Part 1: Rizqin @ Jamuan Teh Waris & Kerabat Diraja Selangor

Tuesday, December 11, 2012

Salam semua...

Sabtu 8th Dec 2012, Rizqin dijemput menghadari jamuan Teh Waris & Kerabat Diraja Selangor @ Istana Alam Shah Klang.


Hari ini hari yang amat penat bagi mama. Dari Kinrara kami bertolak ke rumah attar. Singgah ambil attar kat rumah de'Chik ambil attar. Hantar attar balik rumah.Tak lama lepas tu keluar semula untuk beli tudung mama. Alhamdulillah ada 1 je tudung warna yang mama nak. Terus rembat tu pun setelah di QC oleh papa. Lega kalau tak pening jugak nak cari tudung.


Ini adalah aksi budak baik yang nak lepas...tak mau mama pegang. Time ni tudung dah dapat.Kalau tak, pakai tudung buruk lah mama.

Pukul 2:30ptg, kami gerak ke Istana. Padahal istana sebelah aje boleh jalan kaki aje tapi kami still nak naik kereta jugak. Naik ikut pintu belakang istana sebelah Masjid. Dekat sikit berbanding jika melalui laluan depan. Jenuh jugak nak jalan kaki. Jalan ni pun papa dah survey awal2. Tak banyak kereta parking ikut sini.




Ni baru aje sampai nak cari tempat duduk. Tempat duduk kami di bahagian lain tapi kami duduk aje ikut suka. Janji dapat makan.


Sudah dapat tempat duduk. Budak kecik tu, baik sekejap aje.


Gambo dengan papa. Sebelum makan & sebelum Tuanku sampai.


Dekat mama ni buku Salasilah Keturunan Sultan, Waris & Kerabat Diraja. Mahal buku ni RM150 satu. Tapi kerana ada salasilah keturunan Papa & untuk Rizqin tahu siapa keturunan dia, maka papa beli jugak. Buku asal akan disimpan di Muzium. Buku ini kali ke 2 diterbitkan. Yang pertama 20 tahun yg lepas.


Rizqin memang bertuah, masa mama dalam pantang melahirkan dia..sebulan rasanya lepas dia lahir. Pihak istana dah mintak details pasai waris2 untuk dimasukkan dalam buku ini. Masa ni mama dekat rumah atok mak tau Rizqin. Agaknya diorang tunggu Rizqin lahir baru nak update buku ni. Memang kelahiran Rizqin ada tuahnya.


Nama Rizqin dalam buku tu...mama tak abis study lagi pasai salasilah keturunan Rizqin.. keturunan sultan yang keberapa..


Ini meja pendaftaran...untuk dptkan name tag.


Masa ni lega sesangat sebab Riziqn tido..tapi tak lama pun...tak abis lagi ucapan dekat depan tu...dia dah bangun.


Makan laju2..makan sate kot time ini. Rizqin tak tahu kat mana. Tapi gambo ni papa ambil.




Selesai makan, sessi mengambil gambar & signature by sultan selangor. Patutnya Tuanku bergerak dari satu meja ke satu meja kerabat tapinya semua orang bangun..kerumum nak mintak sign kat buku tu..maka kami pun sama2 bangun. Lepas papa amik signature. Terus kami jalan ke Istana, tunggu Tuanku kat sana. Nak makan balik pun dah tak dapat. Mama frust aje tak dapat ngulang makan. Semua makanan teramatlah sedap. Mama dapat makan sate, Mee rebus, nasi goreng,mee goreng,roti jala dan rojak. Kuih tak dapat makan. Buah anggur rizqin tinggal aje atas meja. Dah balik baru teringat...bee hoon sup, kebab dan byk lagi tak sempat dah. Tak de sape nak jaga Rizqin..Ais Krim langsung tak jumpa kat mana diorg letak. Balik rumah kelaparan balik.Sebab penat mengejar Rizqin.


Hari ini hari yang paling Rizqin happy sebab bebas kesana kemari. Tempat luas. Semua tempat dia nak pergi. Yang penat mama & papa. Kami tak banyak dapat makan sebab sibukkan budak sorang ni. Tak reti duduk diam. Asyik nak berjalan aje. Dia boleh berjalan dari satu meja ke satu meja sampai ke tempat hidangan makanan.

Kat tempat lapang ni pun dia boleh berjalan tak hirau orang lalu lalang. Pantang lepas...menonong2 dia berlari. Dia duduk dekat tangga stage tu. Bajet paparazi tangakp gambo dia. Ko ingat ko anak Sultan? Gambar dekat camera kakak Zurika. nanti mama update gambo.

To be COntinue..gambo banyak sangat....





0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...