Sambutan birthday Rizqin & Open House family ( Persiapan Malam Majlis)

Tuesday, September 3, 2013

Salam semua..

Persiapan pada malam majlis. Saya sebenarnya lucky sbb ada mak mentua dan anak2 buah perempuan yg ramai.Jadinya mereka datang membantu utk menjayakan majlis. Kalau saya seorg rasanya saya tak mampu buat semuanya. Confirm sakit belakang menyerang.

Selepas solat maghrib, saya dah bergegas ke dapur. Melakukan semua kerja mengikut jadual yang telah saya tetapkan. Jadual tu saya letak di peti sejuk. Bila selesai saya kerja saya padamkan. Malangnya selepas majlis jadual tu, tak tahu mana saya letak.

Menu yang telah ditetapkan adalah :-

1) Kek Birthday - Ni mesti ada.
2) Menu utama - Soto ( Bihun & nasi impit)
                          - Rendang daging ( utk yg tak makan ayam)
 3) Dessert -Caramel
                  - Kek Pisang & Kek Span
                  - Nugget
                  - Mashed potato (last minute request)
4) Buah - Epal
5) Air - Air oren sunquick & teh O.
6) Kuih raya.

Menu tambahan :-

a) Nasi goreng cina & kuah kacang ata sponsor
b) Macaroni kak Nita sponsor
c) Kek batik Chef Ika sponsor.
d) Begedil- Chef Ika tolong buat.
e) Kek gula hangus- K.mah sponsor.

8:00 mlm - Acara memasak bermula.

 -Mula2 kami rebus nasi impit. (2 jam - (7:30-9:30 siap)
 -Kek batik
 -Masak rendang,
- Masak kuah kacang
-Buat caramel 2 pinggan.
- Masak air panas. Sementara air masak saya buat kerja lain pasang cadar & sarung bantal, mandikan anak, bagi anak makan & susu.
- Begedil - kerja memotong, mengoreng & membantu semua dilakukan chef Ira dibantu adik2nya.
-Masak nasi utk nasi goreng cina esok.
-Rendam bihun,
-Potong kek pisang -dibantu anak2 buah
-Masukkan kuih dlm bekas
-Letakkan mangkuk hidang di atas meja.
-Pasang kain alas dekat meja hidang.
-Kemas bilik belakang-letak telekung & sejadah, pasang tikar.
-Basuh pinggan -dibantu anak2 buah
-Mop lantai sebelum tido.
-Minta papa buang sampah.

Kerja memasak selesai pukul 2 pagi..

Hakikatnya saya tak dapat nak tido malam tu. Asyik terjaga. Rizqin disebelah pun gelisah aje. Saya sendiri tak selesa nak tido. Panas pun ye jugak mlm tu. Tapi sebenarnya saya teramat RISAU memikirkan majlis pd esok hari. Macam2 yg saya fikirkan. Boleh ke aku masak kuah soto ni esok hari. Saya tak pernah masak utk 50 org. Memang saya tak pandai masak & esben selalu cakap tak sedap. Saya nervous dan stress dalam tido. Takut sangat2. Cuma saya cuba tenangkan hati dan ingat pesan my BFF ( Noe).." Redah aje, kalau tak cuba kita tak tahu". Itu lah kata2 semangat yg buat saya tenang & nekad.

Memang kehadiran mak mentua dan anak buah husband benar2 meringankan kerja2 saya.Buat sorang2 memang saya rasa sy tak mampu. Entah pukul berapa saya boleh tido agaknya, Sakit belakang saya hampir tak terasa sangat. Cuma saya amat2 kesian dengan Rizqin. Dia merengek2 nak saya dukungkan. Ajak ke ruang tamu. Last2 dia tertido depan tv bersama papanya. Saya terpaksa biarkan dia bermain dgn sepupunya di dlm bilik bagi menyenangkan saya melakukan semua kerja. Saya cuma tido dapat bersama dia selepas pukul 2 pagi. Kesian anak mama. Dia macam faham, saya tak hiraukan dia malam tu sbb tu mcm2 perangai dia buat utk menarik perhatian saya.

Tiada gambar sebab dah tak sempat dah...ingat nak tido aje















0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...