Sambutan Birthday Rizqin dan Open house family. (Persiapan sebelum majlis)

Monday, September 2, 2013

Assalammualaikum....

Alhamdulilah pada 1 Sept (ahad) lepas selesai sudah sambutan birthday rizqin dan open house utk family. Sambutan dibuat secara kecil-kecilan saja..

Kedua sambutan ni atas permintaan keluarga belah papa Rizqin..terutama ata dan sepupu2 rizqin. Mulanya diorg nak datang beraya sahaja . Oleh kerana, birthday Rizqin jatuh pada hari raya. Saya rasa eloklah dibuat sekali harung saja.

Seminggu sebelum saya sudah merancang apa persediaan yang perlu saya buat. Memandangkan saya cuma ada masa 2 hr saja..sabtu dan ahad. Weekdays kerja, Balik kerja memang tak larat nak buat kerja lain dah. So 2 hari ni..saya listkan kerja2 yang perlu diselesaikan supaya bila sampai minggu depannya. Kerja saya cuma membeli bahan dan memasak aje.

Seminggu sebelum majlis.

1) Sabtu -mengemas rumah.
-Buang sawang di rel tingkap, kipas, lampu dan dinding
-Basuh bilik air utama
-Basuh langsir
-Kemas area dapur
-Kemas ruang mendobi.
-Keluarkan gelas, mangkuk makanan, tempat letak kuih,pinggan,tempat basuh tangan,dulang,piring,jug air.
-Kemas bilik utk tetamu solat/berehat.

*** Saya suruh esben bawa Rizqin ke rumah Ata nya. Supaya saya dapat lakukan kesemua kerja2 diatas tanpa gangguan.

***Dari pagi sampai ke pukul 9 malam barulah saya dapat meluruskan pinggang. Baru 15 minit berehat. Sakit belakang pun tak hilang lagi. Rizqin dah balik rumah...huhuhu....tapi kerja semua dah beres. Lega

2) Ahad
Oleh kerana ada 2 open house hari ni. So tiada kerja mengemas pd hari ni. Sebab itu saya selesaikan semua kerja pd hari sabtu.

3) Isnin
Saya listkan senarai jemputan. Anggaran dalam 50 orang.
Listkan menu
Listkan perkakasan memasak yang perlu di pinjam.
Listkan bahan mentah yg perlu dibeli
Listkan barang2 bukan mentah (tak tau nak pasai istilah apa)
Tempah kek Rizqin-beli online aje.
Buat jadual memasak utk mlm sabtu & ahad.
Listkan mangkuk/pinggan/periuk yg nak digunakan mengikut Menu.


4) Rabu
Jemput tetamu-ada sms ada call.
Pergi kedai frozen -beli Nugget, Rempah Soto.
(kos RM23)
Bayar duit kek (RM90)

5)Khamis
Beli barang di speedmart
-sudu garpu,tisu,ketupat nona,plastik sampah,kicap
(kos 32.13)
-Buah air batu

6) Jumaat-ambil cuti
Saya rasa macam banyak lagi perkara perlu dibuat. Saya nak semua berjalan lancar. Walau majlis hari ahad. 2 hari sebelum majlis, saya perlukan persiapan lebih awal. Tak mau kelam kabut.

Jumaat pagi, selepas hantar Rizqin ke Nursery. Saya terus ke pasar borong selangor tanpa breakfast pun. Perut lapar tapi kerja mesti diselesaikan cepat2. Sampai pasar borong pukul 9:30pg..habis membeli pukul 11:30pagi.

Barang dibeli :-
Ayam 2 ekor (saiz 1 besar, 1 kecil) -kos RM31
Daging 1 kg -RM24 (bahagian peha, batang pinang (tambah RM2) dah abis,
Cawan 50 biji - RM4
Mangkuk -75 RM6.70
Bawang goreng-RM5 ( 500gram)-banyak gila-patut saya beli 250 gram aje. Sbb guna suku aje.
Susu ideal-RM3.45- patut beli kat Mydin lagi murah RM3.15.
Sayur-Taugeh RM1, cili padi RM0.50,limau kasturi ,halia,daun kunyit,daun sup dan daun bawang, kacang tanah 1/2 kg, sup bunjut 1.
 Kos RM 100

Pukul 12-On d way balik, singgah di MYDIN Puncak Jalil.
-Bihun cap Fatima (3 bungkus-RM1.80 sebungkus)
-Green Apple-4.83 ( kecil buahnya)
-Telur -3.30
Kos RM 13.55.

Pukul 12:30 -Singgah Giant pulak
-Beli Pandan Chiffon cake 1-RM4.99
-Apple Merah-RM7.99
-Potato Holand 15 biji -RM2.00 (patut kena beli 40 bijik sbb tak cukup nak buat begedil)
Plan asal nak buat cheeze wedges tapi lain jadinya.
-Asam kulit limau-RM2.01
-Kek pisang yg bersar-RM5.99
-Belon 30's -RM12.99
Kos RM35.97

Petang jumaat.
-Basuh ayam & potong daging.
-Basuh segala perkakasan yang nak digunakan.
-Basuh bilik air belakang
-basuh baju**
-basuh cadar

** Saya basuh baju hari ni sbb tempat mendobi nak digunakan utk letak pinggan dan periuk2. So baju dah kering boleh diangkat pd hari sabtu.

Sabtu.
Pagi-Masak air gula
-ke shah alam & klang -ambil periuk besar dan tempat bancuh air sejuk & air panas.
**(nampaknya saya dah kena beli periuk sendiri & tempat air nak buat makan2 dah senang, tak perlu nak meminjam lagi)

-Singgah kedai, beli santan & ayam 1 ekor lagi ( kos RM15)

Petang -Sempat pergi open house lagi.  Singgah di speedmart ada je barang tak cukup. Beli Kiub ayam adabi & sos cili (hampir terlupa-utk dimkn dgn nugget) -(Kos dlm RM12)

 6 petang- mak mentua & anak2 sedara esben sampai rumah.

Terus mintak tolong anak buah basuhkan periuk dan bekas2 air yg dipinjam tadi. Saya terpaksa meminjam tenaga diorg sbb saya perlukan tenaga utk memasak & melakukan kerja2 yg lain mengikut senarai yg dah sy tetapkan. Lagi satu utk mengelakkan saya tido lewat. Subuh2 adam dah nak kena bangun.

8:00mlm- start memulakan operasi memasak sehingga pukul 2 pagi.

Senari tugas yg saya sediakan itu betul2 membantu melancarkan kerja. 

** Rasanya dah panjang sangat. Kita sambung ler...






















0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...