Sambutan Birthday Rizqin & Open House family ( Hari Majlis)

Tuesday, September 3, 2013

Salam semua...

Ini adalah hari yg amat2 mendebarkan saya. Tiap kali solat saya berdoa semuanya berjalan lancar dan mohon Allah mudahkan segalanya. Maklumlah saya tak pernah memasak utk tetamu yg ramai. Saya betul2 letakkan pergantungan saya pada Allah. Saya berdoa masakan saya sedap dan mencukupi. 



5:30 pagi- Saya sudah bangun utk solat subuh, mandi dan bersiap utk memasak sup.
Masa ni semua org belum bangun lagi. So mudah saya buat kerja sorang2 didapur. Dengan lafaz bismilah & 3 Qul. Sambil memasak tu saya berdoa jugak biarlah makanan cukup dan sedap. Air panas saya masak lagi pagi ni takut tak cukup.

Saya keluarkan semua bahan utk soto,nasi goreng cina dari peti sejuk dan letakkan disatu tempat. Supaya mudah kerja utk mengoreng.

Sambil masak sup saya buat sambal kicap. Kemudian goreng ayam. Goreng kacang tanah, Suhun. Lepas tu nak celur taugeh, Nasib baik saya perasan, taugeh belum dibuang ekor. Apalagi, saya kerah anak2 buah supaya bangun dan menolong saya di dapur. 2 orang saya tugaskan membuang ekor taugeh. Siap saya celurkan. Atar Rizqin membantu meracik2 kan isi ayam dan potong daun sup/daun bawang. Siap semuanya saya masukkan dlm bekas dan aturkan lebihan disatu sudut.

Ira pulak mengoreng begedil dan nugget. Saya pulak mencelur bihun. Untung saya punya 5 orang anak sedara perempuan. So semua tugas dibahagi2 kan. Ada yg memotong nasi impit. kek span dan hidangkan kek batik. Potong buah ( letak garam supaya tak lebam).

9:15 pagi - Saya tugaskan anak sedara utk mengambil kek di lobi. Kek delivery mengikut masa. Alhamdulilah. Bila kek sampai saya mengharapkan Rizqin teruja dengan kek yg saya tempah khas utk nya. Tapi hati kecewa bila dia tak hiraukan langsung tapi sibuk dengan benda lain ( saya tak ingat dia sibukkan apa). Nasib baik sepupu2nya teruja. So tak delah saya terkilan sangat.


Kemudian tugas seterusnya  memasak nasi goreng cina. Tugas ni saya serah kan pada atar & Ira. Buat air pun Ira jugak jadi mangsa saya. saya cuma rendamkan teh aje. Saya memang puji dia sbb dia buat kerja dgn pantas. sambil buat keja sambil arah adik2nya.
Masa ni cuma tinggalkan hidangkan semua makanan didlm bekas, aturkan cawan,mangkuk,pinggan sudu garpu ditempatnya. Sempat saya iron baju.











11:30 tugas didapur siap. Kerja last mop dapur dan kemas dapur. Lepas tu saya & Rizqin bersiap. Tugas papa pada hari ini, mop lantai ruang tamu, kemas bilik, tiup belon dan bentang tikar. Beli ais dan ambil adik beradiknya yg memanjang tersesat. Padahal rumah tepi highway LDP tu aje.

Acara bermula pukul 1pm..tapi cuma seorg aje yg sampai awal. Dalam pukul 2pm..semua datang serentak.

Uncle Nil -Tetamu terawal dan tak sesat
Lepas itu semua org datang serentak. 

Kawan2 yg dijemput Bib dan kak mah.

Abang2 dan kakak2 ipar ku.

Keluarga husband dari kelantan pun hadir.
Sempat lagi saya menyediakan mashed potato buat semua. Mashed potato habis. Yg last dapat makan, anak2 sedara saya. Sebenarnya saya hampir lupa. Nasib ada yg mengingatkan.

Abang2 ipar dan yg belakang tu abg sulung ku.

Makcik & Atar

Anak sedara papa-Norazah dari kelantan

Bonda dari kelantan dan kak yan

Rizqin time ni baru bangun tido..kerana kekalutan maka tak smepat nak siapkan dia. Potong kek dgn muka blur. Ikut dan aje.


Tiup lilin..rizqin tak reti nak tiup.

Yasmin membantu

Tiup min tiup...berkerut2 muka meniup.

Kak Cik & intan

Hadiah Yasmin pilih
Dari kak Lela-byk giler coklat..bertingkat2.
Dari uncle Jek
Dari uncle Nil
Dari kakak Zurika (musuh ketat rizqin)
Kek sedap (BR tu tak tau samada Baskin Robin or Birthday Rizqin)

dan last hadiah
RM RM RM.

Hadiah yg Rizqin dapat advance

Tak tahu apa nama daa..hehehe..Dapat ms hari raya dari auntie Shima & family.

Iron Man bag. Dapat 2 bulan awal dari Auntie Yan. Dah selamat sampai ke Kuantan pun beg tu.


Dari Nda Cik & Yasmin pilih..

Baju raya haji dah ada 3 helai...oklah tu Rizqin. Tinggal cari seluar je lagi sehelai.


Petang tu hujan dengan lebatnya. Aktiviti kanak2 nak mandi kat pool tergendala. lepas hujan berhenti baru diorg gi mandi. Semua org beransur pulang pukul 5:30 petang sbb kecoh rumah banjir dan pokok tumbang. Dah dapat berkumpul adik beradik, malang pulak menimpa. Itu semua dugaan.
Last tetamu adalah Noe & Izlin...semua kawan2 dijemput hadir. Noe sampai dalam pukul 6:45pm, Lin sampai masa mahgrib. Borak2 sampai azan isyak. Baru diorg bersurai.
Alhamdulilah semuanya berjalan lancar.Makanan cukup, ada yg puji soto sedap, rendang sedap. begedil sedap. Sempat bg diorg tapau. siap tapaukan utk guard kat bawah lagi.
Rumah ditinggalkan dlm keadaan dibawah.

Kerja2 mengemas dilakukan papa.
 Kerja basuh pinggan selesai pukul 12:40 pagi.

Alhamdulilah, saya amat2 bersyukur sebab majlis lancar walau badan keesok harinya sakit2 dan hari ni terasa mahu demam.Terima kasih pada yg hadir dan terima kasih pada yg membeli brg2 yg saya jual. Ni dikatakan serampang 2 mata.

Banyak perkara yg perlu dibaiki. Saya senaraikan semua harga dan menu memudahkan saya membuat rujukan bg masa2 akan datang. Bukan utk menunjuk tapi utk berkongsi idea. Maklumlah first time buat, banyak kurangnya. Hadiah tu pun, untuk tatapan Rizqin apabila dia dah pandai baca blog mama ni.

Lastly : Happy birthday my sayang Rizqin Hazim.




















4 comments:

Diana said...

Happy Birthday Rizqin.. Cantik kek birthday dia... =)

Seronok buat makan..lagi2 masak sendiri kan..puas hati hidangkan tetamu masakan sendiri...

MamaRizqin said...

Tq auntie Diana...

Bila kita masak sendiri..kepuasan tu lain...rasa seronok nak buat makan2 lagi...betul kata kawan saya..."kita tak cuba masak sendiri kita tak tahu ".

Fizah said...

happy birthday dear rizqin...ehhhh lambatnyaaa untiey ni wish..hihikss..semoga membesar menjadi anak yg soleh dan beriman :)

MamaRizqin said...

tak pe lambat pun auntie Fizah...tq doa tu ye auntie...amin

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...