Raya dah nak dekat ni....puasa pun belum dah nak citer pasai raya..apa daa mama Rizqin ni...korang dah start shopping ke ? Bagi yang belum lagi tu...apa kata kita shopping online je..rasanya nak tempah tak sempat dah ni...ramai tailor2 tutup amik order time2 sekarang ni...
Mama Rizqin, dah ada 4 helai baju kurung...tapi kalau rasa2 nak tambah, nak cuci mata...boleh lagi ni...semua dihujung jari....jom kita ke zalora..banyak pilihan disini..pilih saja nak rekaan sape, fesyen yg macamana....semua ada di Zalora...
Baju
kurung moden lace merupakan fesyen pakaian
tradisional atau busana Muslimah yang pernah menjadi fenomena dikalangan penggemar
fesyen di Malaysia. Fesyen yang mula diperkenalkan sejak beberapa tahun yang
lalu ini masih digemari dan juga merupakan pilihan utama para wanita apabila
ingin menghadiri majlis-majlis istimewa seperti resepsi perkahwinan, kenduri
keramaian serta majlis-majlis rasmi.
Apa yang
menarik mengenai baju kurung jenis ini adalah, potongan yang moden iaitu tidak
terlalu lebar dan sedikit singkat serta ditambah dengan perincian seperti lace,
taburan batu-batu berharga atau manik. Seperti yang dapat anda lihat, fesyen
ini juga merupakan pilihan selebriti-selebriti terkemuka tanah air untuk
bergaya ke majlis-majlis berprestij. Jom kita lihat selebriti mana yang
menggayakan fesyen ini!
Pelakon
versatile yang cantik ini tampak anggun menggayakan sepasang baju kurung moden
lace yang berona pastel. Lisa bukan sahaja kelihatan ayu malah potongan baju
kurung ini amat sepadan dengan bentuk badan Lisa yang kecil molek. Seperti yang
anda lihat, penambahan lace pada bahagian leher dan lengan menyerlahkan lagi
penampilan Lisa yang sememangnya menawan.
Siapa lagi
kalau bukan selebriti yang serba boleh – Erra Fazira! Bekas ratu cantik
Malaysia ini kelihatan amat mempesona dengan menggayakan sepasang baju kurung
moden lace berona terang. Penambahan lace berwarna hitam menonjolkan lagi
penampilan Erra walaupun pada dasarnya ia hanyalah sepasang baju kurung moden
yang ringkas.
Personaliti
yang seterusnya adalah Maya Karin. Selebriti kacukan ini kelihatan amat anggun
dengan mengenakan sepasang baju kurung moden yang ber-lace penuh di bahagian
atas dan kain potongan duyung yang kembang di bawah. Cantik tak?
Kalau korang nak sepasang baju kurung moden lace yang cantik seperti yang dipakai
oleh selebriti-selebriti kita ni, luangkan masa korang dengan melayari laman web
ZALORA Malaysia sekarang juga dan dapatkan pelbagai koleksi baju kurung moden yang
terbaik!
Semuanya mudah dengan Zalora..Zalora memang the best. Jom shopping.
3 comments:
wah...cantik2...macam nk rembat satu je tuk raya
baca sambil menabung di sini :)
Jom Noe rembat mana2 baju yg cantik2 tu...nak shopping kasut lah kat zalora....
Post a Comment
Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...