Jadual Hidup Mama

Tuesday, July 10, 2012

Salam semua...

Kali ni mama nak story pasai kehidupan mama setelah ada Rizqin.

Isnin-Jumaat

6:30pg : Bangun. Keluarkan bubur, ayam/ikan & puree Rizqin dari freezer, masuk bubur dalam microwave 5min. Pergi solat. Keluarkan bubur dari microwave, masukkan dalam periuk & jerang atas api bersama puree atau ikan. Ambil periuk 1 lagi, masakkan oat bersama puree pisang/epal/pear/kismis. Sambil tu basuh botol & masukkan mangkuk,cawan,sudu dalam beg khas makanan.

7:15pg :Jerang air panas. Buat air papa. Bawa Rizqin ke sinki. Basuhkan poo poo dia & pakaikan baju.

7:30pg : Mama pergi mandi & siap2 ke opis.

7:45pg : Riziqn salam dengan papa & bertolak ke Nursery.

8:30pg : Sampai opis.

5:30 ptg : Bertolak dari opis.

5:50 ptg : Sampai Nursery. Amik Rizqin.

6:00 ptg : Sampai rumah. Terus keluarkan bubur Rizqin dari freezer. masuk microwave & panaskan dalam periuk bersama puree. Basuh botol, keluarkan baju kotor Rizqin dari beg.Jerang air panas. Siap2kan barang utk dinner mama & papa. Kadang2 papa beli tak yah kuarkan.

6:45ptg : Bagi Rizqin makan sambil tengok upin ipin.

7:00ptg : Kemas2 bekas makanan Rizqin.Tukar baju dia. Gosok gigi. Rizqin siap.

7:30ptg : Mama solat maghrib & masak2 utk dinner sekali & Basuh pinggan.

8:00mlm : Papa balik kerja, mandi & solat. Mama makan dulu. Papa jaga Rizqin. Papa makan. Mama jaga Rizqin. Masa ni layan2 Rizqin main. Kadang buatkan stok bubur & puree dia bila kehabisan.

9:00mlm : Kemas2 meja makan & dapur. Bawa baju kotor ke dapur. bentangkan tilam & bantal dia depan tv. Untuk anak raja beradu.

9:30mlm : Barulah mama dapat mandi, solat & tidokan Rizqin. kadang2 tak sempat mandi pun Rizqin dah mengamuk nak tido berkepit. Kadang2 papa tido kan.

10mlm : Bila Rizqin dah tido. Kemas beg Rizqin utk ke Nursery esok. Pam susu. Siap.

11mlm : Badan dah letih. Baru nak landingkan badan. Papa dah hulur kepala kat sebelah rizqin supaya mama picit muka dia. Time ni saat paling tension. Sebabnya seluruh badan dah penat. Rasa nak berehat tapi masih ada lagi kerja yg nak kena buat. Masa nilah rs nak mengamuk. belakang dah sakit sbb tak dpt2 duduk lepas balik rumah. Buat jugalah sambil2 mata nak terpejam. Kadang2 tertido & sedar balik bila papa menjerit sakit hehehe...sbb terpicit kuat. Kadang baru nak landing, papa dah suruh sapu ubat gatal kat badan dia. Bangun balik. Siap semuanya terus pengsan.

2-3pagi : Tersedar bila Rizqin menangis nak susu. Bangun buat susu. Tido sebelah Rizqin sambil mata terpejam. Sedar2 balik. Susu dah kat tepi Rizqin. Tak abis pun. mama tertido. Rizqin pun tertido sama. Kadang2 Rizqin merengek bila batuk & selsema. bangun bagi ubat, tepuk2 kan dia & tido balik.

5-6pg : sekali lagi Rizqin bangun untuk menyusu. Buat susu & tido balik.

6:30 pagi : Alarm handphone berbunyi suruh bangun.

Beginilah kehidupan mama setiap weekdays.

JUMAAT

Setiap bulan ada 2 kali atau 3 kali mama dapat balik kerja pukul 3:15ptg. Masa ni rasa heaven & rasa inilah masa untuk mengemas rumah atau pergi shopping kat Tesco, Giant or Jusco.

3:15ptg : Keluar opis. Kalau tidak ke mana2 tempat shopping. Mama terus balik rumah.

4:45ptg : Sampai rumah. Tak duduk pun. Terus gi dapur. Masukkan baju dlm washing machine. Angkat baju kat ampaian. Masak air panas. Basuh periuk bubur Rizqin. Terus mop lantai atau menyapu.

5:20 ptg : Sidai baju. Mandi & solat Asar.

5:30 ptg : Keluar rumah & gi amik Rizqin dekat Nursery.

Sambung rutin macam biasa.

11 mlm : Basuh baju mama, papa & Rizqin. Sidai baju.

12:30mlm : baru dapat merehatkan badan. Penat yang ampun. Sebab penat memberus baju Rizqin. Rizqin sekarang ni merangkak. seluar abis kotor kat bahagian lutut. So basuh tangan dulu baru masuk dalam mesin basuh.

SABTU

6:30pg : Bangun solat. Kadang tido balik. kadang terus tak tido2.

7:30pagi : Buat breakfast utk kami bertiga. Rizqin dah bangun time ni. Basuh botol, jerang air panas. Buat air papa.Masuk air dalam thermos. Basuh pinggan. Lap meja makan & Susun pinggan atas rak pinggan.

9:00 pagi : On laptop mama. Apa lagi buat kerja lah sampai pukul 2ptg. Sambil buat kerja opis sambil tu buat kerja rumah. Kalau tak kena kerja hari sabtu..otak tak serabut sangat. Nak belikan rizqin macam2 terpaksalah kerja lebih masa nak..nanti mama dah tua..kalau dapat gaji tu jgn lupa beli kan sesuatu utk mama. Murah pun x apa janji ada ingatan dari anak mama.

9:30pagi :Bagi Riziqn breakfast. Berperang masa bg makan.

9:45pg : Masakkan air panas untuk mandi dia. Masukkan air mandian dalam besen. Sediakan sabun mandi & towel. Amik baju, seluar & pampers utk dipakai.

10pagi : Mandikan Rizqin. sekali lagi berperang dengan dia time mandi. Mulut mama bising dia pun sama bising dengan aksi berdiri, telentang, duduk ,meniarap & ala2 nak keluar dari besen mandi. Stress mak nak. Kadang nangis sebab tak puas mandi. Pakaikan baju dia. Part pakai pampers ya ampun..susah nak mampos.

10:30pg : Rizqin dah comel. Mama barulah dapat breakfast. Sambil2 tu sediakan makanan untuk lunch. Buatkan stok bubur, puree Rizqin. Time ni dia menangis sebab tak dapat pergi dapur. Dia nak ikut saje mana mama pergi. Sambil2 tu tengok laptop kot2 ada kerja masuk.

11:30pagi : Buat susu & tido kan Rizqin. Bila Rizqin tido dapatlah mama kemas peti ais ke, susun barang2 kat dapur. Masakkan lunch dia. Mama pun lunch sorang2 sbb papa kerja. Time ni baru dapat mandi.

1ptg : Rizqin bangun .Bagi dia makan. Main2 dangan dia. Tengok2 laptop kot2 ada kerja. Mama solat.

2:00ptg : Waktu kerja abis. Lega yg amat. Tutup laptop. Tugas opis siap.

4:00 ptg : Tea time rizqin.

6:00ptg : Bagi Rizqin makan dinner. Mandi kan dia. Gosok gigi. Siap.

9:00 mlm : Tido kan dia.

10:00 malam : Kemas meja makan, sapu2 kat dapur, susun pinggan, Lipat baju. Pam susu. Solat & tido.

Ahad

6:30pg : Bangun solat. Basuh botol, jerang air panas, Iron baju kerja mama & papa. Basuh baju. Kalau sempat cuci bilik air.

Follow rutin biasa.

10:30mlm : Lipat baju, Kemas2 beg Rizqin untuk gi Nursery. Pam susu, Solat & tido.

Sebenarnya kerja2 rumah ni ada banyak, tak cukup masa mama yang ada bila mana Rizqin sama2 nak ikut apa mama buat. Sudahnya kerja rumah tertangguh. Jadual memang nampak mcm free. Capai sana sini. Masa pun abis. Sedar2 badan dah keletihan. Bayangkan dah ler berdiri buat kerja rumah dari pagi sampai petang. Belum ditambah dengan mengangkat Rizqin yg beratnya 8kg tu. Kejap2 dok berdiri kat kaki mama suh dukung. Nak ajak gi dapurlah. Nak tengok cerminlah. Meletihkan sebenarnya. Diri sendiri pun terabai.

Mama sebenarnya masih mencari waktu untuk diri sendiri. Masih tak jumpa bila masa rehat utk mama. Bila masa nak baca quran. Kalau ada pun lepas pukul 12mlm. Tu pun tido terjaga2 bila rizqin nak susu tengah2 malam. Untung sungguh bila ada isteri yg dibantu oleh suami yg bangun mlm2 buatkan susu anak. Harus bersyukurlah isteri tersebut kan. Beruntung sangat2.

Jadual ni akan lari, bila papa ajak pergi rumah Atta atau gi jalan2. Ini jadual bila tak ada aktiviti luar rumah.

Rizqin inilah perjalanan hidup mama buat masa ini untuk membesarkan Rizqin. Bila pagi isnin nak pergi kerja, terpaksa pikul laptop beg yg tah berapa kg tu. Beg Rizqin lagi, handbeg mama & dukung Rizqin yg 8kg tu. Berat bebanan rasanya 12kg. Dari tingkat 7 ke parking. Sebabnya terlupa nak bawa scroller naik rumah. Pagi2 tgk scroller tak ada. Tak tahulah orang tengok kesian ke atau kelakar. Apa mama peduli.
Sampai kereta tgk minyak takat "tiang gol". Dus terus sentap mak...terus mendidih marah..rs nak mengamuk hehehe...Singgah shell, dukung Rizqin sekali masa nak bayar kat kaunter ( mama takut tinggalkan anak sorang2 dlm kereta). Penat pun belum hilang lagi.

Itulah pengorbanan seorang ibu. Bila tengok muka Rizqin hilang bebanan 12kg yg mama pikul tu. Mama sebenarnya dinasihatkan doktor utk tidak mengangkat barang2 berat. Sebab mama ada sakit belakang kesan mengangkat TV 5 thn lepas. Lepas tu ditambah dgn kes bersalinkan Rizqin. Tapi apalah daya mama. Semua tu mama kena buat. Mama redha ajelah. kalau ada orang memahami bebanan mama ni alangkah bertuahnya mama kan. :-(



















Pasai Mainan.

Monday, July 9, 2012

Salam semua,

Kali ni mama nak cerita pasai permainan.

Sejak Rizqin balik ke KL lepas abis mama berpantang. Papa dah start beli toys Rizqin. Mama tak ingat apa toys Rizqin yang pertama. Tapi yang paling Mama ingat papa belikan train untuk Rizqin. Bayangkan umur baru nak masuk 3 bulan dah main train. Mengucap panjang mama bila papa belikan train untuk baby mama yang tak tahu apa2 lagi ni. Masa tu Rizqin cuma pandai tengok aje. Mengiring pun tak pandai lagi. Papa teruja sangat nak suruh Rizqin main. Kelakar pun ada time tu tapi mama tahan aje tengok gelagat papa.

Papa dulu masa kecik2 ada banyak mainan. So bila dia ada anak lelaki, dia nak anak dia ada banyak mainan macam dia jugak waktu kecik2 dulu. Kadang berangan nak beli ultraman besar gabak nak letak dalam rumah. Mama hanginlah satu badan. Rumah dah lah kecik berangan nak beli benda besar2. Buat semak rumah aje. Papa terus diam. Lepas tu sambung balik angan2 nak belikan Rizqin motor bike besar lah, kereta control yg besar boleh Rizqin naik lah.Macam2 angan2 dia. Mak layan je lah. Janji papa keluar duit. Setakat ni tak tercapai lagi angan2 dia tu. Rizqin tak ada mintak yg bukan2 tapi papanya yang lebih.

Kalau pergi kedai mainan..yang terlebih teruja adalah papanya. Rizqin layan tak layan je. Papa tunjuk "nak yang ni?", dia diam je. Kadang amik, kadang tak mau amik. Anak nya tak de excited langsung dengan mainan. Yang lebihnya papa. Mungkin Rizqin ikut mama yang tak berapa teruja dengan mainan masa kecik2 dulu.

Dulu mama orang susah. Boleh dikira mainan yang ada kat rumah tu. Dulu semua permainan buatan sendiri. Main dalam semak, main tembak2 guna buluh, buat senapang guna kayu, main lastik buat dari cabang pokok. Main combat2 guna kangkung. Dulu2 mama main banyak gunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkan alat mainan. Seingat mama, mainan yang dibeli adalah anak patung. Tu pun anak patung tu dibeli setelah mama menangis bagai nak rak siap golek2 atas jalan tar dekat belakang bas. "Nak anak patung, nak anak patung uwaaaa...." Time tu mama dah sekolah tadika. Atok ayah biarkan aje. Mungkin time tu, atok tak ada duit. Masa tu mama ikut atok gi rombongan sedara kawin naik bas. Tu yg menangis belakang bas hehehe..teruk betul time tu. Buruk perangai. Janji dapat apa yang dihajat. Atok memang biar kan aje. Sepupu mama yang jual keropok dihujung tanjung tu yg belikan time tu, Dia kesian. So dia belikan mama anak patung tu. Memori ni mama ingat sampai mama besar. Mama memang suka betul dengan anak patung tu. Mama rasa itulah satu2nya mainan budak2 perempuan yang mama ada.Yang lain semuanya mainan orang2 lelaki yang dicipta sendiri.

Bila mama besar sikit, mama main batu seremban, ting ting, ceper, konek ayam (hehehe atau galah panjang kot org sekrg panggil), main getah, main tin. Lagi besar, main badminton, carom, sardina & dam haji. Semuanya permainan orang lelaki. Sebab yang ada time tu semuanya jiran2 lelaki & abg2 mama. Mama tak tahu main congkak langsung.
Bila dah kerja barulah mama tahu main congkak. Sambung main carom,ping pong dan sekarang ni dart pulak.

Rizqin beruntung umur 3 bulan boleh dikatakan tiap2 minggu ada sahaja permainan yang papa belikan. Tiap kali pergi giant,tesco,jusco ada aje barang yang Rizqin dapat. Tak macam mama dulu. Orang susah. Kadang papa balik kerja, macam2 mainan papa bawa balik untuk Rizqin. So pandai2lah menghargai barang2 permainan tu. Boleh dikatakan tiap2 minggu mesti ada mainan baru yang dibeli. Kalau dikira harga semua tu dah boleh belikan Rizqin kerusi & meja makan Rizqin.

Dulu mama tak pernah pun berani nak mintak atok belikan mainan. Sebab mama selalu fikir atok susah nak cari duit. Jadi mama tak sampai hati nak mintak. Baik duit tu habis kat makanan dari kat mainan. Masa mama kecik2 dulu, mama memang tak pandai main dgn segala toys ni. Tak ada keinginan langsung nak mintak beli & tak reti langsung nak main. Mama memang tidak teruja langsung dengan barang mainan ni. Secara tidak langsung, atok berjaya menyerapkan nilai2 murni dalam jiwa mama supaya hidup untuk tidak meminta-minta. Hendak sesuatu kena usaha sendiri untuk dapatkan setiap barang yg di ingini tanpa menyusahkan orang lain. Prinsip hidup inilah yang mama pegang hingga sekarang.

Ini mama belikan VCD untuk Rizqin belajar. Rizqin asyik nak main laptop mama aje. So mama belikan VCD ni, boleh tengok kat TV terus. Rizqin sebenarnya excited tengok 3 orang baby tu. Suka betul dia tengok baby2 tu .

Tengah kusyuk tengok VCD tu..guna handphone cokia mama, tak nampak pun apa yg ada dlm TV tu... Tengok dia duduk sambil tgk tv. Kejap aje tu..tak sampai 5 minit.

Lepas tu, dia bangun nak pegang horse tu.


Ni Penguin yang mama beli kat pasar malam hari Khamis lepas. Geram betul dia tengok penguin tu.
Semalam penguin tu dah arwah. Dia gigit muncung penguin tu..bocor dah. Bertahan 5 hari je.

Balik kerja semalam, papa belikan dia hammer yg baru tapi hammer ni koyak sikit. Dah sampai rumah baru perasan. Tak apalah Rizqin janji boleh gigit2, ketuk2. Dia suka betul main hammer ni.

Semalam jugak papa belikan Table top untuk rizqin belajar. Bukak2 tengok hurufnya kecil2.Bahaya tak boleh main sorang2. Kena mama & papa ada sebelah baru boleh main ok. papa sebenarnya nak beli block yg besar2 tapi gi belikan mcm ni. Tu lah papa tu  tak tengok bila beli. Dah buka, baru lah kata salah.


Huruf2 tu belakangnya ada magnet. So boleh lekat2 kan.



Anak tak pandai lagi pegang pen. Papa nya dah teruja nak anak belajar menulis. Ni tengah test menulis. hahaha...rasa macam ala2 lantai mama tu nak kena conteng je. So baik simpan je dulu. Tunggu dia besar sikit dah pandai pegang pen baru bagi balik.


Busy menyusun huruf. Bersungguh2 tu. Biasalah benda baru.


Siap ada chalk 2 batang lagi. Ada pemadam & pen. Juga ada flash card. Last2 simpan semua sekali. Main flash card aje. hehehe..sian rizqin.


Tengah bergusti dgn robot dia.


Dia terobohkan rumah tu..pastu buat2 nangis. Konon2 tak sengaja. Pandai berlakon.


Separuh dari hall tu penuh dgn puzzle mats dia dah.


Kerana keterujaan papa pada barang mainan. Rumah pun dah macam Kindergarden mama rasa. Warna warni penuh dengan mainan. Bilik tak siap2 lagi. Main lah dulu kat hall mama ni yer. Macam2 papa nak buat dengan bilik Rizqin ni. Konon sebelum raya kena siap. tapi tak tahulah impian papa tu terlaksana ke tidak. wait & see sajalah. Apa papa nak buat seterusnya.














Demam kali ni sebab nak pandai berjalan kot...

Wednesday, July 4, 2012

Salam semua...

Rizqin dah masuk 10 bulan 1 minggu 2 hari. Kali ni dia demam balik.

Sudah nak masuk 4 malam mama tidak dapat tido dengan sempurna. Asyik terjaga sebab Rizqin asyik merengek tak selesa tido. Malam tadi, mama terjaga dalam pukul 2pagi, rasa badan Rizqin macam panas. Lepas tu, nafasnya bunyi kuat sangat. Hingus tak ada tapi kahak banyak dekat dalam tekak dia. Mama dah tak senang tido. Bagi dia ubat selsema, Titiskan Normal seline & bagi jugak ubat batuk. Batuk dia pun berkahak. Bagi jugak dia grape Water takut2 dia sakit gigi. Pangku dia tido. Lepas pangku barulah dia tido semula sampai pagi. Sudah 3 malam jugak dia reject susu. Agaknya susah nak minum sbb banyak kahak.

Pagi-pagi mama dah kejutkan papa supaya hantar kami ke klinik. Doctor check memang banyak kahak & doctor kata sekarang jerebu. Kena hati2. jangan selalu keluar rumah.Panas badan Rizqin pagi tadi 38 darjah celcius. Memang demam pun. Doktor kata start demam 37.2 darjah celcius. Sempat jugak mama mintak doktor timbang berat dia. Tapi dia dah besar, dah tak mahu baring atas penimbang baby. So doktor suh mama carry Rizqin timbang sama2. Lepas tu amik berat mama je. So dapatlah berat Rizqin berapa. Berat mama dah tinggal 46kg dari 48.5kg.Rizqin makin berat, mama pula makin susut. Berat Rizqin hari ni 8kg. Alhamdulilah dah naik 5kg. Patut nampak bulat aje. Baru naik 5kg dah demam pulak. Panas dia tadi , tak delah panas sangat so mama tawakal gi kerja hari ni. Kalau malam ni makin panas, mungkin mama cutilah esok. Kena monitor dia closely.

Doktor tak bagi dia makan pisang, tembikai,betik,mango, anggur. Cuma boleh makan apple & pear sahaja.

Demam kali ni rasanya nak pandai berjalan. Gigi dah 6 batang, tak macholah anak mama kalau masih tak boleh berjalan kan.

Yang bestnya semalam..sampai2 rumah, dia nak tengok tv sambil duduk beriba atas mama. Sambil2 tu mama ajar dia nyanyi lagi tepuk amai-amai. Tak sangka, dia dah boleh ikut tepuk amai2 sendiri. Terkejut mama.

Malamnya pulak, mama ajak Rizqin tido. Mama tepuk2 bantai. "Mari sini rizqin tido" sambil tangan mama tepuk bantal. Yang bestnya dia pun ikut mama tepuk jugak. Mama tepuk bantal tu, dia pun tepuk sama. Sebelum2 ni apa sahaja perbuatan mama dia perhatikan aje. Dia tak pandai nak ikut. tapi semalam 2 benda dia dah boleh ikut.

Pagi ni pulak, masa nak masuk lift. Mama tahanlah pintu lift tu tunggu papa masuk. Dia pun sama nak menahan pintu lift tu. Bukan main pantas lagi tangan tu menahan. Nampaknya Rizqin dah pandai ikut setiap perbuatan orang.

Lepas ni setiap perbuatan & kata2 kena hati2. Takut terajar benda yang salah. Sebab dia cepat tangkap.

Semoga cepat sembuh anak mama dan cepat2 pandai berjalan. Supaya senang sikit mama ni tak payah nak dukung Rizqin lagi. Kuranglah sakit belakang mama ni.


Gambar pagi semalam depan Nursery.Muka hairan sebab tengok spek hitam besar kat mata mama. Gelihati tengok muka dia. Pelik sesangatttt lah nyer..berkerut kening..entah apa dia dok fikir...

p/s : demam2 pun sempat lagi usha amoi lalu depan klinik. Siap say "hai" dari dalam klinik...Parah anak aku ni....pantang tengok amoi lalu, mulalah nak menegur..mama ngan papa berpandangan dan tergelak besar tengok gelagat dia. Yg bestnya muka tu selamba aje..macam x salah perbuatan dia tu..huhuhu...

Doa Ibubapa untuk anak mereka

Tuesday, July 3, 2012


Doa Ibubapa untuk anak mereka

Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
Surah Al Imran ayat 8


Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya

Surah Al Imran ayat 9


Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).


Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan

Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).




Doa ini boleh di baca bila-bila masa, atau selepas sembahyang. Jika tak mampu hafal, memadai doa mengikut makna ayat di atas

Mari membaca

Monday, July 2, 2012

Salam semua...

Rizqin memang suka membaca. Tengoklah ni. Masa ni mama dekat dapur. Bila toleh tengok tengah khusyuk membelek buku Jawi. Kesian pulak. Mama nyer tak de masa nak mengajar dia membaca. Kerja rumah tak pernah surut. Papa pulak selalu tak ada kat rumah bila weekend. Masa rasa tak cukup 24jam. Bila ms nak siapkan semua kerja rumah, buat makanan dia, mandi kan dia, bagi makan dia. Segalanya mama kena buat. Stress nyer. Sekarang ni mama makan maggie jelah sebab dah x sempat nak masak utk diri sendiri.
Kalau papa baca tolonglah bantu mama ni. Kalau tak ada kerja jgn asyik nak keluar rumah. I'm tired ok. hasilnya papa gosoklah baju sendiri. Mama memang tak ada masa untuk itu. Kesian anak, baca buku sendiri2.Lari topik dah.Sesi luahan mama pulak..


Back to the story. Bila tengok dia baca buku sorang2 terus mama snap pic dia. Sebab comel sangat. Bila tengok pic ni kat opis. Rasa jam2 ni jugak nak balik rumah, riba dia & ajar dia membaca. Sorry Rizqin. Mama terlalu bz dgn urusan mencari rezeki. Sampai anak mama terabai. Mama akan cuba adakan masa utk ajar Rizqin membaca ok. Mama promise.


Belek2 buku tu. Dia suka tgk gambo warna warni. Bukan main laju dia selak.


Sambil2 tu tengok iklan kat TV kejap


Then continue baca buku.Kali ni baru betul baca buku. Kalau tak asyik baca terbalik je.


Baca buku rajin2 yer anak mama. nanti besar jadi orang pandai, orang berilmu pengetahuan. Berjaya dunia akhirat. Itu je bekalan yg mampu mama bagi untuk Rizqin.





Playmat lagi

Salam semua...

Hari ni projek menyiapkan bilik Rizqin dengan lambakan puzzle foam Mats dia. Asyik tak cukup2. Mama beli dekat cosway 2, papa belikan kat kedai lagi 1 yang besar punya.Untuk playmat dia aje peruntukan dalam RM150. Nanti papa nak beli lagi yang kosong dekat Daiso. Sekeping besar tu dalam RM5.


Bila Rizqin sampai rumah tengok2 papa dah siapkan rumah untuk dia. Siap ada robot lagi. Rizqin takut sikit dengan robot tu sebab robot tu bergerak ke arah dia. Robot ke hadapan, dia mengundur ke belakang.Jadi, untuk tidak bagi dia robohkan rumah tu, papa letakkan robot tu sebagai penunggu. Dia langsung tak usik robot & rumah tu. Tengok pun macam nak tak nak aje. Papa pulak yang tension. Penat2 buat rumah tu, dia buat dek aje. Padan muka papa. Punyalah beria mama & papa nya menyiapkan projek ni, dia buat hal dia sendiri.





Setelah semuanya siap. Inilah hasilnya. Sudut permainan Rizqin. Asalnya nak letak dalam bilik. Tapi susah pulak nak monitor dia kalau mama duduk dekat dapur. Lagi satu dia memang suka dekat sudut tu. Boleh berdiri dekat sofa, dekat tingkap. Siap boleh tengok view dekat bawah lagi. Kadang2 boleh intai mama tengah angkat baju dari tingkap bilik. Kalau letak dalam bilik confirm kerjanya mengopek satu2 sticker dekat kabinet baju dia.

Inilah hasil kerja keras tangan papa untuk anaknya. Sampai dia tido, langsung dia tak usik rumah2 & menara yg papa buat tu. Good boy. Tak taulah esok lusa kan.


Projek playmat settled. Boleh teruskan ke projek lain pulak. Nanti nak letak kerusi plastik yg dekat tesco RM19.90. Sebab utama kena beli kerusi ni kerana.............


Asyik menolak kerusi ni aje. Dia rasa dirinya dah besar sangat. Mama sandarkan dekat dinding dia tolak bawa ke tengah. Hari2 kerja mama kena angkat kerusi selain angkat dia.








Rizqin pergi birthday Yasmeen

Sunday, July 1, 2012


Salam semua...

Hari ini adalah birthday Yasmeen (anak sedara sepupu Rizqin). Papa dah belikan siap2 hadiah utk Yasmeen semalam. Hari ni Rizqin nak bagi hadiah tu pada Yasmeen. Gambo hadiah tu mama lupa nak snap ler masa kat umah yasmeen. Papa dah bungkus cantik dah. Siap tulis kad lagi. Sorry Rizqin mama lupa. harap2 mommy Yasmeen ambil and post dekat FB, nanti mama letak pic tu kat sini untuk kenangan rizqin.

Rizqin tido umah Atta malam semalam . Tapi rest dulu rumah Atta smpi tengahari. Papa hantar atta pergi rumah Yasmeen. Rizqin tido dulu kat rumah. Breakfast & lunch siap2 dulu. Sempatlah kencingkan rumah atta..jangan marah atta. Plus sepahkan lantai Atta dengan bubur rizqin..hehehe

Pukul 2pm, majlis aqiqah Yasmeen bermula. Rizqin sampai pukul 2:30pm. Main2 dengan Yasmeen. Yasmeen cantik, baju nyer mcm princess. Tapi sayangnya mama lupa nak amik gambo.


Rizqin memang tak senang duduk. Asyik nak berkepit dengan papa & mama. Papa makan dulu baru mama dapat makan. Mama memang tak makan apa2 sejak pagi. So apa lagi belasah cukup2 kari kambing. Kari kambingnya sedap. Tak hamis langsung. Mama siap tambah lagi dengan muka tak malunya. Papa tak makan kambing sebab dia nak demam.


Ni masa sesi berehat lepas makan kambing. Sementara nak tunggu majlis birthday yasmeen pukul 5pm. Rizqin pergi rumah uncle Jek dulu, salin pampers & salin baju..baru datang balik ke sini. Sempat papa membuta kejap. Mama seperti biasa tak dapat peluanglah. Anak mama ni tak duduk diam dah. Bila kakak mira nak amik, dia menangis macam nak rak. Penatnya mama dok melayan dia.


Birthday Girl ( 1 year)


Rizqin tetiba ada kat sebelah yasmeen ngan kakak Zurika. :-) Nasib baik mama bawa baju merah, kasut merah. Tak tau pun temanya merah. Dah smpi rumah Atta baru tau tema pakaiannya merah.


Semua Auntie2 dah sibuk suruh Rizqin buat jugak majlis hari jadi. Nampaknya papa dah panas bontot nak kumpul duit utk majlis dia. dah ler hari jadi rizqin nanti 26 Aug tu hari raya.Auntie yan & auntie Cah dah siap carikan character utk tema majlis Rizqin nanti. Tema nya Upin Ipin. Ada sesiapa nak sponsor? Kalau ada banner kan best..atas letak pic upin, tgh Pic Iqin & bawah Ipin...oret tak hahaha? Confirm anak mama tak mau lepas banner ni. Maunya dia bawa tido :-)

Majlis selesai pukul 6:30pm. Rizqin balik dulu. Singgah rumah atta dinner & mandi2. Singgah speedmart beli pampers & susu rizqin. terus balik Kinrara. Rizqin hari ni memang terlalu penat. Dia tido siang sejam aje. Masuk dalam kereta main2 tayar scroller dia sekejap. Dia peluk mama sambil mama bacakan dia fatihah, 3 qul,ayat qursi,zikir. Abis mama baca baringkan dia bagi susu. Lepas tu terus tido sampai pagi. Naik lift, masuk rumah buat pertama kalinya dia tido tak sedar2. Selalu dia akan bangun bila mama dukung kuar dr kereta. Penat sangat agaknya. Penat menangis. Juga penat terkejut belon pecah. Dia nangis, yasmeen pun nangis. letih sangat tu hehehehe