First solid food

Thursday, February 2, 2012

Tak sabar mama rizqin nak tunggu 26 Feb ni untuk bagi Rizqin makan. Mama sediakan ticker countdown kat atas ni, takut2 mama terlupa. Ini adalah tanda2 Rizqin boleh start makan.

• boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu.

Ada pada Rizqin

• duduk dengan baik apabila dipegang
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri.

Tak ada mslh bg Rizqin

• melakukan pergerakan mengunyah
Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda pandai menelan dengan efisien, anda akan memerhatikan yang air liurnya sudah kurang meleleh.

Masa 4 bulan setengah Rizqin dah ada tanda ni. Siap meleleh air liur

• telah naik berat badan secara sihat
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan separa pepejal apabila dia menggandakan berat lahirnya, yang akan berlaku sebelum atau sekitar usia enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda.

Rizqin dah 6.7kg..berganda2 dari berat lahir 2.96kg

• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.

Rizqin selalu tenung mama & papa makan. kadang2 papa saje makan depan Rizqin..kesian Rizqin putih mata tengok. Sungguh jahat papa Rizqin tu.

• Bayi gemar memasukkan tangan dan permainan ke mulutnya

Yang ni masa 3 bulan dah ada tanda2. Sekarang lagi ketara. Semua benda nak dimasuk dlm mulut


Walaupun kesemua tanda diatas sudah ada pada Rizqin, mama tetap mahu tunggu 6 bulan hingga sistem penghadaman Rizqin betul2 matang. Jika tidak matang bayi berkemungkinan akan cirit birit,muntah & sembelit.

Bukam mudah mama nak tunggu 6 bulan ni. Orang sekeliling sibuk suruh bagi makan sebelum smpi 6 bulan. Tapi mama keraskan hati tunggu hingga 6 bulan. mama harap mama akan terus bertahan hingga smpi waktunya. 3 minggu lagi rizqin.Sabar yer nak. This is for your own good.

Kenalkan satu2 jenis makanan utk 3-4 hari. Untuk pastikan Rizqin tiada alahan pd makanan.

Ini cara yg mama jumpa. tapi mama ada jadual mama sendiri utk rizqin.

Hari 1-3: air kanji nasi
Ambik air nasi yg mendidih tu, bagi minum, bagi dalam 4-5 sudu jer. Ini petua
org tua2 nak intro solid kat baby
Hari 4-7 : bubur nasi
Hari 8-11 : bubur nasi + kentang
Hari 12- 15 : bubur nasi + carrot
Hari 16-19: bubur nasi +bayam
Hari 20- 23: bubur nasi + bilis
Hari 24-27: bubur nasi+kentang+ carrot
Hari 28-31: bubur nasi+kentang+carrot+bilis

Makanan yang perlu dielakkan untuk pertama kali makan:

RISIKO ALERGI:

- telur
- kacang
- makanan berasaskan gandum
- buah sitrus (limau, lemon, oren)
- makanan berasaskan soya
- makanan berasaskan susu lembu (dairy)
- jagung
- ikam
- tomato
- makanan beryis
- coklat
- makanan laut

RISIKO SEMBELIT:

- nasi/bubur nasi
- pisang yang tak masak betul2
- applesauce
- yogurt
- roti putih

RISIKO TERCEKIK:

- kismis
- kacang
- makanan yang kasar

Lepas ni bertambah sibuklah mama pagi2 sebelum pergi keja. Nak kena sediakan mknan utk Rizqin bw ke nursery. Cabaran-cabaran utk mama yg bekerja.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...