Jalan2 kat i-City

Monday, February 20, 2012

2 hari Rizqin dok terperap kat umah. Papa nya ada saje keja. Rizqin naik boring duduk dekat rumah. kejanya tak lain menjerit aje. pantang mama tak ada kat sebelah dia pun jerit sekuat hati. Terpaksalah mama pujuk dia, main2, dukung2 & timang2 dulu baru sambung buat keja kat dapur. Kebetulan Rizqin kena cirit birit lepas balik dari nursery petang jumaat tu..so mama pun tak kisahlah kalau tak keluar rumah. Kalau keluar karang buatnya dia ter poo poo kan susah. bau maklumlah semerbak.

Semalam tengok Rizqin dah ok sikit, so balik dari kerja semalam, papa bawak Rizqin ke i-city. Papa memang dah banyak kali nak bawa Rizqin ke sini tapi papa bz sangat2 mengalahkan ceo. So semalam tercapailah niat papa tu. Niat asalnya nak lalu aje kat i-city tu, tengok dari tepi jalan.Lain kali nak singgah. Tah macamana papa dah tersalah jalan, sedar2 dah kena amik tiket untuk parking. Nak u-turn tak boleh dah. So papa jalan ke depan sikit ingat ada u-turn lepas amik tiket. Sampai kat hujung jalan, tengok jalan keluar. Tiket dahlah mahal RM10. So terpaksalah papa parking sikit punya jauh & jalan kaki ke tempat yg ada lampu2 banyak tu. padan muka papa sebab terpaksa dukung Rizqin.

Kitaorang terpaksa panjat bukit sebab nak short cut. Rizqin memang suka berjalan. Dia tak menangis langsung. Suka sangat tengok lampu2 warna warni. Sampai ketap2 mulut. Tengoklah gelagat Rizqin kat i-city semalam.

Sempat jugak Rizqin mengkopak kan papanya. Rebat spongebob yg atas kepala pusing2 warna warni. Tak mahal RM10 aje.















Lepas pergi i-city kitaorg singgah kejap kat umah atar rizqin. Amik pampers. Atar demam agaknya rindu kat rizqin, dah 2 minggu rizqin tak dtg jengok atar. Rizqin macam biasalah, jumpa je kakak ira dia tercebik...mengadu nasib agaknya. Tak pun rindu kot tapi nak cakap tak tahu. nangis2 dulu smpi kuar air mata..barulah main. Mengada2 budak manja ni...

Pukul 11:15mlm baru gerak dari umah atar. dalam kereta seperti biasa bila kena aircond mata dia automatik layu. Mama pun tertido sama sambil pangku Rizqin. Ngantok sangat2 lagipun mama sakit kepala sejak akhir2 ni. tapi layan jugak kehendak rizqin nak jalan2. Sedar2 dah smpi rumah.

Pukul 12 mlm, rizqin main2 kejap & tido. First time Rizqin bangun minum susu sekali aje. Nangis nak susu pukul 6:40pagi. Mama terus bangun, solat & siap2 kan rizqin pergi nursery.

First solid food

Thursday, February 2, 2012

Tak sabar mama rizqin nak tunggu 26 Feb ni untuk bagi Rizqin makan. Mama sediakan ticker countdown kat atas ni, takut2 mama terlupa. Ini adalah tanda2 Rizqin boleh start makan.

• boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu.

Ada pada Rizqin

• duduk dengan baik apabila dipegang
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri.

Tak ada mslh bg Rizqin

• melakukan pergerakan mengunyah
Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda pandai menelan dengan efisien, anda akan memerhatikan yang air liurnya sudah kurang meleleh.

Masa 4 bulan setengah Rizqin dah ada tanda ni. Siap meleleh air liur

• telah naik berat badan secara sihat
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan separa pepejal apabila dia menggandakan berat lahirnya, yang akan berlaku sebelum atau sekitar usia enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda.

Rizqin dah 6.7kg..berganda2 dari berat lahir 2.96kg

• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.

Rizqin selalu tenung mama & papa makan. kadang2 papa saje makan depan Rizqin..kesian Rizqin putih mata tengok. Sungguh jahat papa Rizqin tu.

• Bayi gemar memasukkan tangan dan permainan ke mulutnya

Yang ni masa 3 bulan dah ada tanda2. Sekarang lagi ketara. Semua benda nak dimasuk dlm mulut


Walaupun kesemua tanda diatas sudah ada pada Rizqin, mama tetap mahu tunggu 6 bulan hingga sistem penghadaman Rizqin betul2 matang. Jika tidak matang bayi berkemungkinan akan cirit birit,muntah & sembelit.

Bukam mudah mama nak tunggu 6 bulan ni. Orang sekeliling sibuk suruh bagi makan sebelum smpi 6 bulan. Tapi mama keraskan hati tunggu hingga 6 bulan. mama harap mama akan terus bertahan hingga smpi waktunya. 3 minggu lagi rizqin.Sabar yer nak. This is for your own good.

Kenalkan satu2 jenis makanan utk 3-4 hari. Untuk pastikan Rizqin tiada alahan pd makanan.

Ini cara yg mama jumpa. tapi mama ada jadual mama sendiri utk rizqin.

Hari 1-3: air kanji nasi
Ambik air nasi yg mendidih tu, bagi minum, bagi dalam 4-5 sudu jer. Ini petua
org tua2 nak intro solid kat baby
Hari 4-7 : bubur nasi
Hari 8-11 : bubur nasi + kentang
Hari 12- 15 : bubur nasi + carrot
Hari 16-19: bubur nasi +bayam
Hari 20- 23: bubur nasi + bilis
Hari 24-27: bubur nasi+kentang+ carrot
Hari 28-31: bubur nasi+kentang+carrot+bilis

Makanan yang perlu dielakkan untuk pertama kali makan:

RISIKO ALERGI:

- telur
- kacang
- makanan berasaskan gandum
- buah sitrus (limau, lemon, oren)
- makanan berasaskan soya
- makanan berasaskan susu lembu (dairy)
- jagung
- ikam
- tomato
- makanan beryis
- coklat
- makanan laut

RISIKO SEMBELIT:

- nasi/bubur nasi
- pisang yang tak masak betul2
- applesauce
- yogurt
- roti putih

RISIKO TERCEKIK:

- kismis
- kacang
- makanan yang kasar

Lepas ni bertambah sibuklah mama pagi2 sebelum pergi keja. Nak kena sediakan mknan utk Rizqin bw ke nursery. Cabaran-cabaran utk mama yg bekerja.

Windows shooping at Jusco Equine park

1 Feb, mama bawa Rizqin windows shopping at Jusco Equine park dengan auntie Rin.Ni second time mama bawa Rizqin tanpa papa. Tengoklah aksi Rizqin. Yang tak bestnya, rizqin popo. Nasib baik dalam jusco ada baby Room. Dapatlah mama tukarkan dryper dia. Sekarang ni Rizqin asyik pop lepas minum susu.Susah betul nak bawa dia jalan.

First time, mama pandai guna scroller ni. Selalu papa yang angkat,buka ,lipat hehehe..nasib baik, auntie Rin ada..dia yang ajarkan.Boleh tak, org yg tak kahwin tau guna scroller dari mama huhuhu..mama ego tak mau tanya papa, nanti papa sound mama hahaha...






Note : Papa, Rizqin nak alas ni. Ada pic upin ipin. Murah aje papa RM60 at Jusco. Please papa, belikan....hehehe ( tipu.. mama yang nak sebenarnya, senang Rizqin nak golek2).



Rizqin nak besar cepat..nanti boleh main2 dengan doremon ni..tengok tu, rizqin kecik lagi cuma dapat diri aje.

Lapar sangat2 lepas balik nursery

Sampai rumah dekat pukul 6pm. Tak sempat nak panaskan air dia dah ngamuk2 nangis nak susu. Ini first time dia lapar yang amat. Tak lepas botol tu..samapi abis dia minum. Macam tak dapat susu dari tengahari. Tapi cikgu nursery kat dia last minum pukul 4pm.
Mama amik pic dia dia still hisap susu tu smpi abis sebotol. tak lepas langsung. selalu dia hisap main-main dulu baru lepas tu baru serius minum. kenapa lah Rizqin jadi lagu tu :-(




Dia tak hirau langsung toys keliling dia..





Mata hampir-hampir layu







Habis susu sebotol, segar balik mata tu..barulah syok nak main ye tak...

comel tak Rizqin tido

Kalau tido, suka sorok2 muka. So sweet.

Golek baik punya

Wednesday, February 1, 2012

Golek punya golek punya golek..sedar-sedar dah tergolek tepi sofa. Tilam punya lah luas dia nak duduk jugak bawah sofa.

Tengok pipi tu bukan main tembam sbb duduk 4 hari kat rumah. Mama sumbat dengan susu aje.





Ball

Monday, January 30, 2012

Semalam papa belikan Rizqin bola. 4 biji lagi. 1 ada bunyi & 3 lagi kecil2 jer tak ada bunyi. 1 biji bawa ke Nursery and 3 biji tinggal kat rumah.Mama ajarlah Rizqin, Rizqin "This is a ball" sambil tunjukkan bola warna biru yg kecil tu kat dia..dia mengigil2 suka nak ambil ball tu.

Rizqin dapat bola tu, rizqin gigit2, sepak2 bola tu siap jerit2 main sorang2.
Mama kat dapur masak. Mama jerit dari dapur, "Rizqin main apa tu?"..sepantas kilat dia menjawab..ball tapi bunyinya macam "bowl". Mama & papa gelak sekuat hati. Sebab tak sangka cerdik sangat anak mama ni..sekali aje mama ajar, dah dapat store kat otak tu dan terus dapat sebut. Tapi sekali itu ajelah dia sebut. Rizqin main bola tu sampai tido. Suka betul dapat bola. Rizqin ni suka betul tengok kartun bola kampung & perlawanan bola dekat TV. Aritu dia tengok piala sumbangsih masa kelantan lawan NS. Siap jerit2 sorang depan TV.uh uh..agaknya geram tak gol-gol. Masa tu papa tak ada so dapatlah Rizqin tengok bola. kalau tak tak ada chance lah Rizqin nak tengok bola. Papa asyik tengok citer cina & citer omputih aje. Kesian Rizqin. Papa dah lah kaki bangku janganlah jadikan rizqin kaki bangku jugak.



Rizqin tengah tengok NS lawan Kelantan.