Nak cerita Projek Ramadhan tahun 2014 ni...Tahun ni kami buka bazaar ramadhan di Taman Andalas Klang. Setelah melalui pelbagai halangan dan rintangan dari segi pencarian tapak, modal, barang2 kelengkapan, pekerja dan mcm2 lagi. Akhirnya semuanya menjadi realiti.
Nilah dia gerai ikan bakar kami...kami menjual ikan bakar khas untuk orang2 klang yg berdekatan yang nak rasa ikan bakar & air asam "kak jat ikan bakar Jalan Bellamy". Nak datang KL jauh sangat kan so kami buka cawangan di Klang.
Alhamdulilah, sambutan amat mengalakkan..bagi yg dah rasa air asam kak Jat, mesti esoknya akan repeat order lagi. Tapi yang tak sedapnya bila ikan dari gerai lain tapi nak Air asam dari kami. So bagi yg berada di sekitar Klang, PJ,Banting...jomlah ke Bazaar Ramadhan Taman Andalas berdekatan Hospital Tuanku Ampuan rahimah, Klang.
Air Asam kak Jat adalah yg terbaik setakat ini, cubalah google "kak jat ikan bakar jalan bellamy, pasti ada feedback dari customer2 kami". Kak Jat ikan bakar dah beroperasi hampir 30tahun di belakang istana negara.
Rizqin teman papa menjual...dekat rumah pun dia berlakon konon2 menjual ikan bakar. siap ambil order air lagi hehehe...ciri2 usahawan sudah nampak di situ.
Saya jugak amik order utk kawan2 office seminggu sekali & dua kali. Kali pertama, 36 ikan diorder, tapi dapat supply 30 ekor sahaja. Puas hati bila kawan2 kata...nikmatnya bebuka dgn ikan bakar semlm...Insya Allah jumaat ni amik order lagi utk kwn2 opis.
Bagi yang nak merasa kehebatan "Air Asam Kak Jat" jomlah ke Taman Andalas Klang, cari bunting di atas ni...dekat situ ada 4 gerai ikan bakar..
Selamat berpuasa & selamat berbuka dgn Ikan Bakar kami :-)
5 comments:
tahniah...moga terus maju
tq noe..doakan projek seterusnya berjalan lancar...
dulu selalu dtg makan kat sini..sedap
memang sedap..pernah pergi makan kat jalan bellamy, cuma tak sure kedai yang mana
http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/07/bisnes-online-khas-surirumah-100.html
eray ayang...gerai no 3...
Post a Comment
Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...