Permainan penting untuk perkembangan Rizqin

Thursday, April 19, 2012

Tapi mengapa permainan begitu mempengaruhinya?

Pertama, mari kita lihat bagaimana otak bayi berkembang sepanjang
usia kanak-kanak.

Buat pengetahuan erranis, otak anak anda berkembang
lebih pesat pada zaman kanak-kanak berbanding waktu lain.
Perkembangan otak bayi begitu pesat sehingga mencapai sekitar 60%
berbanding perkembangan otak orang dewasa.

Perkembangan ini mula menurun apabila anak mencecah usia 6 tahun.

Ketika otak dalam proses pertumbuhan, sel-sel saraf yang dipanggil
neuron, yang menyerupai kabel elektrik, pesat berkembang biak.
Bayi yang baru dilahirkan, mempunyai banyak kabel yang tidak
bersambung. Pada tahun pertama, neuron ini belajar untuk bekerja
lebih baik dan mula bersambung antara satu sama lain untuk membina
litar yang membolehkan bayi untuk berfikir dan melakukan lebih banyak perkara. Setiap bayi yang membina pengalaman baru dan berinteraksi dengan persekitaran mereka akan membina beberapa sambungan pada otak bayi.

Asasnya adalah:

Semakin banyak rangsangan pada bayi erranis,
Semakin banyak sambungan saraf bayi anda dibina.
Semakin banyak sambungan saraf bayi anda dibina, semakin baik otak berkembang.
Semakin baik otak berkembang, semakin pintar bayi.

Dalam rangka mengoptimumkan sambungan saraf-saraf otak bayi erranis, bayi perlu dirangsang melalui lima panca indera: mendengar, melihat, merasa, mencium, dan menyentuh. Ketika inilah permainan berfungsi.

Sebilangan alat-alat permainan ini direka tepat untuk semua itu. Ia direka untuk memberikan multi-rangsangan kepada panca indera.

Anda akan akan mendapati bahawa:

Pendidikan Bayi adalah,

Permainan + Layanan Ketika Bayi Bermain = Bayi Genius

Mari kita lihat secara terperinci bagaimana permainan dapat merangsang bayi erranis.

1. Penglihatan.

Kajian telah membuktikan bahawa mata bayi masih belum matang ketika
dilahirkan. Oleh sebab itu mereka mengalami kesulitan untuk fokus
pada suatu objek atau gambar. Bayi yang baru lahir hanya mampu
fokus pada objek atau gambar-gambar yang kontra sahaja.

Oleh sebab itu, persekitaran hitam putih dan merah putih adalah
sangat digalakkan bagi bayi yang baru lahir sehingga usia 6 bulan.
Ibu bapa harus tahu bahawa dalam pemilihan permainan juga penting
untuk merangsang tahap fokus bayi. Jadikan warna kontra dan cerah
sebagai warna utama bagi persekitaran bayi anda.

2. Tekstur

Sentuhan sangat penting bagi merangsang bayi anda sebelum menjangkau
usia pra sekolah. Pada usia bayi, berilah apa pun kepadanya,
semuanya mereka akan sentuh. Bayi juga banyak belajar dan dirangsang
dengan suntuhan. Kerana bahasa pertama yang mereka faham adalah
sentuhan dan belaian.

Oleh sebab itu, memperkenalkan pelbagai jenis tesktur kepada bayi
dapat merangsang saraf-saraf atau deria-deria bayi. Baik menyediakan
permainan untuk bayi, mahupun menyediakan permukaan yang bertekstur
kepadanya adalah sangat digalakkan.

3. Suara.

Walaupun pendengaran bayi belum matang, bayi boleh benar-benar
menanggapi suara. Bahkan, muzik boleh membantu menenangkan bayi
selama bayi meragam. Selain itu, beberapa kajian telah mendapati
bahawa pendedahan muzik klasik dapat membantu otak untuk berkembang,
sebuah fenomena yang disebut Efek Mozart.

Sebagai tanggapan atas penemuan ini, beberapa syarikat permainan
bayi bertindak menjadikan muzik klasik dimasukkan kedalam sistem
permainan mereka.

Kepada penganut agama Islam, saya sangat menyeru untuk para ibu bapa
mempersengarkan alunan ayat-ayat Allah yang dapat menenangkan bayi
mahupun ibunya dalam banyak situasi. Malah, jika selalu
diperdengarkan, bayi akan lebih cekap dalam menangkap bunyi-bunyi
perkataan-perkataan arab. Hal ini lebih memudahkan anak erranis
menghafal alQuran kelak.

Ringkasnya, permainan bayi harus mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Warna primer terang untuk melihat
2. Mempunyai tekstur yang berbeza untuk menyentuh
3. Mempunyai suara yang berbeza untuk mendengar.

Sebagai ibu, saya mendapati bahawa tidak semua mainan yang tersedia
di pasaran yang direka dengan cara ini. Bijaklah memilih permainan
dan mengubahnya menjadi menarik dan berkesan dalam pendidikan anak.

Tips dari email yang dihantar kepada mama. Dari Ainul Kauthar admin@anakkusayang.com via smtp-coi-g14-041.aweber.com

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...