2 hari Rizqin dok terperap kat umah. Papa nya ada saje keja. Rizqin naik boring duduk dekat rumah. kejanya tak lain menjerit aje. pantang mama tak ada kat sebelah dia pun jerit sekuat hati. Terpaksalah mama pujuk dia, main2, dukung2 & timang2 dulu baru sambung buat keja kat dapur. Kebetulan Rizqin kena cirit birit lepas balik dari nursery petang jumaat tu..so mama pun tak kisahlah kalau tak keluar rumah. Kalau keluar karang buatnya dia ter poo poo kan susah. bau maklumlah semerbak.
Semalam tengok Rizqin dah ok sikit, so balik dari kerja semalam, papa bawak Rizqin ke i-city. Papa memang dah banyak kali nak bawa Rizqin ke sini tapi papa bz sangat2 mengalahkan ceo. So semalam tercapailah niat papa tu. Niat asalnya nak lalu aje kat i-city tu, tengok dari tepi jalan.Lain kali nak singgah. Tah macamana papa dah tersalah jalan, sedar2 dah kena amik tiket untuk parking. Nak u-turn tak boleh dah. So papa jalan ke depan sikit ingat ada u-turn lepas amik tiket. Sampai kat hujung jalan, tengok jalan keluar. Tiket dahlah mahal RM10. So terpaksalah papa parking sikit punya jauh & jalan kaki ke tempat yg ada lampu2 banyak tu. padan muka papa sebab terpaksa dukung Rizqin.
Kitaorang terpaksa panjat bukit sebab nak short cut. Rizqin memang suka berjalan. Dia tak menangis langsung. Suka sangat tengok lampu2 warna warni. Sampai ketap2 mulut. Tengoklah gelagat Rizqin kat i-city semalam.
Sempat jugak Rizqin mengkopak kan papanya. Rebat spongebob yg atas kepala pusing2 warna warni. Tak mahal RM10 aje.
Lepas pergi i-city kitaorg singgah kejap kat umah atar rizqin. Amik pampers. Atar demam agaknya rindu kat rizqin, dah 2 minggu rizqin tak dtg jengok atar. Rizqin macam biasalah, jumpa je kakak ira dia tercebik...mengadu nasib agaknya. Tak pun rindu kot tapi nak cakap tak tahu. nangis2 dulu smpi kuar air mata..barulah main. Mengada2 budak manja ni...
Pukul 11:15mlm baru gerak dari umah atar. dalam kereta seperti biasa bila kena aircond mata dia automatik layu. Mama pun tertido sama sambil pangku Rizqin. Ngantok sangat2 lagipun mama sakit kepala sejak akhir2 ni. tapi layan jugak kehendak rizqin nak jalan2. Sedar2 dah smpi rumah.
Pukul 12 mlm, rizqin main2 kejap & tido. First time Rizqin bangun minum susu sekali aje. Nangis nak susu pukul 6:40pagi. Mama terus bangun, solat & siap2 kan rizqin pergi nursery.
Impian mama,Kasih anak pada mama
8 years ago
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...