Salam semua...
Alhamdulillah Rizqin dah masuk 1 tahun 4 bulan.
Perkembangan setakat ni
1) Dah dapat mulut...macam mulut murai..senang aje nak cari dia..sbb Rizqin asyik bercakap tak henti...Bangun tido aje terus bercakap..."manyer ni mayer ni..mama mayer ni"...pergi beli barang kat kedai pun sama jugak..."mama ini ini..mama nak ni ma..."..papa dia pun disebutnya mama...dia ambil barang kat kedai pun..cari mama jugak.."mama mama mamaaaaaaa " siap berpusing2 cari mama...padahal papa dekat sebelah...pasai sibuk nak masuk barang dalam bakul mama....
2) Gigi gerham nak kuar dah. Kiri & kanan.
3) Sudah pandai memilih barang yang dia nak..."nak ni ma" sambil jari tunjuk barang yang dia nak.
4) Pandai cakap "tak nak". Satu bilik dia keliling bila tak mahu makan ubat. "tak nak ma, tak nak" sambil berlari2 kedepan belakang mengelak makan ubat. Ni bila time dia sihat lah. Bila time dia sakit...dia meraung2 nak makan ubat..tak menyabar2.."nak nak... nak ni". Mama nak buka botol ubat sampai naik tension sbb dia menangis nak sgt makan ubat. Makan ubat macam makan aiskrim...siap jilat2 syringe tu...Lepas tu nak makan ubat guna syringe tu sendiri...abis makan ubat syringe dipatahnya....
5) Nak masuk 1 tahun 4 bulan ni..10 hari dia demam & cirit birit. Sampai mama kena bawa Rizqin ke KPMC..ubat 5 hari makan ubat dr doctor KPMC..barulah sembuh sepenuhnya.
6) Mama & papa dah susah nak dukung Rizqin pasai Rizqin rasa dah besar sangat time ni..nak jalan sendiri..bila mama dukung , Rizqin tolak dada mama sekuat hati..hampir2 mama terlepas ler...susah betul klu nak bawa jalan berdua sahaja...
7) Nak makan makanan orang dewasa..apa yang mama & papa makan dia nak makan sama. Malam tadi makan dekat kedai...mama order sup tulang & telur dadar. Rizqin pun sibuk nak jugak apa yang mama makan. Mama dah tak boleh control makan Rizqin lagi start umur 1 tahun 3 bulan. Mama bagi jugak nasi dengan telur dadar. Sampai sedawalah Rizqin makan. Suka sangat makan kat kedai yer...
8) Sudah start nak makan nasi. Letak nasi dalam pinggan, dia pun suaplah guna tangan. Kalau mama suapkan dia ketap mulut rapat2. Dah 3 hari mama bekalkan Nestum aje untuk breakfast. Banyak senang kerja mama.
9) Mama cuma berjaya menjaga makan Rizqin tanpa gula & garam selama 1 tahun 3 bulan sahaja. Kecewa sebab tak dapat teruskan sampai 2 tahun. Nak capai 1 tahun 3 bulan tu pun azab jugak sebenarnya. Mama nak yang terbaik untuk anak mama tapi susah sebenarnya kekangan datang dari banyak pihak & sudut. Tanpa kekuatan mental, tanpa sokongan, klu asyik fikir apa orang cakap..memang gagallah jawabnya. Mama sebenarnya separuh gagal. Untunglah bagi ibu2 yg dapat jaga permakanan anaknya smpi umur 2 tahun..
10) Kuat menjerit dan merajuk. pandai merajuk dah. Suka guling2 atas lantai sebab tak dapat barang yang dia nak or sebab mama ambil barang ditangan, Rizqin akan golek2 sampai mama datang & pujuk. Pernah sekali tu, mama dah malas nak pujuk..mama biarkan saja Rizqin menangis & guling2 kat lantai. Bila Rizqin tengok mama buat dek..Rizqin bangun pergi dekat meja study mama..pun mama bo layan. Lastly Rizqin masuk bilik..sambil sambung nangis. Mama wat tak tau aje..Akhirnya Rizqin diam sendiri..lepas tu gelak2 main cak2 dengan mama dari dalam bilik. hahaha...tak larat mama sayang nak memujuk aje. Bapa kuat merajuk, anak pun sama jugak nak kena pujuk. Sudahlah mama ni memang tak suka memujuk. papa merajuk tak pernah sekali pun mama pujuk..ni anak pulak menurun perangai bapa...tak kuasa mama nak layan hehehe...
11) Mengaji masih lagi 3 huruf ni aa,baa,taa & dhod...
Ini sahaja kot perkembangan setakat ini...
Impian mama,Kasih anak pada mama
8 years ago