Harapan dari seorang mama untuk anaknya.

Wednesday, February 20, 2013

 Salam..

 

Pagi ni buka email tengok2 ada email dari Pn Lina Karim.  

 

Assalamualaikum erranis

 

Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dikurniakan rezeki yang melimpah.
Alhamdulillah sekarang ini saya dlm perjalanan ke Mekah dari Madinah. 2 hari di Madinah meninggalkan pelbagai kenangan. 2 hari saya dapat bersolat di Raudhah. Anak anak saya juga berpeluang bersoIat ditempat impian semua manusia yang menjejakkan kaki ke Tanah Madinah ini iaitu di Raudhah. Kali pertama saya ke Raudhah adalah tanpa anak saya. Saya rasa seperti dpt bersolat tetapi sambil ber'silat'. Terpaksa menahan diri ketika solat kerana rempuhan orang ramai. Ada yg menangis kerana tidak tahan ditolak himpit, ada yg terjatuh dan terpijak menyebabkan saya takut utk membawa anak saya. Saya juga telah dinasihatkan oleh muttawif utk tidak bersama dgn anak. 

Namun atas desakan anak2 saya, keesokkannya saya membawa mereka masuk dgn memberi mereka gambaran akan keadaan disana terlebih dahulu. Ya, mereka masih mahu ikut walaupun saya telah ceritakannya. Saya suruh mereka berjanji utk kuat dlm asakan dan jgn menangis krn jika menangis saya akan tarik mereka keluar dan berpatah balik. Akhirnya setelah mendapat peluang masuk

Alhamdulillah dpt tempat yg aman. Masih di Raudhah yg berpermaidani hijau, kami solat tanpa sesiapa pun 

mengganggu! Org masih berasak tetapi tidak di tempat kami! Alhamdulillah.. Permintaan anak saya dpt dipenuhi dlm keadaan aman dan selamat. Saya terus jadi tersedar betapa bukan saya yg patut menetapkan keadaan di Raudhah adalah sama utk semua orang. Sangat berbeza dari pertama kali saya memasuki raudhah tanpa anak saya. Semoga anak saya menjadi penyelamat saya di akhirat nanti. InsyaAllah..

Darwish dan Darwisya mempunyai pengalaman manis mereka sendiri. Setiap hari ada sahaja peminat mereka berdua terutama Darwish. Hari pertama mereka masuk ke Masjid Nabawi, mereka teruja melihat al Quran yang banyak diletakkan di keliling tiang masjid nabawi itu. Mereka mengambilnya tanpa disuruh, mencari surah al Quran yg mereka pilih sendiri dan membacanya. Rupanya perbuatan mereka itu diperhatikan oleh orang2 Arab disitu dan selesai anak2 saya membaca, mereka mengeluarkan
wang dan menghadiahkannya kepada anak saya. Bukan sedikit yg mereka hulurkan! 50.00 riyal untuk hari pertama. Segala coklat dan gula2 dari beg mereka diberikan kepada anak saya. Hari kedua juga begitu tetapi dgn arab yg berlainan. Dan hari ini kami solat zuhur, solat terakhir sebelum kami bertolak ke Mekah dgn bas.. juga begitu ada sahaja yg memberi wang kepadanya. Belum sampai ke Mekah, sudah banyak barang mainan dibelinya hasil dari pemberian org Arab di Masjid Nabawi. Sehingga ada jemaah yg
bergurau yg Darwish boleh hidup disini dgn hanya bermodalkan al quran. Mereka yg cuba bercakap dgn saya (bagai ayam dan itik) agak bersungguh bertanya tentang umur, nama Darwish & etc. Nasib baiklah anak saya Darwisya faham dan membalas jawapan. Yang saya faham adalah perkataan mereka menyebut 'Imam, imam..' sambil mengusap kepala Darwish. Saya boleh anggarkan maksudnya itu dan terus mengaminkan sahaja perkataannya. Doa itu dtg dari mereka yg berbangsa Arab yg kagum dgn Darwish di dalam Masjid Nabawi! Semoga Allah perkenankan..
  

Hari kedua, Darwish bersama suami saya pergi ke bahagian solat lelaki. Cerita suami saya selepas keluar masjid, Darwish melakukan perkara yg sama. Orang Arab merapat kepadanya dan selesai sahaja mereka akan menghadiahkan wang. Ada yg mengambil tangan Darwish dan menciumnya berkali kali. Pada mula dtg saya agak janggal tetapi setelah beberapa waktu saya bersolat dgn anak saya, saya sudah biasa kerana dibiasakan.

Sudah biasa mereka mengusap kepala anak saya dan kemudian mencium tangan yang mereka gunakan utk mengusap itu. Akhirnya balik ke bilik hotel anak saya tidur malam dalam keadaannya yang sangat wangi, rasanya dari wangian tangan-tangan mereka yang mengusap anak saya. Wangi itu kekal hinggalah saya bangunkan dia utk bersiap utk solat subuh.

Dari pengalaman ini membuka mata saya tentang sesuatu yg saya tidak pasti selama ini. Saya fikir mereka adalah orang Arab yang sudah
tentulah sangat biasa melihat anak kecil membaca al Quran kerana utk mengajarnya kepada anak mereka sudah jadi mudah disebabkan bahasa al quran itu memanglah bahasa mereka. Tetapi kelihatannya tidak begitu. Ianya seperti sesuatu yg tidak 'biasa'. Jika tidak, mereka tidak akan memberi perhatian kepada anak2 saya seperti ini. Mereka kelihatan sangat kagum melihat anak sebaya Darwish membacanya.

Setakat pengalaman saya hingga hari ini, aura Darwish di kalangan org Arab adalah lebih terserlah dari Darwisya walaupun kedua duanya boleh membaca al quran. Saya tertanya sendiri mungkinkah ini ada kaitan dgn mimpi yg saya alami semasa mengandungkan Darwish 5 tahun dahulu? Saya pernah mengabadikan cerita mimpi saya itu dalam blog saya www.darwishndarwisya.blogspot.com .Cerita itu masih tertulis disitu sejak dari itu. Semoga ia membawa makna yg baik.
 


Ya Allah, Engkau menjanjikan mahkota kepada ibubapa yg punya
anak menghafaz al quran di akhirat nanti tapi ku rasakan aku telah menerima mahkota itu didunia ini lagi. Walaupun anak2 ku belum lagi menghafaz keseluruhannya. Terima kasih atas anugerahMu. Semoga Engkau berikan hidayah dan ilmu kepada ibubapa lain untuk merasakan apa yg aku rasakan ini. Amiin.



**Ketika saya menulis coretan ini, saya didalam bas dalam perjalanan ke Tanah Suci Mekah dalam berihram. Semoga ibadat umrah kami sekeluarga ini diterima Allah.
Amin..

Ikhlas dari,

Lina Karim

Sebenarnya sudah 2 minggu mama dah tak tunjukkan flash card dekat Rizqin...sebabnya flash card Alif Baa Taa tu pun sebahagiannya dah lunyai kena koyak. Nak bukak TAB papa pun malas sebabnya bila dah dapat TAB..Rizqin tak mahu lepaskan. Melalak2 nak main TAB sampai ke sudah...sudahnya mama bukakan CD belajar Huruf  Hijaiyah saja. Semalam langsung tak buka. Rizqin pulak sampai2 rumah, terus bukak citer cina...apa2 saja cerita cina dia akan ngadap dgn khusyuk nya...tak boleh terusan macamni...mama kena buang sikap malas mama..yg  biarkan rizqin tengok citer apa saja dekat TV.

Bila baca email dari Puan Lina ni, mama harus gandakan lagi usaha untuk ajar Rizqin kenal huruf hijaiyah sebelum umurnya 1 tahun 8 bulan...darwish dah kenal huruf hijaiyah baris bawah atas depan masa umur 1 tahun 8 bulan...Rizqin masa umur 1 tahun 5 bulan baru tahu baca AA, BAA ,TAA,DAA ...tadi & semalam sambil pakai kasut depan pintu nak ke nursery, tiba2 dia sebut NAA,WAA,LAA,YAA..alhamdulilah satu perkembangan yang memberangsangkan..malam ni mama kena usaha lagi supaya dia kenal huruf yang lain pula...jangan malas mama...sebenarnya yg malas bukan Rizqin tapi mama. Tiap2 malam Rizqin akan buka buku,mintak flash card tak pun mintak dibukakan CD. Tapi mama buat dek maghrib2 sibuk nak nengok "Rindu Bertamu di Abu Dhabi" Banyak sangat syaitan dalam badan mama ni Rizqin.

Bila dapat email ni, insaf sekejap..terasa banyak masa yang telah disia2kan oleh mama. Patutnya Rizqin dah kenal semua huruf..mama yang tak konsisten mengajar. Mama mohon maaf Rizqin. Malam ni mama akan ajar Rizqin ngaji ok. Mama promise.

"Allah akan menjanjikan mahkota kepada ibu bapa yang mempunyai anak hafaz al-Quran di akhirat" mama harus ingat janji Allah ini. Mama harus kuat utk merealisasikan impian mama ini. Bukan mudah sebenarnya, tapi tak salah kalau mama sandarkan harapan ini pada anak mama. Setiap perkara yang baik pasti Allah bantu.


Moga Allah jadikan Rizqin anak yang soleh

 Moga Allah jadikan Rizqin anak yang beriman, penyejuk hati mama & papa


Moga Allah jadikan anakku ni anak yang menghafal Al-Quran. Amin.

Doa kalian juga saya mohon. Amin.



Aktiviti Masa Tahun Baru Cina

Wednesday, February 13, 2013

Salam semua..

4 hari cuti, kami tak balik kampung. Sedih tengok orang balik kampung tapi kami tak dapat balik.

So hari Sabtu mama & rizqin mengemas rumah sahaja.  Dia duduk panjat Tv main plug lah. Lepas tu sibuk mama ngemas laci, dia sibuk jugak masuk dlm laci almari. Nasib baik tak roboh nak oooii..seboleh2 nak masuk.










Hari Ahad, aktiviti mengemas semua barang2 mainan Rizqin. Mana yang tak guna, mama masukkan dalam box. 3 boxes semuanya tak masuk 1 bakul penuh dengan ball.Kena beli 1 tingkat kayu/besi utk letak semua kotak2 mainan dia nampaknya nanti.








Abis kemas baru mama train Rizqin kick the ball.






Pukul 5 petang, papa bawak pergi Meru rumah uncle jek. Masa ni Rizqin dah tak sabar2 nak keluar rumah. Sampaikan mama nak pakai tudung pun tak boleh, duduk bergayut kat kaki. Nak suruh dukung. jam2 tu nak keluar rumah. Dah boring duduk kat rumah.

Ni nose..katanya


Boringlah papa ni lama sangat jumpa kawan...

Manalah papa ni....



Papa bawa pergi Tasik Shah Alam..ramai sangat orang dekat Playground sini. Rizqin tak dapat main pun. Dia pun boring, baru nak main orang lain overtake. last2 dia tarik tangan papa  ajak balik. tak toleh2 langsung ke belakang. Terus tunjuk ke arah kereta. bagus betul anak papa ni. Agaknya dalam hati dia, boringlah ramai sangat orang. Rizqin ni jenis yang tak suka berebut. Dia tengok je orang main sana sini.

Anak mama ni suka tasik, nampak tasik terus menonong2 nak pergi.

Hari Isnin, kami ke Tanjung Gila/Harapan kat Klang. Ramainya orang dekat sini. Ada karaoke, ada jual burger, steamboat dan macam2 lagi. Seronok duduk tepi tebing ni sambil makan2.



Tapi nyer budak sorang ni seronok nak belon Angry bird. Dapat tengok matahari terbenam. Lepas tu kami terus balik. Tak elok senja2 duduk tepi laut kan. Dah lama tak pergi laut sebenarnya. Rindunya nak balik kampung mama.


Papa tanya nak bubble gun tak? Dia geleng kepala tapi dia tunjuk kat papa..nak tu pa? dari jauh dia boleh nampak orang jual belon...Tu lah mainan kesukaannya. Mainan lain dia tak heran.

Hari Selasa, petang baru kami keluar, kejap je. Bawa Rizqin ke Taman Bukit Jalil. Masa ni dah pukul 6ptg. Cuaca pun gelap aje nak hujan.

Bersungguh2 naik bukit ..rileks je..mama yang semput semacam.Angry bird dia bawa ke sana ke mari



Nak sangat main buaian..hari ni baru tertunai hajat











Baru nak main..hujan rintik2 turun. Dapatlah 6-7 kali main..mama pun paksa papa balik. Papa duk kata hujan dah berhenti..nasib baik mama berkeras ajak balik. Pertengahan jalan hujan turun dengan lebatnya. Kalau tak tak pasai2 rizqin demam mama kena cuti. Alhamdulilah kami sempat jugak naik ke kereta ...

Kesian Rizqin tak puas main..tak pe..minggu depan kita datang lagi yer...

Ini saja aktiviti Rizqin masa Chinese New Year. Tahun depan harapnya kami dalam golongan yang bersesak2 kat highway utk balik kampung jugak...







Tempat makan terbaru Rizqin

Thursday, February 7, 2013

Salam semua....

Ayoyooo anak mama...tingginya makan...

Mulanya Rizqin makan kat lantai aje sambil tengok TV citer "hingga hujung nyawa"...
Masa iklan mama pergi dapur nak ambil kain lap lantai kat Sinki. Sekali tengok dia dah landing baik punya...atas sofa...aduhai...abis sofa mama kotor. Dah ler bertompok dengan susu sekarang tambah pulak 1 lagi tompok makanan.. Nasib baik makan angel hair aje. Kalau dia makan sup..mau mama meroyan dibuatnya. Suruh turun tak mau turun. Maka mama biarkan aje. Last2 dia turun sendiri makan atas tikar pulak. Beralih makan smpi 3 kali.




Muka tak bersalah..banyak cantik muka ko...

Pipi makan kepala pun makan sama
 

Mata kelain, tangan ke lain...


Tah apa dia tengok..sampai khusyuk gitu sekali


Makan tetap makan...bersepah2....makanan favourite dia angel hair bolognese

Rizqin 1 Tahun 5 Bulan

Wednesday, February 6, 2013

Salam semua..

Malas betul nak update pasai perkembangan Rizqin setakat ini...

1) Bersifat tegas..klu dia nak sesuatu atau ada barang dipegang..jangan harap nak lepas. Kuat betul dia gengam barang tu. Kadang mama biarkan saja. Kadang berebut jugak dgn dia.

2) Boleh buat ayat sikit2 dan faham apa mama papa cakap. Contohnya :-

"Poooottttt "

Mama : eh kuatnya Rizqin kentut ( sambil mama gelak & buat2 muka terkejut)
Rizqin : hahaha ..(gelak sambil kecikkan mata & tunjuk gigi sbb tgk muka terkejut mama) & sempat jawab "tau tak pe"..(dlm bahasa dia yg pelat2 tu")
Mama : Blurrr...bila masa pulak mama ada sebut perkataan tu depan dia ...ada ke dia jawab "tau tak pe"

Papa : "Rizqin! papa tak ajar buat macam tu"
Rizqin : "Papa ajar" -masih dlm bahasa dia tapi kami faham apa dia cakap...

3) Dah malas nak berjalan..nak naik scroller...kalau balik dari Nursery alamatnya dia nak berdukung ajelah dari tempat parking sampai depan grill rumah.



4) Takut orang masih tak hilang...kalau jumpa org depan lift..jangan harap dia nak naik sama..sanggup dia bergayut kat kain mama..biar org2 tu semua naik lift dulu...

5) Kerap menconteng..sana sini dinding mama ada "Mural" yg dilukis oleh Rizqin.

6) Kalau mama makan, dia mintak disuap jugak..."nak ma","nak"

7) Suka sangat tolong mama bawa barang..kadang bawa sampah..sampah berat2 pun nak diheretnya..sampai kat tmpt buang sampah depan lift..kadang nak bawa beg nursery dia..dah bergaduh2 ngan dia.."bagilah mama bawak, beg ni berat"...dia jawab jugak..."nak maaaa" sambil angkat beg tu...aduhai..sudahnya dukung kan dia sambil dia pegang beg tu..pegang pun jadilah..ni bukan menolong...membebankan mama lagilah kena dukung dia lagi...




8) Tak sabar...kalau nampak pinggan dan mangkuk sup dia..jam2 tu dijeritnya.."nak...pastu nangis". Kadang sup panas lagi tapi dia nak jugak jam2 tu...macam tak makan sepanjang hari.

9) Pagi2 tak mau masuk nursery..memanjang nangis depan pintu...Petang2 pulak tak mau balik...memanjang nak main kat luar nursery...kadang nak kick bola sama abg2 yg dah besar. Mama seriau takut kena bola...hari2 kena pujuk & paksa naik car...

Itu ajelah perkembangan Rizqin setakat ni.




Mood kelaut

Sunday, February 3, 2013

Salam semua....

Mood memang kelaut. Mama malas betul nak update blog. Sekarang memang tak ada mood nak update blog, nak masak, nak basuh pinggan, nak kemas rumah. Semua perkara buat mama malas. Tak tahu kenapa terasa lemau sangat badan ni. Yang ada dalam kepala otak ni hanyalah perkataan "MALAS". Balik kerja hanya fikir nak berehat tanpa buat apa2 kerja rumah. Terasa penat seluruh anggota badan.

Balik kerja, mama masak ala kadar untuk Rizqin. kadang tumpang makan lauk Rizqin aje. Dulu bukan main rajin mama, sanggup masak apa sahaja utk anak mama ni. Sejak bab makan semua serah ke nursery ni bertambah2 malas mama. Dulu gigih bangun pagi2 buta buatkan breakfast dan lunch utk dibawa ke nursery. Macam2 menu. Sekarang tengok resepi pun tak mahu. balik2 masak sup2,singgang ikan. Paling malas buat spagheti aje.

Lepas Rizqin makan malam dan mandi. Dulu2 gigih mama ajar Alif baa Taa dan ajar baca buku. Paling malas buka VCD kat TV sambil ribakan Rizqin. Tapi sekarang MALAS lagi bertandang. Malam tadi lepas makan dan pakai baju. Dah wangi2 tu, Rizqin amiklah buku minta mama bacakan. Tapi mama boleh wat dek aje. Tepat pukul 9mlm, bawa masuk bilik. Rizqin masih pegang buku, siap belek2 buku tapi mama terus tutup lampu dan siap cakap...esok ajelah baca buku. Sekarang tido. Kesian sungguh Rizqin. Tak tahulah Rizqin kenapa dengan mama ni. Hari ni bila teringat terasa kesal di hati. Mama ignore kehendak Rizqin. Maafkan mama. Mama tak tahu apa terjadi dengan mama ni. Terasa badan tidak sihat. Malas sangat nak melayan kehendak anak. Rumah pun tak terurus.

Ada satu malam tu, papa penat2 balik2 kerja terus jahit seluar kot. Mama pun tak perasan apa yang dijahit. Seluar ke baju, sekali lalu je tengok papa tengah pegang benang & jarum dalam bilik. Terasa kesian pulak tapi mama lalu je tanpa jenguk dan tanya papa. Malas betul rasa nak amik tahu. Kenapa tah dengan mama ni.

Beberapa hari yg lepas, papa cakap kaki dia sakit. Tak boleh pijak. Mama ingat nak sapu minyak panas. Sudahnya mama terus masuk tido biarkan papa. Esoknya baru mama teringat. Selalu sangat mama terlupa tentang papa. Kesian papa. Tak tahulah kenapa, mama terlalu cepat lupa. Esoknya baru ingat. Kerap sangat begitu.Esoknya papa bagitahu mama, kaki dia bisa sgt malam tu sampai hati mama biarkan..hehehe..sori papa..memang terlupa sangat. Plus badan penat

Sambil tidokan Rizqin, mama pun tertido sama. Sedar2 sudah pukul 12malam. Time itu baru sibuk nak mengemas rumah. Dulu2 Rizqin lena sekejap, pukul 10mlm, gigih mama bangun dan kemas2 rumah. Sediakan menu untuk dimasak esok pagi. Banyaknya tenaga ketika itu. Sekarang Pukul 12 mlm baru terhegih2 nak mengemas rumah. Sekarang patutnya mama ada lebih masa dan tenaga sebab esoknya bangun pagi tidak perlu masak terus pergi kerja.Just perlu sediakan botol air dan botol susu ke nursery. Sudah senang disitu tapi kenapa  terasa letihnya seluruh anggota badan. Hari2 melalui rutin yang sama. Kekadang terasa nak berhenti kerja kerana nak bahagikan banyak masa untuk Rizqin. Tidak perlu memenatkan diri drive ke tempat kerja. Petang bekejar nak amik Rizqin. Lambat kena bayar OT pulak. Mama rasa penat badan & penat otak. Rasa nak rest sepanjang masa. Nak kata pembawakan budak..memang tak ler sebab tak ada isi pun.

Pergi kerja pun sekadar pergi kerja. Buat kerja tu buat tapi kadang terasa kosong. Apa kerja yang aku buat ni. Baru tengahari dah fikir nak balik amik Rizqin. Rindu kat Rizqin tapi bila balik Rizqin buat perangai mama mula fed up dan datanglah mood malas melayan Rizqin. 

Petang semalam pula, Rizqin tengok tv sorang2 sambil mama sibuk mengemas rak2 pinggan kat dapur. Tersadai Rizqin tepi dinding sambil tengok cerita apa tah. Yang pasti rancangan cina, siap ada nyanyi2, tepuk tangan. Ralit pulak dia nengok.. Kejap baring, kejap sadar kat sofa, kejap atas sofa, tepi dinding. Tapi mama biar kan aje. Nak amik gambo pun terasa malas. Mama sibuk nak siapkan kemas. Pertama kali mama tengok Rizqin diam dan kusyuk nengok tv mcm tu sekali. Citer apa pun mama malas nak amik tahu. Teruk betul mama. Kesian Rizqin.  Bila teringat rasa kesalnya hati biarkan Rizqin macam tu.

Mama tahu Rizqin nak mama teman tengok TV, Rizqin nak mama riba sambil baca Alif Baa Taa dan nyanyi Phonic song. Mama tahu Rizqin nak main Tab sambil belajar ABC. Tapi semua tu mama tak tahu kenapa mama malas nak layan. Maafkan mama Rizqin.

Malam tadi cuma buatkan air untuk papa. Papa kejut mama dan suruh makan nasi goreng yg papa beli. Masa tu dah pukul 1 pagi. Letihnya nak bangun. Sebab baru aje tido. Mama bangun dan makan. kesian papa balik2 langsung tak ada makanan sebaliknya papa pulak yg beli makanan utk mama. Yang bestnya papa ni, macammana lewat balik, mesti belikan makanan untuk mama sebab tahu dah mama ni memanjang malas masak hehehe...dulu2 balik keja tibai maggie. Sekarang dah ada mamee chef perasa tomyam. Lagilah malas. Pergi dapur cari mamee chef..rasanya mcm makan mee tomyam. Sedap betul. Makin malaslah jawabnya...

Mood rajin datang lah kembali. Mama perlukan mood rajin untuk uruskan Rizqin & papa juga diri sendiri.

Ya Allah kembalikan mood rajin ku....Tolong ya Allah. Aku tak mahu anak dan suami ku tersisih. Amin.