Kali ni nak cerita pasai susun atur dekat dapur...Ini bahagian dapur yang paling Rizqin suka...hari2 mesti nak melepak dekat sini...
Balik aje rumah, bukak peti ais...itu sebab klu tengok gambo tu...dua2 pintu peti ais tu dah kena lock...
Kalau tak dapat buka, dia akan kata "rosak". Bila peti ais dah rosak..dan pun singgah kat sebelah ler ...kat situ ada banyak benda yang boleh di buat serak.
Dulu2, saya letakkan tupperware ikea dekat situ, dalam tu ada tepung gandum, tepung custard dan pelbagai tepung. Kerja Rizqin punggah ke bawah. Kadang sampai berselerak tepung.So saya dapat idea untuk belikan bekas yang lebih besar, letakkan segala tupperware tepung tu dalam bekas biru macam bawah ni. Dia nak angkat pun fikir 5-6 kali.
Sebelum
Rak 2 tingkat tu, beli kat Giant aje. Harga dalam RM29.90 masa promotion. Harga asal RM39.90 Kebetulan tinggal 1 aje. Memang rezeki saya. Lepas tu dah tak jumpa lagi rak ni. Asyik kehabisan stok aje. Kalau ada memang nak beli 1 lagi.
Oleh kerana, saya rasa tak kemas bahagian rak saya ni. Jadi gigih lagi kaki ni pergi ke Daiso utk cari bekas2 yang lebih sesuai. Maka dapatlah Bekas biru & putih tu.
Bahagian paling atas, disebelah kiri, segala jenis pasta. Ditengah2 tu pulak, dalam tupperware merah & biru saya letak susu & milo. Bekas pink tu gula.
Rak tengah pulak, sebelah kiri, segala jenis biskut dan maggi. Sebelah kanan pulak, segala jenis minuman (coffee,teh dll) yang belum dibuka.
Rak bawah, segala jenis tepung dan belah kanan tu, ada gula, agar2, kunyit dan mcm2 lagi (masa belum dibuka).
Dah macam kedai runcit pulak..hehehe...itu semua stok sebulan...
Terasa dinding tu kosong. Tiba2 teringat whiteboard beli masa zaman2 belajar kat U dulu. Masih elok lagi. Mulanya nak bagi Rizqin tulis. Tapi dia lebih berminat menulis dekat dinding. Dari terbiar baik lekatkan di sini. Kebetulan ada hook lebihan bilik Rizqin. Pinjam 2 nanti mama ganti balik ye nak :-).
Saya tak lebalkan setiap bekas tu sbb barang2 dalam tu memang dah nampak. Pandai2 cari hehehe...
Maka hasil ni jadilah begini. Whiteboard tu utk tulis menu harian utk isnin sampai khamis. Boleh jimatkan ruang otak saya. Kurang sikit berfikir pasai menu apa setiap petang. Semua menu dinner sudah di "list" kan.
Memang cukup berkesan, sebabnya menu semlm "kari ayam".Papa Rizqin, dah tahu dah menu utk hari tu kari ayam. So dia tak akan makan kat luar. Semalam dia jumpa kawan, so dia hanya order air sebab nak makan kari ayam isteri. Huhuhu...Lagi satu jimat suara nak menjawab soalan..hari ni masak apa? ha kan..segalanya nak jimat...teruk betul mama Rizqin ni.
Ini cara saya utk org yg tak ada kitchen kabinet lagi...anda bagaimana?
8 comments:
wowowowooo...terbaekk dari mamarizqin ni!! bakul biru dan putih tu mmg cun lah!! hr tu ada nmpk kat daiso...tp dok pikir nk letak apa...smp ke sudah tak amek..ini satu bentuk idea yg bernas ni...*wink*wink* i LIKE!~
Fizah, cepat2 serbu Daiso....pastu cam biasa kasi update....
hehehhee...saya pon sama..takde kitchen kabinet..
nati sy share caner saya susunatur stock brg2 keperluan saya..-jeles tgk awak punya kemas-
harus tiru nih... hehehhee
Jaja...samalah kita..so kita kena lebih kreatif nak bg rumah kemas...
Tirulah tak de hal...
sy pun suke idea white board atau black board, cuma bezanya saya tulis brg dapo yang da abis kat situ huhu
ain..kadang2 saya tulis jugak date beli gas hehehe..senang nak ingat
Barang2 dapur biasanya saya list atas kertas dan tampal dekat fridge je.
Mcm lmbt komen tp harap perasan la komen ni.. bakul biru besar tu mmg beli kt daiso ke.. xpnh nmpk pon...
Fara Dilot - bakul biru tu beli kat Daiso...dulu ada warna biru..sekrg ni selalu nampak warna putih aje...
Post a Comment
Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...