Dailog yg buat aku selalu tersenyum

Sunday, August 2, 2015

Assalam semua...

Bulan ogos ni , bulan kelahiran Rizqin yang ke 4 tahun...
26 Ogos ni genaplah 4 tahun...
Sejak masuk umur 4 tahun ni....makin petah si Rizqin ni bercakap...sudah banyak ayat2 yg dia boleh susun dgn cantiknya..mungkin sbb dari kecil dah dihantar ke Nursery...dia biasa bergaul dgn kawan2 nya, mungkin jugak sbb kami x cakap pelat dgn nya...so dia memang x de pelat langsung & mungkin jugak dia biasa bergaul dgn kakak2 sepupunya yg dah remaja...masing2 bercakap ala2 org dewasa dgn dia..jadi dia dah biasa dgn ayat2 yg betul ketika bertutur...

Kekadang aku berborak dgn dia...borak biasa aje...tapi rasa seronok bila keluar perkataan2 yg first time keluar dari mulutnya...

Ada satu hari tu, papa Rizqin bawa balik lemang....pagi2 bila Rizqin bangun lemang memang dah ada atas meja makan....mama dia ni nak le bukak lemang tu tetiba Rizqin bertanya

Rizqin: Apa tu Mama? Kayu?
Mama : ooo ini lemang.
Rizqin : Lemang? apa tu ma?
Mama: Jenuh pulak aku nak explain...tapi aku jawab ler " dalam ni ada beraspulut, nak masak kena guna buluh ni, bakar kat api"
Rizqin: ooo yg bakar kat api, pastu kayu tu terbang, tembak orang jahat.
Mama : ha? ( dalam hati ni confirm dia ingat meriam buluh, mcmana dia boleh imagine pasai meriam buluh ni...mana pulak dia tgk meriam buluh ni...)
Mama : bukan...bukan yg itu...ini isinya pulut blah blah blah....bersusah payah aku bercerita pasai lemang kat dia....
Rizqin : oooo..rizqin tak sukalah makan lemang...blah blah...

Budak2 sekarang, kadang2 kita tak terfikir pulak dia boleh bayangkan jauh ke lain....


Baru2 ni pulak...dia tanya aku pasai nak beli mainan

Rizqin : Mama kasi ke Iqin beli mainan?
Mama : Mainan Rizqin dah banyak, tak yahlah beli mainan lagi
Rizqin : Mama kasi ke? (masih tidak puas hati dgn jawapan aku)
Mama : Buat apa nak beli mainan byk2, beli lah buku ke..blah2 (masih x jawab soalan anak)
Rizqin : Iqin tanya ni ma...mama kasi tak iqin beli mainan?
Mama : Tak boleh beli mainan
Rizqin : Janganlah cakap "tak boleh"...mama kasi tak Iqin beli mainan...
Mama : Tak kasi
Rizqin: uwaaaaaaaaaaaaaa (melalak nak jawapan "BOLEH" dari aku...)

Macamana tu? dia nak jugak jawapan yg aku kasi dia beli mainan...adoiii....

bila teringat dailog2 dia...mama tersenyum sorang2 ...time2 rindu ketika kat opis..ingat balik kata2 ...hilang rindu sekejap.....









Tips kawal Marah..

Wednesday, June 24, 2015

Assalammualaikum...
Bila keluar dailog begini...kejadian dibilik air
Rizqin : Mama (sambil pancitkan air ke baju mama)
Mama : Rizqin..janganlah basahkan baju mama...(nada menjerit)..mama nak pakai lagi baju ni..
Rizqin : Janganlah marah Iqin
Mama : Yalah, Rizqin buat salah mama marah lah. kalau Rizqin tak buat salah mama tak marah lah..
Rizqin : Tak boleh marah.
Mama : Kenapa mama tak boleh marah.
Rizqin : Mama cakap ajelah...janganlah marah2...
Mama : mmmm (tersenyap sekejap) 
Sudah banyak kali dia warning mama nya tiap kali dia kena marah...so hari ni baru berkesempatan utk mengoggle tips macammana nak mengawal marah pada anak2..sbbnya setiap kali dia buat salah...mamanya ini akan meninggikan suara ..terjerit2...
Sukar juga nak mendidik anak ni yer...bila tiada didepan mata terasa rindu...rasa nak peluk2 saat2 tu jugak...tapi bila ada depan mata, asyik nak marah anak aje..Setiap hari pasti kena marah...kesian anakku...
Masih tak ada kesempatan lagi nak cari buku ni ..".if i tell u one more time"...buku ni ada tips2 bagaimana nak mendidik anak dengan cara yg bukan marah2..tak pasti pulak jika ada buku2 islamik yg bagus utk mendidik anak ni...kalau kawan2 ada buku2 yg bagus utk dibaca..sharelah dengan mama rizqin tajuknya...
Ni antara tips2 yg mama jumpa kat blog kawan2 lain...
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” . Sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan  kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.
5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.
- See more at: http://www.mypermatahati.com/blog/5-tips-mengawal-marah-kepada-anak/#

Jus betik bagus untuk Ubat demam denggi.

Tuesday, June 16, 2015

Assalam...

Just nak share , ubat untuk demam denggi...
Pernah bawa Rizqin ke Klinik...demam dah beberapa hari. Doctor ada bagi petua utk demam denggi. Katanya demam denggi memang tak ada ubat. Kalau pergi ke hospital doktor hanya masukkan air aje ke badan...Dia bg cara tradisional..katanya memang berkesan utk melawan denggi.

Selain dari pink guana juice and sup ketam, boleh juga guna pucuk betik.

Ambil pucuk betik, blend pekat campur sedikit air masak..kemudian tapis.
Minum tidak melebihi 2 sudu makan sehari.
Tidak boleh minum lebih ..kalau terlebih boleh effect liver pula.




Semoga bermanfaat.



Potty Train utk Rizqin

Monday, March 23, 2015

Assalammualaikum...

Mulanya saya pun tak tahu macamana nak ajar Rizqin membuang di toilet...sy ada baca, ada org bw ank ke toilet setiap setgh jam...sy rasa susah sgt sbb sy byk keja nak dibuat klu kat rumah tu, pasti asyik terlupa aje nak tengok jam...

So, saya hanya mula mengajarnya apabila dia betul2 telah bersedia, apabila dia sudah pandai bercakap.Jadi tiada paksaan untuknya dan tiada tekanan untuk saya.Ketika umurnya 2 tahun setengah, saya sudah bercerita dengan nya tentang buang air di toilet.Saya tengok sepupu2nya yang perempuan, semuanya sudah tidak pakai pampers. Bila pergi ke mana2 org mesti cakap..aik..rizqin pakai pampers lagi? saya tak kecil hati..saya jawab "ya" dia tak pandai lagi. Saya ni memang jenis muka selamba...jenis malas nak amik hati bila org cakap anak kita ni masih pakai pampers. Lagi pun saya bekerja..utk train anak utk tak pakai pampers memang jadi masalah kerana hari sabtu & ahad sahaja waktu yg ada. Jadi saya hanya tanam dlm diri, apabila dia bersedia, apabila sudah sampai waktunya..tentu benda ni jadi perkara yg mudah. Buat apa nak push anak.

Masuk sahaja umurnya 3 tahun, barulah sessi potty train nya bermula. Saya mula ajar dia utk tidak guna pampers pada hari sabtu & ahad. Mula2 tu ada juga dia terkucil kat lantai, pernah juga terbuang air besar kat belakang pintu bilik. yag kelakar tu, tiba2 dia boleh turun dari sofa, kemudian menyorok kat belakang saya...saya ingatkan dia buat apa...sekali tengok "seketul allien" dah tergolek kat lantai.

Dah satu keja kena angkat dia kat toilet & cuci. kemudian sy cakap kat dia..rizqin kalau nak "ya yak bagitahu mama ye". Sekali tu ajelah dia terbuang air besar kat lantai.  So dalam masa sebulan tu , rasanya ada lah beberapa kali sy ajar dia utk tak pakai pampers. Bila dia nak kencing, dia akan bgtau, "mama Rizqin nak kencing." Sempatlah sy ajak dia ke bilik air..tak sampai 5 kali seingat saya dia tak tahan & terkencing dlm seluar. Saya tak ajar pulak dia setiap setgh jam ke sejam ke ke bilik air. Saya biarkan dia cakap sendiri, bila dia ada rs nak kencing...

Masuk bulan ke 3 tahun 2 bulan, dia dah boleh buka seluar sendiri & ke bilik air setiap kali mahu kencing.  Cuma adakala  dia meragam nak kan sesuatu, dia suka guna peluang ni untuk 'kencing kat lantai' sebagai tanda protes kat mama nya. Ini memang mebangkitkan kemarahan tapi saya sabar banyak2, saya cuci kan & nasihat dia supaya jgn buat lagi... saya selalu cakap..rizqin tak sayang kat mama ke, kencing kat lantai ni...sian mama" Tahu dia jawab apa " Iqin tak sayang mama" ...masih tak mahu mengalah dengan mamanya...

Ketika umur 3 tahun 5 bulan, semuanya dah jadi mudah, dia dah boleh ke bilik air sendiri, cuci sendiri. Jadinya, saya dah mula bagitahu cikgu dia di nursery yg Rizqin dah tak perlu pakai pampers. Dia dah tahu ke bilik air cuma utk buang air besar dia perlu pakai pampers. Tiap kali dia nak buang air besar, dia akan minta utk dipakaikan pampers. Saya tiada pilihan. Dah ajar byk kali, duduk kat toilet bowl, "yayak"nya tak keluar. Sudahnya dia keluar toilet dgn hampa hehehehe..pastu mintak pampers.

Saya belikan dia spender sbb dia kata kawan dia nama Mia kat nursery ada spender Frozen. Mia dah tak pakai pampers dia cakap, Mia dah sekolah. So bg menaikkan lg semangat dia utk tak nak pakai pampers. Saya selalulah sebut nama Mia ni. Saya belikan dia spender ultraman. Saya cakap kat dia...rizqin dah nak pergi school tahun depan mcm Mia, dah tak boleh pakai pampers kena pakai spender  dgn seluar aje. Dia angguklah sambil cakap..."Rizqin nak gi schoolkan mama mcm Mia".
Setiap pagi sy dah tak pakai kan dia pampers tiap kali ke nursery. Tapi malangnya sehingga ke hari ni, tiap kali dia balik dr nursery...dia mesti dipakaikan pampers oleh cikgunya. Saya bersangka baik, kemungkinan cikgunya tak boleh nak bg perhatian sangat kat dia sbb ramai sgt budak2 kat nursery tu ditambah dgn 3 org baby. Pengasuh pun tak cukup. So saya redha ajelah.

Sekrg dah masuk 3 tahun 7 bulan, progress utk buang air kecil makin bagus. kalau tidur siang kat rumah, dia tak kencing pun atas tilam. Waktu mlm, ada masalah sikit, pernah sy terlupa nak pakai pampers waktu malam, esok pagi tengok2 habis tilam basah. Buat ms ni, tidur malam dia masih pakai pampers , saya pun tak sampai hati nak kejutkan dia mlm2 utk ke bilik air. 2 hari lepas, dia nak 'yayak" sgt..saya saja lengah2kan masa supaya dia betul2 terasa nak berak, saya suruh dia buang dlm bilik air, dia berlari2 ke bilik air nak memanjat toilet bowl tu tapi x boleh. Buat pertama kalinya dalam sejarah dia dah boleh membuang dlm toilet bowl...sy terus puji & tepuk tangan..."wah Rizqin dah pandai yayak dlm toilet....lepas ni boleh yayak lg kat sini ye..tak yah guna pampers dah..dah besar, dah boleh pergi school mcm mia..." kembang kempis hidung dia bangga...dan2 tu nak bg
tahu kejayaannya kat papa..hehehe...nak bgtau Mia...rizqin rizqin berak pun nak citer seantero dunia huhuhu...

Tulah serba sedikit cara sy potty train. Saya tak ada cara khusus...semuanya berjalan dgn mudah & sy tak rasa penat pun melatih dia, tak yah setgh jam sekali nak ke bilik air...Alhamdulilah di permudahkan...senang sgt nak jaga rizqin ni...cabaran sy seterusnya utk melatih dia tak guna pampers ketika tidur malam...sy masih belum bersedia lg ...saya rasa ini yg sgt2 susah & mencabar..tengoklah nnt mcmana....harap semuanya mudah...





Kenduri Kahwin @ Dewan SUK Shah Alam

Monday, March 16, 2015

Ahad lepas kenduri kahwin sepupu husband.

Yang menarik kenduri kali ni, decoration yg sangat2 menarik di luar dewan.
Ada tempat ber selfie. Memang dah jadi trend sekrg ni dimana2 kahwin ada je disediakan tempat utk berselfie.
Selalunya saya memang tak berkenan langsung utk berselfie. Berbeza kali ini...kerana konsepnya mengimbau kenangan tahun2 1980 dulu...





Bukan sahaja Rizqin teruja..omaknya turut teruja...


Disini disediakan motosikal dan brg2 lama di zaman 1980an dulu. Ada terompah...anak saya memang tak kenallah terompoh secara real..biasa tengok dlm citer upin ipin aje...kat sini dia nampak depan mata sendiri. Ada tv...dulu2 memang warna merah. Tv ayah sy dulu warna merah...betul2 buat sy terkenang zaman2 kanak2 dulu. Ada lampu pelita warna biru tu...dulu itulah lampu yg kami guna utk menerangi rumah & untuk ayah sy bawa ke lauk bg menangkap ikan..sungguh nostalgia,
Termos warna merah & mangkuk tingkat warna silver..x nampak dlm gambar ni....rasa betul2 teruja bila tengok deco utk berselfie ni..first time berselfie ok...

Terlupa nak ambil tempat utk gula2 kanak2...deconya pun menarik..konon2 di kedai runcit...sardin disusun cantik dibawah meja gula2, air minuman dlm botol, ada telur & kentang..kemudia diatas meja disusun balang2 gula2..sebijik mcm zaman dulu2..




Muka Rizqin blur sbb dia memang x reti duduk diam walau seminit. Tengok lah aksi dia..suruh pandang kamera..mcm2 aksi dibuatnya.





Teruja Rizqin naik motor ni...macam dah pandai bawa moto aksinya...



Kereta ni ada di lobi dewan, Rizqin nampak kereta ni terus meronta2 nak naik. Tak pasti ini kereta pengantin ataupun kereta tetamu...Rizqin tunjuk dia nak naik kereta ni. Mama dia pun bawa, & tengoklah aksi dia...mcm real aje. Berangan2 konon2 dia yg drive. hehehe...

Apa2 pun selamat penganti baru utk pengantin. Semoga kekal hingga ke jannah.

Azam untuk Rizqin tahun hadapan...

Sunday, December 28, 2014


Salam semua...

Tinggal 2 hari lagi nak masuk tahun baru...apa azam tahun baru kawan2 semua?

Sekejap aje masa berlalu dah nak berakhir tahun 2014...pelbagai musibah negara berlaku tahun ini...dengan tragedi kapal terbang MAS, sekarang musibah banjir di pantai timur. Moga peristiwa yang Allah tunjukkan ini menjadikan kita makin dekat kepadanya.
Moga Allah melindungi semua mangsa2 banjir & kita muhasabah semua kesilapan diri kita.
Dunia makin tua, usia kita pun makin bertambah...cukupkah persediaan kita disana nanti.

Selamat datang tahun 2015, moga tahun depan ni menjadi tahun yang terbaik buat kita semua, kita semua dimurahkan rezeki & bahagia didunia & akhirat.

Ini persediaan mama Rizqin untuk Rizqin bagi tahun 2015.
Beli buku "Bacalah anakku" dari mphonline dapat diskaun 20% untuk new member.
Harga jatuh kepada RM31.92...banyak jimat tu...Ada beberapa siri buku didalam pakej ni yer..
Actually, ni baru first time beli buku online dari mph...cepat juga delivery nya.



Mudahnya menjemput rezeki tu pun beli online dari mph...dapat 20% diskaun...dapatlah RM14.40 dari RM18...dapat free postage lagi yer...

So azam tahun 2015 ni untuk Rizqin, first ,nak ajar Rizqin membaca.Since dia dah kenal huruf...mudah sikit untuk ajar dia membaca. Beli buku ni dapat VCD sekali..panduan mengajar. Kalau tak ada panduan macamana nak ajar kan..Dulu2 mama belajar mengeja..A ..aa YAM yam..AYAM ..
Budak2 sekarang terus membaca...nak tak nak mama nya terpaksa lah belajar balik ...supaya mudah ajar anak nanti.
Harap azam mama Rizqin ni menjadi..takut jugak hangat2 tahi ayam.
Buku kemana ...anak terbiar hehehe...

Azam ke2, nak hantar Rizqin mengaji...Azam ni dah tertulis dalam  "101 Matlamat hidup mama Rizqin"..so kena teruskan matlamat ni...

Sudah tanya ustaz kat surau bawah rumah...alhamdulilah yuran ngaji tak mahal pun..sebulan RM30...seminggu 4 kali mengaji...nasib diterima budak umur 3 tahun untuk mengaji..ada yg lagi kecil dari dia pun...harap dia tak bg seribu alasan untuk tak ngaji sbb baju "Allahu akbar" dah beli.

Semalam papa Rizqin dah beli Jubah untuk Rizqin mengaji. Mama Rizqin tak pergi. Sekali tengok jubah mengaji dia dah macam baju nak buat raya pulak. Cantik & kemas jahitannya...Boleh tahan juga harganya. Nak hantar anak ngaji je...inilah bajunya..rizqin tak pergi sama, so main agak2 je sizenya...tangan panjang, terlebuh labuh pulak bawah tu...leher pulak ada kolar...mcm tak selesa aje anak ku...nak komplen nnt papa nya kecil hati. So diam ajelah hehehehe...
Kalau mama, mama beli jubah kolar bulat ..org johor panggil teluk belanga...tu aje...selesa pun selesa...orang perempuan memang cerewet..banyak fikir...betul tak...



Insya Allah minggu hadapan Rizqin dah boleh mengaji. Ngaji start pukul 8 malam.


Tiada alasan untuk main game yer Rizqin.....dah banyak tahun bg peluang main game....tahun depan tahun untuk belajar pulak.

Apa azam kawan2 pulak?



Dailog Rizqin

Monday, December 22, 2014

Salam semua...

Kali ni nak update dailog2 Rizqin ...sejak pandai bercakap & pandai buat ayat ni..macam2 ayat keluar dari mulut dia...untuk kenangan dia bila dia baca balik blog ni nanti..
Masa ni, umur Rizqin 3 tahun 2 bulan...

Dailog 1 :
Masa lalu depan surau dekat rumah

Papa : Rizqin nak mengaji dekat sini tak?
Rizqin : Tak nak lah..Rizqin takut ada momok.
Papa : Papa kan ada ..papa tunggulah rizqin.
Rizqin : Rizqin tak nak Allahu Akbar kat sini...
Papa : Kenapa tak nak?
Rizqin : Rizqin tak de baju Allahu Akbar.
Papa : Kat rumah  kan ada baju melayu
Rizqin : Tu bukan baju Allahuakbar..tu baju raya raya...
Papa : Baju raya raya pun boleh buat Allahu akbar..
Rizqin : bukan, rizqin tak nak tu baju raya raya..
Papa : ok ok..nanti papa belikan baju Allahu akbar yer...
Rizqin : emmm...

Puas dok fikir baju allahuakbar tu macammana ...rupanya jubah.cuma kami query jugak mana dia tahu kalau gi surau kena pakai jubah..sbb papanya pakai baju melayu...ingat punya ingat...rupanya kecik2 dulu masa umur dia setahun lebih saya ada belikan vcd solat & vcd ngaji...dalam vcd tu semua kanak2 pakai jubah...so dia dah set dlm kepalanya..gi surau mesti pakai jubah.

**Insya Allah Jan 2015 akan hantar Rizqin mengaji..25hb Dec ni misi mencari jubah dia...

Dailog 2 :
Masa nak pergi Nursery

Rizqin : Mama jom pergi beli ubat
Mama : Ubat? nak buat apa ubat
Rizqin : Rizqin batuk
Mama : Mana ada Rizqin batuk, mama tak dengar pun rizqin batuk. Cakap betul2 nak buat apa beli ubat ( dalah hati dah tahu dah taktik dia)
Rizqin : ala rizqin nak beli mainan (sebelah klinik ada kedai runcit jual mainan)
Mama : ooooo...kedai x bukak lagi...lagi pun rizqin dah byk mainan...
Rizqin : (diam)...Terus Mood jadi monyok ...

** Tak sangka pulak dia pandai corner2..kononnya klu corner2 tu berjayalah misi nya...tak sedar tu mama dia lebih cekap dr dia hehehe..

Dailog 3 :
Masa bungkus makanan kat kedai makan...

Rizqin : Papa, papa ada duit tak?
Papa : kenapa ? Ada..
Rizqin : Rizqin nak beli buger (burger)
Papa : oh ok...

** Sekrg ni kalau nak beli apa2 dia tanya dulu...ada duit ke tidak hehehe.

Kalau teringat lagi dailog2 lain..nnt mama update lagi...