Sudah lama tak cerita bab2 susun atur, mood memang ke laut start bulan puasa hari tu lagi. Jangan tak tahu, raya pun rumah tak berkemas sangat hehehe. Mungkin masa tu mood berbisnes aje yg muncul.Sekarang ni, mood bersusun atur dah kembali. Bisnes pun berjalan lancar. Semuanya teratur kini.
Sehari ke sehari saya tengok semakin ramai blogger yg punya minat sama dlm bab2 susun atur ni. Saya pun rasa seronok nak berkongsi sama bab2 susun atur ni.
Fizah @ http://susunatursioca.blogspot.com banyak bagi inspirasi dlm bab2 susun atur ni.
Saya memang tak ada meja solek yg khas. So saya gunakan saja barang2 yg ada dirumah sebagai meja solek saya. Ini dia meja solek saya...
Oklah kan...meja komputer yang saya jadikan meja solek. Saya suka sebab ada roda dibawahnya yg saya boleh alih bila saya dah boring & nak tukar kedudukan.
Saya hanya guna layer yg paling atas sekali. Layer ke 2 tu hanya utk letak tisu sbb mengelak Rizqin dari capai barang2 saya. Ini pun dia dah boleh capai. Siap jongkit2 kaki lagi.
Cermin tu saya beli di Nilai 3 sebelum kawin lagi...saya cuma letak saja kat atas meja solek ni sbb syg nak sangkut. Kalau dah sangkut kat dinding, dah tak boleh alihkan nanti. Statik je kat situ. Solutionnya baik saya sandarkan aje.
Kotak gold tu adalah bekas kuih raya yg supplier bagi..saya gunakan utk letak bedak, perfumes, deodarant dan toner.Nampak lebih kemas. Bila nak guna cabut dan letak semula.
Kotak merah ni adalah kotak perfumes arab yg dihadiahkan kepada kami. Malangnya perfumesnya abis tumpah. Bila buka tgk2 dah kosong. Saya buangkan perfumesnya. Letak alas kat tapaknya kemudian saya letakkan alat mekap saya dan mesin pencukur misai husband. Sebelahnya saya susunkan botol2 yg sy syg nak buang-serbuk lada (diguna jika diserang pencuri).
Koleksi brooch saya. Saya beli dekat DIY harga 2.90. Ada byk compartment yg saya boleh adjust.
Brooch yg saya jarang gunakan. Letak didlm bekas perfume arab jugak.
Koleksi accesories. Saya letak dlm bekas cincin masa kahwin dulu.
Bekas gula2 org kawin..saya letkkan tisu muka.
Bekas tu saya dapat ms pergi conference di KLCC. Saya letak butang baju husband.
Kebanyakkan bekas/kotak2 adalah brg terpakai yg saya sayang nak buang. Saya akan simpan, dan digunakan bila perlu.
Tengah maknya sibuk mengemas dan menyusun atur ..tetiba ada budak tu melalak kesakitan. Rupanya2 jatuh dari basikal dan terantuk kepala kat batang penyapu. Tak pasai2 kena berhenti sekejap bagi bantuan kecemasan kat budak baik ni...bukan senang nak mengemas time dia jaga. Ini salah satu faktor kenapa mood organizing selalu ke laut.
Lagi satu, dia saja nak masuk cerita dlm blog ni jugak..sbb ni kan blog tentang dirinya tetiba mamanya boleh cerita pulak bab2 susun atur...hehehe..tak acilah kan citer susun atur tanpa cerita dia..pandai kan ...hehehe
Ini saja susun atur meja solek saya buat ms ini. Tak tahu berapa lama boleh bertahan. Sebab sy suka merombaknya bila rs dah tak berkenan.
6 comments:
amboi .. rajinnya menyusun atur...
seharian ko..tak kuar rumah hehehe...
salam dear..baru sempat menerjah..sy suka tgk kombinasi kaler2 gold tu semua..alas meja dan kotak tu gold pastu tambah gold warna bingkai cermin...kreatip betul letak cermin kat meja komputer tu..ting bertukar jadi meja solek..suka!! ;)
p/s cian dak kecik tu..nk tlg mama gak ea ;p
Fizah, sebenarnya tak terfikir langsung nak buat kombinasi gold..bila dah siap baru perasan...tema gold...lepas tu bila on lampu ikea yg memang warna kuning cahayanya..jadi bertambah2 naik warna gold tu...alhamdulilah..setakat ni puas hatilah..
dak kecik tu...sama rajin mengemas...
sedap mata kalau dah kemas kan
umie sue..itulah..klu tak serabut mata kepala hehehe...
Post a Comment
Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...