Idea..utk Pot Luck kat Office.

Thursday, October 30, 2014


Assalamualaikum...

Mama Rizqin terbangun lambat hari ni...hampir2 terlupa hari ini ada makan2 kat opis. Sedar2 dah pukul 6:30pagi...kelam kabut sebab baru teringat hari ni ada bacaan yassin & pot luck utk lunch hari ni. Tak ada idea nak bawa apa hari ini...

Buka peti sejuk tengok ada cendawan...so dapat idea utk buat cendawan goreng magik.


Ni cendawan organik.sangat sesuai utk buat cendawan goreng sbb dia keras sedikit. So nak carik2  kena guna pisau berbanding cendawan satu lagi tu yg jenis nipis & lembik. Cendawan organik biasa ada di tesco. 

Amik masa sekejap aje utk menyediakan menu express ini. dalam 15-20 minit aje. 

Bahan2nya :
Tepung Magik
2 bijiTelur
Minyak

Caranya :
Carik2 cendawan tu, Basuh & toskan sekejap.
Pukul telur
Tuang tepung magik dalam mangkuk
Amik cendawan , celup dalam telur dan golek2 dalam tepung terus goreng dlm minyak yang telah panas. Balik2 cendawan tadi. Siap. 

Senang kan?...tak perlu nak campur apa2..garam tak perlu letak.




Tepung Magik Pelbagai Guna..


Cendawan Goreng Magik siap.


                    Inilah menu port luck mama Rizqin utk hari ini...Sedap & jimat masa.


Rasanya macam makan ayam KFC...sangat sedap.

kalau nak order Tepung magik boleh dapatkan di 



Rak buku Giant bertukar jadi tempat mainan Rizqin..

Tuesday, October 28, 2014

Salam semua...

Ingat lagi pasai entry rak buku Giant? Cuba klik link bawah ni?

http://rizqinhazim.blogspot.com/2014/10/rak-buku-giant-dah-jadi-milik.html

Minggu lepas baru ada masa nak pasang rak buku ni...

Memandangkan mainan Rizqin bersepah sana sini...sy dah tak ingat kali keberapa kerja2 dah kerja2 mengemas mainan dia ni...ini adalah yang terkini cara saya menyusun mainan dia...

Mainan dia sangat2 banyak, seminggu paling2 2 kali beli mainan...tapi yang paling banyak ultraman, ironman dan mcm2 lagi character Man Man yang dia ada...tiap kali balik dr nursery mintak beli mainan...5 hari pergi nursery, 3 hari melalak dalam kereta nak mainan..sebabnya nak balik rumah kena lalu kedai yang ada jual mainan.ni ........tapi biasanya sy tak beli kecuali terpaksa...terpaksa ni maksudnya terpaksa pergi kedai ni sbb dia demam...sebelah kedai ni ada klinik..sebelum jumpa doktor kena pow kaw2 dulu..baru dia nak masuk klinik...lepas keluar klinik kena pow lagi..sebab ada 7 eleven..dekat 7 eleven ada jugak mainan & buku2 upin ipin,kena lagi pow...kalau dia tak demam memang sy tak akan singgah..biar dia menangis dlm kereta...mainan kat sini biasanya harga boleh cecah belas2 ringgit. Alternatifnya...weekend terpaksalah kami ke kedai RM2 di Klang utk beli mainan dia...Biasanya kedai RM2 ni dia selalu update mainan yg latest...so tiap kali bawa Rizqin ada aje mainan baru2 tak pun, atuknya yang belikan...jadinya inilah penyebab kenapa mainan dia banyak kat umah...RM10 dah dapat 5 mainan...jimat tak? saya tak beli yang mahal2 sbbnya sekejap aje mainan tu rosak...

Satu perangai dia suka sepah2 mainan nya atas lantai sebelah tilam...kadang bangun pagi2 subuh terpijak mainan dia. Mana taknya time dia nak tido mesti bawa ultraman dia tido sekali, bukan 1 tapi 15..kalau tak ada atas tilam jawabnya tak boleh tido. Tak tahulah ikut perangai siapa...rasa-rasanya mama dia tak mcm tu hehehe...ikut papa dia kot hehehe....

Dia sebabkan mainan yang bersepah2 & habit yang suka bawa mainan tido sama...mama pun terfikir utk jadikan rak buku ni tempat mainan dia....letak bersebelahan tilam..

Kerja2 pemasangan di lakukan oleh papa Rizqin sabtu lepas..Rizqin pun sama2 nak tolong....


Bersungguh2 dia pasang screw...


tengok tu siap ada screw driver sendiri  ...


Dah siap .. duduk atas rak lagi...test kukuh ke tidak



Then dia susun sendiri semua mainan dia....siap baringkan lagi ironman dia  tu...


Pic bawah ni mama yang susun....letak dalam bilik tepi tilam...so lepas ni tak ada isu lagi terpijak mainan time bangun tido pagi2 buta...


Tercapai jugak hajat nak ada tempat mainan mcm mama2 blogger lain..mama2 blogger lain biasa beli rak ikea...mama Rizqin cukuplah rak Giant harga RM25...warna biru lagi...janji jadi jugak mcm mama2 blogger lain buat....Cost rendah...Rak ikea tu mahal sangat...bukan tak mampu tapi prefer yg murah & berbaloi...


So ada 4 ruang kan..., saya letak ikut kategori...bakul 1, letak ultraman and the geng, bakul 2, letak kategori transport (kapalterbang,kereta,motor dll),bakul ke 3, kategori pistol & senapang dan yang ke 4..lain2 kategori....(ball, pedang2 dan lain2)...

Setakat 5 hari ni..keadaan masih ok lagi....semua mainan disusun dgn baik...Janji nampak kemas & cantik...berjaya jugak misi mama Rizqin nak siapkan tempat mainan Rizqin...hajat nak buat mcm ni sejak rizqin kecil lagi tapi hanya terlaksana lepas umurnya 3 tahun 2 bulan...kira ok lagilah kan...

Semalam mama Rizqin ke Giant...harga Rak ni dah naik jadi RM49.99 ..menyesal tak beli 2...huhuhuhu.......

Lepas ni tak tahu pulak kot2 idea lain datang utk susun mainan dia....




Rak Buku Giant dah jadi milik.

Friday, October 17, 2014

Salam...

Akhirnya rak buku giant menjadi milik mama Rizqin sebentar tadi...Gigih ke Giant semata2 nak beli rak ni...pejam mata aje beli...takut menyesal...
Giant ni biasa-biasanya bila dia dah offer murah tu memang payah dah lepas tu nak dapat harga offer. Lepas ni mesti mencanak2 naik harganya....
Sebabnya mana2 barang yg mama Rizqin pernah beli..sekarang ni semuanya tak turun2 harganya semuanya makin naik...beza bukan sikit2 ...paling2 RM20...bayangkan banyak mahal...
So bila terasa murah & berbaloi2...rembat cepat2..jgn tangguh2...pejam aje mata macam mama Rizqin buat...

Mama Rizqin punya favourite tentulah warna biru....


Ada 5 warna...
pink,biru,hijau,coklat cair, coklat pekat.


Lepas tu berkenan pulak dengan yg bawah ni....warna biru ni sesuai sgt letak dapat dapur mama Rizqin TAPIII....harganya awatlah mahal sangat....so tunggu harga offer dululah....baru beli...ataupun cat sendiri sebiji warna mcm ni....


Tak tahu lagi apa nak dibuat dengan rak ni....beli aje dulu....nafsu nafsu...

Korang cepat2 ke Giant......rugi tak beli hehehe...


Rak Buku Offer kat Giant

Thursday, October 16, 2014



Salam...

Ada sesiapa tengah cari rak buku....mcm bawah ni...Giant tengah offer minggu ni hanya RM25...
ada mcm2 warna, biru, pink,hijau...kualiti kayu pun baik...berat..separuh harga ni...dulu saya beli rak yg mcm ni dalam RM40...itu pun warna coklat...



Sumber : FB Nanii Ain


Cepat2 grab sesiapa yang teringin tu.....

Mama Rizqin tgh fikir ni...nak beli ke tak nak beli ke tak? Kalau tak beli rugi...sbb warnanya cantik2....

kalau beli nak letak kat mana yer....mesti papa Rizqin marah ni asyik beli rak aje....
Kalau letak toys Rizqin pun ok gak ni...
Aduhai tergoda....

Tolong2 nak beli ke tak nak ni.....

DIY- Cabinet Mat


Salam semua...

Ingat lagi entry di bawah ni pasai Cabinet Mat yang mama Rizqin beli?


Ni tempat letak barang2 kering mama rizqin...maklumlah tak ada kitchen kabinet mcm korang
semua..hehehe..so inilah yang termampu.


Ini adalah rak buku beli kat Giant, nampak gelap so mama Rizqin tukarkan kan jadi bg berseri sikit.


Kalau rak ni di cat putih...cantik ni...tak delah gelap dibahagian belakang....



Ini rak utk letak tupperware & Tipuware....




Ini rak utk letak kicap,sos,minyak,telur...


2 gulung mat ni cukup utk 3 buah rak...1 rak besar, 2 rak buku kecil tu...kos hanya 2.80 * 2=RM5.60...hanya di DIY....nampak kemas sikitlah kan....dapur pun dah tak gelap lagi...

Sekarang Giant tengah promosikan rak mcm ni tapi ada pelbagai warna...hanya RM25..rugilah klu tak beli....esok mama rizqin nak serbu giant...nak cari warna biru.....cepat2....

10-10-2010 hingga 10-10-2014 is Our Anniversary

Thursday, October 9, 2014

Salam & selamat sejahtera..

10-10-2010 hingga 10-10-2014

Today  is Our Anniversary.
Alhamdulilah.

Terima Kasih Allah kerana mengizinkan kami bersama...Terima Kasih Allah kerana mengurniakan kami cahaya mata penyeri rumahtangga kami.

Rizqin Hazim kurniaan terindah dalam perkahwinan ini.


Alhamdulilah, berjaya mengharungi selama 4 tahun...tinggal 1 tahun lagi utk melepasi fasa pertama,,,
Ujian,gaduh,tawa,tangis, senyum manis, senyum kelat, itu tak cukup ini tak cukup, kereta asyik rosak sepanjang 4 tahun ni, .....semua ni asam garam dalam hidup berumahtangga....

Kuncinya hanyalah sabar...kalau awal2 tahun perkahwinan asyik nak menjawab je bila gaduh...masa tahun ke 4 dah boleh cool dah boleh buat2 bodoh & buat2tak dengar je kata2 suami bila bergaduh ..masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kalau mula2 dulu makan hati asyik nak mendidih aje...sekrg dah rileks2 aje...

Rezeki pun sedikit2 mula terbuka luas...jalan sudah terbuka hanya utk melangkah sahaja...bisness mula berkembang...network sedikit2 bertambah...inilah hikmah sabar dalam perkahwinan...Allah sentiasa membuka jalan dalam kehidupan hambanya....

Sabar itu tidak cukup diucap di bibir...sabar itu bila diharungi, di atasi barulah nampak manisnya hikmah sabar itu...Sabar inilah yang membuatkan sesuatu perkahwinan itu bertahan. belajarlah bersabar...dulu tak faham bila org kata sabar. Tapi bila kita belajar sendiri, kita lalui setiap dugaan barulah kita faham makna besarnya SABAR yang Allah bekalkan untuk kita.

Moga Allah, terus melimpah rezeki, menguatkan perkahwinan kami hingga ke Jannah.
Aamiin....




Harga Minyak Ron95 Naik lagi ....

Wednesday, October 1, 2014


Salam semua...

Ramai yang terkejut dan melahirkan rasa marah dengan kenaikkan harga minyak RM 0.20 semalam. Harga terbaru RON 95 hari ini ialah RM2.30 seliter berbanding RM 2.10 seliter.

Saya yakin korang pun 'naik angin' bila mengetahui pengumuman kerajaan yang mengurangkan subsidi bahan api. Kos sara hidup pada masa sekarang pun sudah tidak tertahan lagi, kini ditambah lagi beban kenaikkan petrol.

Dan pastinya, kenaikkan ini sekaligus akan mendorong kenaikkan semua harga barang keperluan yang lain. Suka atau tidak suka, nak atau tak nak, kita terpaksa hadapi realiti yang duit gaji kita sudah semakin kecil nilainya.. Setuju?

Bagaimana korang boleh berdepan dengan kerumitan ini?

Anda ada 2 pilihan saja:
1. Jimatkan perberlanjaan
2. Tingkatkan pendapatan.

Masalahnya, apa lagi yang nak dijimatkan kalau gaji yang ada pun sudah tidak cukup? Banyak perbelanjaan yang sudah kita potong semata-mata nak berjimat. Sampai tidak ada apa lagi yang boleh dijimatkan. Ikat perut lagi adalah..


Mahu tak mahu, kita kena tingkatkan pendapatan. Kita terpaksa mencari satu jenis bisnes yang boleh memberikan kita duit. Itu saja caranya untuk memastikan kelangsungan hidup kita. Tetapi masalahnya pula, bagaimana nak berniaga dengan kos paling minimum, mudah dah kurang risiko?


Bisnes yang terbaik boleh saya sarankan ialah buat bisnes Tone Excel!
Bila saya memperkatakan tentang Tone Excel, bisnes yang untungnya sekupang dua ni, ramai yang gelak-gelak dengan ketawa sinis. Ramai juga yang memperlekeh-lekah sambil berkata...

"Alah, apa la sangat dengan tone excel ni, bisnes sen-sen je bila nak untung?"
"Tak minat lah bisnes untung ciput, buat lekeh je.. Tak payahlah."

Tetapi, tahukah anda?

Kalau anda topup RM 10, saya akan dapat RM2.60..
Kalau anda topup RM 50, saya akan dapat RM13..
Kalau anda topup RM 100, saya akan dapat RM26..
Itu baru sorang. Kalau ada 100 orang yang topup RM100 sebulan, saya dah dapat RM 2,600..

Harus diingat komisen yang saya dapat ini bukan ditolak dr nilai top up anda, tetapi company TONE EXCEL yang membayar terus ke dalam akaun saya 3 kali sebulan iaitu 1hb,11hb & 31hb. 

Saya sudah masuk 9 bulan dalam bisnes ini...sejak Februari 2014 saya sudah tidak perlu lagi keluarkan duit gaji untuk beli top up kerana komisen saya yang membayar untuk saya. Setiap bulan saya hanya perlu keluarkan RM60 utk dapatkan pakej internet 1G,call & sms. Income yg saya dapat lebih dari RM60 yang saya keluarkan utk top up. Duit tu boleh bayar insurans dan tampung perbelanjaan yang lain.

Itu kalau saya, sekarang persoalannya ialah tentang anda.
Bagaimana pula anda? Dah buat ke belum..?

Kalau anda nak tahu...
Bisnes untung sen-sen ni jugalah yang membuatkan Mazelan Abas incomenya hampir mencecah 7 angka sebulan. Kak Jah incomenya 6 angka sebulan. Yazid Daud incomenya 6 angka, Zamri Nanyan incomenya 5 angka, ribuan orang yang lain 4 angka, dan berpuluh ribu ahli Tone Excel yang lain 3 angka..

Jom sertai saya, dan saya akan pimpin tangan anda, bimbing anda untuk buat duit dengan bisnes ni.
Kalau anda rasa marah dengan kenaikan harga minyak 2 kupang tu, anda WAJIB buat bisnes Tone Excel ni.

Korang boleh klik link dibawah utk bagi korang lebih faham tentang bisnes ini.

Hubungi Mama Rizqin untuk pertanyaan lebih lanjut bagaimana dengan handphone anda boleh buat duit.

*** Bisnes ini adalah bisnes yang sangat mudah untuk buat duit.