Perkembangan Rizqin

Sunday, December 11, 2011

Assalammualaikum semua,

Rizqin hari ni dah 3bln 16hari, sekejap aje anak mama dah besar. Semalam bila masukkan Rizqin dalam baby carrier tengok2 kepala dan bahu dah lepas baby carrier tu, sebelum ni kepala pun nampak separuh je. Papa pun macam tak sangka cepatnya membesar. Hari-hari tengok macam tak ada perubahan.





Sekarang ni Rizqin dah mula rimbang-timbang badan nak menyarap setakat ni masih x berjaya lagi. Tido pun asyik sending ke kiri kejap kanan.

Kalau hisap susu, dah pandai pegang botol sendiri tapi masih tak berapa kemas. Pegang cuit2 aje. Lepas ni kalau dah pandai senanglah mama, tak perlu lagi nak tolong pegangkan, mama akan tengok aje. Tapi yang tak bestnya, Rizqin suka tolak-tolak botol susu tu, kenalah mama betulkan. Kadang-kadang datang rasa malas nak pegang, dua-dua tangan terdepang aje..banyak cantik muka, mama lah yang kena pegangkan. Lepas tu suka hisap susu main-main. Lambat betul susu nak habis. Dulu bukan main laju lagi dia hisap susu.sekejap aje abis. Sekarang hampir 20min baru settle. Letih betul mama menunggu, nak2 time 2-3pagi..huhuhu...nak buat macamana layan ajelah.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih komen kat sini...datang lagi...