Gigi pertama

Saturday, April 28, 2012

Salam semua...

Gigi pertama Rizqin tumbuh masa umurnya 6 bulan. Time tu dia baru nak start solid food. Cepat jugak gigi dia tumbuh. 2 batang kat belah bawah.Alhamdulilah Rizqin tak meragam masa tumbuh gigi sedar2 dah ada 2 btg gigi masa mama nak bagi dia makan. Ingatkan bubur nasi yang terlekat dekat atas gusi. Rupanya gigi dia.

Umur Rizqin tiga tahun, dia sepatutnya sudah memiliki set lengkap 20 gigi bayi.


Ni artikel yang ditulis @ http://www.babycenter.com.my/malay/baby/pertumbuhan-gigi/


Baby mula tumbuh gigi seawal usia 3 bulan hingga setahun. Gigi bayi tidak akan tercabut sehingga gigi tetap anak anda sudah bersedia untuk tumbuh, iaitu sekitar usia enam tahun.Gigi yang terakhir (gigi geraham kedua, terdapat di bahagian dalam rahang atas dan bawah) biasanya sudah tumbuh menjelang tahun kedua.

Anda tidak dapat lakukan apa-apa untuk membuat gigi muncul, tetapi anda boleh menolong mengurangkan kesakitannya bila proses itu bermula. Pertama, beri anak anda sesuatu untuk dikunyah, seperti gegelang gigit yang disimpan dalam peti sejuk. Dia juga boleh mendapatkan sedikit kelegaan dari memakan makanan sejuk, seperti puri epal atau yogurt, terus dari peti sejuk.

Apabila giginya sudah tumbuh, terpulanglah pada anda untuk memastikan kebersihannya. Untuk tahun yang pertama, anda tidak perlu betul-betul memberus giginya, tetapi cubalah bersihkannya sekurang-kurangnya sekali sehari, mungkin sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya. Anak anda mungkin tidak suka berus dimasukkan ke dalam mulutnya, sebaliknya lapkan gusi dan giginya dengan mengunakan kain bersih sahaja.

Anda juga tidak harus menidurkan anak anda dengan botol susu. Susu tepung dan susu badan boleh mengumpul di dalam mulut bayi anda waktu tidur dan mengakibatkan penyakit yang dikenali sebagai kerosakan gigi botol bayi.

Pada sekitar usia 18 bulan, anak anda mungkin sudah bersedia untuk belajar memberus giginya sendiri. Anda harus menolong dan memeriksa sama ada dia telah memberus dengan berkesan untuk beberapa tahun lagi, tetapi ini adalah kebiasaan yang baik untuk dimulakan. Tunjukkan cara untuk menggerakkan berus pada giginya. Gunakan berus yang lembut dan setitik sahaja ubat gigi. Anda tidak perlu memberus mengikut sesuatu arah yang tertentu, hanya perlu keluarkan cebisan makanan dan bersihkan permukaan gigi dan gusi.


Mama dah belikan dia berus gigi silikon yang boleh dimasukkan jari. Lembut saja. Mama beli jenama pureen. Rizqin suka sangat bila giginya digosok.Mama guna air masak ketika memberus giginya. Sambil mandi pagi, sambil berus gigi 2 batang tu. Mama guna air masak. Sebab Rizqin suka sangat telan dan curi2 minum air. So kalau air masak tu, tak adalah dia sakit perutkan. Mama gosokkan sekali lidah dia. Tapi masalahnya dia sama2 nak gosok sendiri. kadang tu digigitnya berus gigi dia. Maklumlah berus gigi tu lembut. Sebelum ni mama guna kain basah saja untuk berus gigi dia. Moga gigi Rizqin sihat & kuat.






0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...