Salasilah keturunan Rizqin

Tuesday, December 11, 2012

Salam..



Pic Sultan Alauddin Sulaiman Syah

Malam tadi pening jugak mama duduk mencari salasilah keturunan sebelah papa Rizqin.
Dari semakan dalam buku waris & kerabat Selangor, Rizqin sekarang adalah keturunan yang ke 13. Rizqin merupakan piut kepada Sultan Selangor yang ke 5 iaitu Sultan Alauddin Sulaiman Syah.

Sultan Sulaiman telah berkahwin dengan Che Chik binti Abdullah, memperoleh tiga putera dan empat puteri. Salah seorang puterinya adalah Tengku Khadijah yang berkahwin dengan Raja Yusof. Maka lahirlah attar Rizqin iaitu Raja Hanizah. Raja Hanizah melahirkan bapa Rizqin iaitu Raja Ahmad Rizer"

Nama lengkapnya ialah Sultan Alauddin Sulaiman Syah bin Raja Muda Musa bin Sultan Abdul Samad bin Raja Abdullah bin Sultan Ibrahim Syah bin Raja Lumu (Sultan Salehuddin Syah, Sultan Selangor yang pertama) bin Upu Daeng Celak (Yamtuan Muda Riau yang kedua). Sultan Sulaiman lahir pada 19 Rabiul Akhir 1282 Hijrah/11 September 1865 Masihi dan mangkat pada 30 Muharam 1357 Hijrah/31 Mac 1938 Masihi. Baginda Sultan Sulaiman merupakan Sultan Selangor ke-5, yang bertahta pada tahun 1898 Masihi - 1938 Masihi, memerintah dalam masa lebih kurang 40 tahun.

Sebagai bukti bahawa Sultan Sulaiman mementingkan pembangunan keIslaman, beliau juga membina sebuah masjid yang diberi nama dengan nama baginda iaitu Masjid Alauddin di Kuala Langat, Selangor. Di masjid tersebutlah Sultan Alauddin Sulaiman Syah selalu membaca khutbah Jumaat, khutbah kedua-dua hari raya; Aidilfitri dan Aidiladha. Dalam gambar kelihatan bahawa baginda sedang menyampaikan khutbah. Ini sebagai bukti bahawa baginda adalah seorang sultan yang mampu dan aktif dalam kegiatan-kegiatan Islam.

Kitab Melatih Kanak-Kanak Laki-Laki Perempuan, Agama Islam 1, diselesaikan di Istana Mahkota Puri, Klang 3 Zulhijjah 1348 H. Dicetak oleh The Boon Hua Press, Klang, 1349 H/1930 M. Pada halaman 27 terdapat satu judul yang agak menarik, ialah ``Nasihat Guru Pada Murid'baginda menulis dalam bentuk puisi 22 bait empat-empat rangkap.
Ini beberapa contoh sahaja :-

Tuntutlah ilmu akhirat dunia,

hidup matimu dapat bahagia.

Ke manamu pergi jadi mulia,

tidaklah hidup sia-sia

Pergi sekolah janganlah segan,

ilmu agama jangan dilupakan

Sama dituntut sama amalkan,

dua-duanya sama muliakan.

Agama Islam amat sebenar,

peraturannya cukup benar.

Tetaplah padanya jangan nanar,

beroleh kebajikan yang bersinar ... ``

*Puisi yang mengandungi pemantapan pengenalan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. di atas baginda tutup dengan beberapa bait, katanya,

``Sekadar ini rencananya disurat,

supaya ingat jangan melarat.

Menghafaz membaca janganlah berat,

iman di dada akar berurat.

Cinta ibu harus diingat,

bapa berharap beserta sangat

Anak yang soleh jadi semangat,

setiap waktu setiap saat.

Harap ibu orang yang cinta,

bapa dan kaum pula serta.

Anak berilmu alim pendeta,

biarlah habis wang harta `'


Sumber : http://ulama-nusantara.blogspot.com/2006/11/sultan-sulaiman-selangor-sultan-yang.html

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...