Showing posts with label latarbelakang. Show all posts
Showing posts with label latarbelakang. Show all posts

Salasilah keturunan Rizqin

Tuesday, December 11, 2012

Salam..



Pic Sultan Alauddin Sulaiman Syah

Malam tadi pening jugak mama duduk mencari salasilah keturunan sebelah papa Rizqin.
Dari semakan dalam buku waris & kerabat Selangor, Rizqin sekarang adalah keturunan yang ke 13. Rizqin merupakan piut kepada Sultan Selangor yang ke 5 iaitu Sultan Alauddin Sulaiman Syah.

Sultan Sulaiman telah berkahwin dengan Che Chik binti Abdullah, memperoleh tiga putera dan empat puteri. Salah seorang puterinya adalah Tengku Khadijah yang berkahwin dengan Raja Yusof. Maka lahirlah attar Rizqin iaitu Raja Hanizah. Raja Hanizah melahirkan bapa Rizqin iaitu Raja Ahmad Rizer"

Nama lengkapnya ialah Sultan Alauddin Sulaiman Syah bin Raja Muda Musa bin Sultan Abdul Samad bin Raja Abdullah bin Sultan Ibrahim Syah bin Raja Lumu (Sultan Salehuddin Syah, Sultan Selangor yang pertama) bin Upu Daeng Celak (Yamtuan Muda Riau yang kedua). Sultan Sulaiman lahir pada 19 Rabiul Akhir 1282 Hijrah/11 September 1865 Masihi dan mangkat pada 30 Muharam 1357 Hijrah/31 Mac 1938 Masihi. Baginda Sultan Sulaiman merupakan Sultan Selangor ke-5, yang bertahta pada tahun 1898 Masihi - 1938 Masihi, memerintah dalam masa lebih kurang 40 tahun.

Sebagai bukti bahawa Sultan Sulaiman mementingkan pembangunan keIslaman, beliau juga membina sebuah masjid yang diberi nama dengan nama baginda iaitu Masjid Alauddin di Kuala Langat, Selangor. Di masjid tersebutlah Sultan Alauddin Sulaiman Syah selalu membaca khutbah Jumaat, khutbah kedua-dua hari raya; Aidilfitri dan Aidiladha. Dalam gambar kelihatan bahawa baginda sedang menyampaikan khutbah. Ini sebagai bukti bahawa baginda adalah seorang sultan yang mampu dan aktif dalam kegiatan-kegiatan Islam.

Kitab Melatih Kanak-Kanak Laki-Laki Perempuan, Agama Islam 1, diselesaikan di Istana Mahkota Puri, Klang 3 Zulhijjah 1348 H. Dicetak oleh The Boon Hua Press, Klang, 1349 H/1930 M. Pada halaman 27 terdapat satu judul yang agak menarik, ialah ``Nasihat Guru Pada Murid'baginda menulis dalam bentuk puisi 22 bait empat-empat rangkap.
Ini beberapa contoh sahaja :-

Tuntutlah ilmu akhirat dunia,

hidup matimu dapat bahagia.

Ke manamu pergi jadi mulia,

tidaklah hidup sia-sia

Pergi sekolah janganlah segan,

ilmu agama jangan dilupakan

Sama dituntut sama amalkan,

dua-duanya sama muliakan.

Agama Islam amat sebenar,

peraturannya cukup benar.

Tetaplah padanya jangan nanar,

beroleh kebajikan yang bersinar ... ``

*Puisi yang mengandungi pemantapan pengenalan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. di atas baginda tutup dengan beberapa bait, katanya,

``Sekadar ini rencananya disurat,

supaya ingat jangan melarat.

Menghafaz membaca janganlah berat,

iman di dada akar berurat.

Cinta ibu harus diingat,

bapa berharap beserta sangat

Anak yang soleh jadi semangat,

setiap waktu setiap saat.

Harap ibu orang yang cinta,

bapa dan kaum pula serta.

Anak berilmu alim pendeta,

biarlah habis wang harta `'


Sumber : http://ulama-nusantara.blogspot.com/2006/11/sultan-sulaiman-selangor-sultan-yang.html

Part 2: Rizqin @ Jamuan Teh Waris & Kerabat Diraja Selangor

Salam semua...

Sementara menunggu Tuanku selesai berjumpa dengan kerabat dia..kami tunggu kat tangga menunggu ke Istana.


Papa kata meriam ni , meriam asal yang terapung di Pantai Morib. Meriam ni terapung sendiri & naik sendiri ke pantai. Kalau tak kuat semangat, orang yang dekat boleh demam. Attar kata Rizqin ada daulat dia. Alhamdulillah dia tak demam. yang tak sihatnya mamanya..sampai sekarang batuk & tak sedap badan lepas balik dari sini.Mungkin jugak sebab cuaca panas.Tak tahulah..walahualam...

Meriam ni tempat papa main masa kecik2 dulu....papa kata meriam ni akan berbunyi sendiri bila ada kemangkatan dan sebagainya. Jangan main2...Attar saja yang tahu cerita..nak tahu Rizqin kena koreklah cerita dari Attar...


Masa kecik duduk dekat Red carpet..besar nanti mana tahu dia pulak yang jalan kat sini...



Ini dayang2 yang mengiringi Rizqin konon2 nak masuk ke istana...sebelum Tuanku lalu baik dia rasmikan dulu..manalah tahu kot2 nanti boleh jadi Sultan selangor pulak hahaha...Allah sahaja yang tahu...masa hadapan...


Papa kata dulu2 dia bergambo dekat sini. So hari ni , dia nak Rizqin pulak bergambo di tempat yang sama...




Ini gambo keretapi lama..attar kata tempat ni keras...yalah kepala keretapi memanglah keraskan hehehe...attar aje yang tahu sejarah disini sebab dulu tempat ni tempat mainan attar & papa masa kecik2 dulu..Dulu rumah attar dengan istana tak ada pagar..so diorg bebas bermain kat sini...


Rizqin tengah sayang mama..papa jeles...tapi rasanya masa ni bukan dia kiss mama..dia sibuk nak pandang belakang hahaha...



Meriam ni bukan yang betul yer..yang betul sebelah belakang tu...


Auntie Qilah dengan anak2nya sibuk membelek buku...cari ada tak nama diorang hehehe...


Uncle Ann yang ada iras2 muka Sultan Selangor. Yang mama perasaan muka papa & Uncle Ann hari ni betul2 ada iras..tetiba muka papa berubah hahaha....

sekian untuk kali ini...kalau ada lagi tahu depan..silalah jemput kami lagi...tahun depan Rizqin dah besar sikit, maka bolehlah mama makan banyak2...TAPI kalau time tu tengah mabuk2 kan adik Rizqin...tak merasalah mama...tunggu..edisi tahun depan...





Part 1: Rizqin @ Jamuan Teh Waris & Kerabat Diraja Selangor

Salam semua...

Sabtu 8th Dec 2012, Rizqin dijemput menghadari jamuan Teh Waris & Kerabat Diraja Selangor @ Istana Alam Shah Klang.


Hari ini hari yang amat penat bagi mama. Dari Kinrara kami bertolak ke rumah attar. Singgah ambil attar kat rumah de'Chik ambil attar. Hantar attar balik rumah.Tak lama lepas tu keluar semula untuk beli tudung mama. Alhamdulillah ada 1 je tudung warna yang mama nak. Terus rembat tu pun setelah di QC oleh papa. Lega kalau tak pening jugak nak cari tudung.


Ini adalah aksi budak baik yang nak lepas...tak mau mama pegang. Time ni tudung dah dapat.Kalau tak, pakai tudung buruk lah mama.

Pukul 2:30ptg, kami gerak ke Istana. Padahal istana sebelah aje boleh jalan kaki aje tapi kami still nak naik kereta jugak. Naik ikut pintu belakang istana sebelah Masjid. Dekat sikit berbanding jika melalui laluan depan. Jenuh jugak nak jalan kaki. Jalan ni pun papa dah survey awal2. Tak banyak kereta parking ikut sini.




Ni baru aje sampai nak cari tempat duduk. Tempat duduk kami di bahagian lain tapi kami duduk aje ikut suka. Janji dapat makan.


Sudah dapat tempat duduk. Budak kecik tu, baik sekejap aje.


Gambo dengan papa. Sebelum makan & sebelum Tuanku sampai.


Dekat mama ni buku Salasilah Keturunan Sultan, Waris & Kerabat Diraja. Mahal buku ni RM150 satu. Tapi kerana ada salasilah keturunan Papa & untuk Rizqin tahu siapa keturunan dia, maka papa beli jugak. Buku asal akan disimpan di Muzium. Buku ini kali ke 2 diterbitkan. Yang pertama 20 tahun yg lepas.


Rizqin memang bertuah, masa mama dalam pantang melahirkan dia..sebulan rasanya lepas dia lahir. Pihak istana dah mintak details pasai waris2 untuk dimasukkan dalam buku ini. Masa ni mama dekat rumah atok mak tau Rizqin. Agaknya diorang tunggu Rizqin lahir baru nak update buku ni. Memang kelahiran Rizqin ada tuahnya.


Nama Rizqin dalam buku tu...mama tak abis study lagi pasai salasilah keturunan Rizqin.. keturunan sultan yang keberapa..


Ini meja pendaftaran...untuk dptkan name tag.


Masa ni lega sesangat sebab Riziqn tido..tapi tak lama pun...tak abis lagi ucapan dekat depan tu...dia dah bangun.


Makan laju2..makan sate kot time ini. Rizqin tak tahu kat mana. Tapi gambo ni papa ambil.




Selesai makan, sessi mengambil gambar & signature by sultan selangor. Patutnya Tuanku bergerak dari satu meja ke satu meja kerabat tapinya semua orang bangun..kerumum nak mintak sign kat buku tu..maka kami pun sama2 bangun. Lepas papa amik signature. Terus kami jalan ke Istana, tunggu Tuanku kat sana. Nak makan balik pun dah tak dapat. Mama frust aje tak dapat ngulang makan. Semua makanan teramatlah sedap. Mama dapat makan sate, Mee rebus, nasi goreng,mee goreng,roti jala dan rojak. Kuih tak dapat makan. Buah anggur rizqin tinggal aje atas meja. Dah balik baru teringat...bee hoon sup, kebab dan byk lagi tak sempat dah. Tak de sape nak jaga Rizqin..Ais Krim langsung tak jumpa kat mana diorg letak. Balik rumah kelaparan balik.Sebab penat mengejar Rizqin.


Hari ini hari yang paling Rizqin happy sebab bebas kesana kemari. Tempat luas. Semua tempat dia nak pergi. Yang penat mama & papa. Kami tak banyak dapat makan sebab sibukkan budak sorang ni. Tak reti duduk diam. Asyik nak berjalan aje. Dia boleh berjalan dari satu meja ke satu meja sampai ke tempat hidangan makanan.

Kat tempat lapang ni pun dia boleh berjalan tak hirau orang lalu lalang. Pantang lepas...menonong2 dia berlari. Dia duduk dekat tangga stage tu. Bajet paparazi tangakp gambo dia. Ko ingat ko anak Sultan? Gambar dekat camera kakak Zurika. nanti mama update gambo.

To be COntinue..gambo banyak sangat....