan kepala dengan air, dia rasa selesa baru dapat tido. Sepanjang malam mama dok jaga dia. Pukul 4:30 pagi mama bg susu & bg ubat. Rizqin mengamuk x mau makan ubat. Mama letak dia kat bantal tinggi & bagi jugak ubat demam. Lepas bagi ubat demam mama tepuk2 & lap2 lagi kepala dengan air asam. Akhirnya Rizqin terlena sampai ke pagi. Mama sedar2 jam dah 7:02pagi. Terus mama bingkas bangun untuk siapkan beg Rizqin, bubur yg masih x sempat nak masak. Stok bubur dlm freezer dah tinggal 1 tupperware je. Sambil masak bubur, sambil tu susukan dia. Dia tak mau minum susu sorang2 tanpa mama disisi. Terpaksa mama baring sekali smpi pukul 7:30pg. Kelam kabut mama pagi ni lewat ke office.

Mama terpaksa kerja juga hari ni sebab nanti org mengata mama ni tiap2 bulan EL. Mama tawakal ajelah hantar Rizqin ke nursery. Mama pesan kat cikgu Rizqin, jelumkan kepala dgn air kalau panas sangat. Ubat pun mama bekalkan sekali. Harap Rizqin makin sihat hari ni. Hati ibu mama ni merintih pilu kalau melihat anak sakit & meninggalkannya pada pengasuh. Tapi apakan daya, mama perlu bekerja untuk mencari rezeki.



Ni gambar Rizqin demam bulan lepas. Masa ni dia demam pun masih selera makan & bergelak ketawa. Padahal masa ni dia demam terus hampir seminggu baru baik.Tapi semalam baru 2 hari demam & tak berapa panas pun dia dah x berapa selesa. Merengek aje. Risaunya hati mama ni

Lagu kanak-kanak

Friday, May 4, 2012

Salam semua...

Sejak mama bergelar ibu ni, ada sahaja perkara baru yang harus mama belajar. Sekarang mama kena ingat balik lagu-lagu kanak2 yang pernah dinyanyikan oleh atok mak dulu masa mama kecik2. Rupanya baru mama tahu, lagu2 yang dinyanyikan itu bukan untuk suka2 tetapi lagu2 tersebut ada mengandungi unsur2 pembelajaran untuk perkembangan otak ,fizikal kita masa kecik2 dulu.Kegiatan nyanyian sambil beraksi mengayakan lagu yang dinyanyikan itu dapat meningkatkan kecerdasan dan kecergasan kanak2. Lagu juga adalah salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran verbal anak.

Keaktifan anak pada masa kecil akan menambah kecerdasannya ketika dewasa (Hadis Riwayat at-Tarmizi).

Setakat ini lagu yang mama ingat & ajar Rizqin adalah lagu Tepuk amai-amai. Atar Rizqin dah ajar Rizqin nyanyi lagu cak cekur udang gamit sejak dia berusia 3 bulan. Setakat ini usia dia dah 8 bulan hanya lagu cak cekur yang dia dapat. Bila nyanyi je mulalah dia gengam & buka tangan dia. Suruh babai pun dia sibuk buat aksi cak cekur jugak hehehe..dari situ mama rasa perlu mama belajar balik lagu lama agar Rizqin bukan hanya kenal satu lagu aje tapi lebih dari itu untuk membantu perkembangan dalam pembentukan sahsiah dirinya dan membentuk keyakinan dirinya. Rizqin harus menjadi anak yang riang, mudah bergaul & belajar.

Kanak-kanak dan lagu memang tidak boleh dipisahkan. Ia adalah asas untuk mereka melihat, mendengar, bertutur, bergembira dan meneroka anggota badan serta alam sekeliling melalui seni, muzik, pergerakan dan kreativiti.

cak cekur udang gamit,
minta cekur bagi kunyit,
nasi di dapur abis hangit,
adik di rumah tergamit2...



Lagu cak cekur ni membantu menguatkan otot-otot jari dan tangan Rizqin. Lagu ni sebenarnya mama memang tak pernah dengar. Pertama kali mama dengar masa Atar nyanyikan pada Rizqin. mama cuma dapat tangkap baris atas sahaja. Semalam mama dapat tangkap baris ke 2. So hari ni mama google. Maka dapatlah versi penuhnya. Tapi mama rasa baris pertama & kedua sama macam yang atar nyanyi, baris seterusnya mama tak pasti. Kena tanya atar semula hehehe...

Pok amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Tepuk Rizqin pandai,
Nanti upah susu,
Susu lemak manis,
Santan kelapa muda,
Rizqin jangan nangis,
Mama nak buat/pergi kerja.


Lagu pok amai2 ni mama selalu nyanyikan tujuannya supaya dia boleh buka kelima2 jarinya. Tapi setakat ni rizqin masih suka gengam sepuluh2 jarinya masa mama ajar tepuk. Mama kena lipat ganda usaha lagi.

air pasang dalam surut pukul 5
nyonya bangun pagi siram pokok bunga
pokok bunga melur tanam tepi kolam
itik bertelur ayam mengeram
cik baba jatuh dalam parit
cik aminah ketawa jerit-jerit
naik keretapi singgah kuala lumpur
jumpa isteri comel terselit celah dapur


Lagu Air Pasang Dalam yang banyak menggunakan pergerakan tangan menyilang yang sangat baik untuk meningkatkan potensi otak kanan dan kiri. Lagu ni kena main berdua. Ia baik untuk perkembangan emosi dan sosial anak. Bila Rizqin dah pandai duduk nanti, mama akan ajar dia nyanyikan lagu ni.

Bang bang selebu kuali sawa
hujan gunung mandi katun
sirih rampai pinang berseri
minta peluk tangan kiri


Aksi bermain lagu seingat mama, mama akan peluk tangan kiri ke dada & pasangan akan cuba lepaskan pelukan tangan tu dgn menarik tangan tersebut. Permainan ini dapat mengembangkan bahasa kanak2, Mengembangkan kemahiran motor kasar bila pasangan cuba menarik tangan.Dari segi emosi, ianya dapat meluahkan perasan gembira & seronok bermain.

Lagu 3 kupang, saku penuh padi
6 ekor burung masuk dlm kuali
Bila sudah masak burung nyanyi saja
Tentu sedap mkn beri pd raja
Raja dlm rumah buat kira2
Suri dlm dapur mkn roti gula, hey
Dayang tepi kolam mau jemur tepung
Dtg burung hitam patuk btg hidung, hidung, hidung, hidung......


Papaku pulang dari kota,
Papaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Kan kubawa ke sekolah,
Pon (9x),
Kereta kecilku berbunyi,
Marilah Rizqin mari naik,
Boleh kubawa jumpa nenek.


Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey


Buai laju-laju
Sampai pucuk sena
Apa dalam baju
Sekuntum bunga cina


Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi2
Cepatlah adik cepat
Cepatlah bgn pagi2
Kalau adik malas bangun
Nantilah adik rugi
La,la,la,la,la,la....nanti adik rugi....


bangau o bangau kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus
ikan tak mau timbul (2x)
ikan o ikan kenapa engkau tak mau timbul?
Mcmana aku nak timbul
rumput pjg sgt(2x)
rumput o rumput knp engkau pjg sgt?
Mcm mana aku tak pjg
kerbau tak mkn aku (2x)
kerbau o kerbau knp engkau tak mkn rumput?
Mcmana aku nak mkn
perut aku sakit (2x)
perut o perut knp engkau sakit?
Mcmana aku tak sakit
makan nasi mentah (2x)
nasi o nasi knp engkau mentah?
Mcmana aku tak mentah
kayu api basah (2x)
kayu o kayu knp engkau basah?
Mcmana aku tak basah
hujan timpa aku (2x)
hujan o hujan knp engkau timpa kayu?
Mcmana aku tak timpa
katak panggil aku (2x)
katak o katak knp engkau panggil hujan?
Mcmana aku tak panggil
ular nak mkn aku (2x)
ular o ular knp engkau nak mkn katak?
Mcmana aku tak mkn
memang makanan aku (2x)


Satu labah-labah,
Cuba panjat perigi,
Bila hujan turun,
Labah cepat lari,
Terbit matahari,
Air tiada lagi,
Dan labah cuba panjat,
Sekali lagi..
Yeaayyyy..


Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky!


I love u, u love me,
we're happy family,
with a great big hug and kiss from me to you,
won't you say you love me too


Rizqin suka sangat dengar lagu barney ni.

Banyak lagi lagu yang mama dah tak ingat. Tengah cuba sedaya upaya untuk mengingat. Bila dah ingat nanti, mama letakkan lirik disini.


P/s : Tok Cik Rizqin telah kembali ke Rahmatullah pada 3 May 2012 jam 1:55pm setelah 2 minggu koma di KPJ Damansara. Moga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah. Seingat mama, Tok Cik Rizqin memang tak pernah tengok Rizqin lagi. Apa pun moga dosanya diampunkan Allah dan diletakkan didalam golongan orang2 yang beriman.Amin.