Mengatasi masalah kuat marah pada anak

Monday, October 29, 2012

  • Assalamualaikum;

    Mengatasi masalah kuat marah pada anak.
    Kepada ibubapa, yg baru jadi ibubapa, akan menjadi ibubapa, baru
    berfikir2 nak jadi ibubapa, dah kawen, belum kawen, fikirkan dan belajarlah dari kesilapan.
     
    Anak kita adalah cermin diri kita........kalau kita kuat mencarut depan
    anak2 walaupun dia tak paham apa yg kita cakapkan, esok2 anak kita akan mencarut di depan kita. Bak kata pepatah Bapak/Ibu borek, Anak rintek.
     
    Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut....renung renungkanlah.


    Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool) memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati 'tidak dengar kata'. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling diterokai.


    Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibubapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang,memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya puan.


    Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk puan berusaha mengatasi masalah ini.
     
    1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibubapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya.Berapa kalikah dalam seharikita bertentang mata dengan  anak.
     
    Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
     
    2. Sebaik sahaja puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari
    nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb.. Berikan perhatian pertama puan kepada anak.

    Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, mama sangat sayangkannya.

    Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
     
    3. Ajarkan anak dengan perkataan "tunggu sebentar boleh" sekiranya anak perlukan sesuatu dan puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan puan sekiranya puan pula yang memanggilnya.
     
    The right way to make her listen to you is by listening to her first.Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
     
    4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah
    dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personaliti Sanguine.
     
    Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini
    menjerit,berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya,
    bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.

    Walau bagaimanapun, puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh menganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit disitu berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan.

    Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya,mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

    5. Sentiasa ingatkan diri puan dengan sifat positif anak. Keletah dan
    karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian puan terhadap
    kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan puan mengubah sifat negatifnya.

    Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang puan inginkan
    setiap kali puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan puan kepadanya. Misalnya 'mama sayang kakak, mama mahu kakak tidak menjerit lagi'. Sebutkan perkara spesifik yang puan mahukan. Jangan hanya menyebut 'mama harap kakak berubah' atau menyebut dengan nada negatif seperti 'mama tak suka kakak menjerit'. 


    Teknik ini dipanggil imagery atau visualisation dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari
    gangguan syaitan.

    Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan Dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak.

    Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan puan cuba dapatkan buku bertajuk "Personality Plus for Parents" oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.

    Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada
    puan/tuan.

    Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak Berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua'lam

    Wassalam


    Sumber : facebook

Jalan-jalan weekend yang paling best

Salam semua....

Semalam ( Ahad), Rizqin sangat2 happy sebab satu hari tidak tido & satu hari gi jalan2 kat banyak tempat. Macam ni barulah happy papa. Tak tido 1 hari pun Rizqin sanggup.

Kuar rumah 12:30 tghari, dah ready nak masuk lift. Pusing2 dulu depan lift.


Papa bawa Rizqin pergi Alam Sentral. Nak cari galaxy note yg murah2. Papa sibuk survey, Rizqin sibuk jalan2. Macam orang dah besar. 



Lepas tu, turun makan dekat KFC bawah tu and tengok Lisa surihani & Tomok buat promotion filem istanbulAkuDatang. Kami tengok dari dlm KFC je sambil makan2. Rizqin jangan cakap ler..tak reti duduk diam, nasib baik orang dlm KFC sibuk makan & sibuk tengok artis kat pentas. Tak de lah mama malu sangat.






Lepas tu papa bawa gi Taman Tasik Shah Alam. Rizqin lunch dekat sini sambil main pasir & cabut pokok renek2.





Tak abis makan lagi, papa dah bawa pergi main..papa tak perlu dukung lagi...




Tengah nak panjat , tiba2 hujan turun. Terus lari ke kereta. Pergi rumah Attar.


Papa bawa kami ke Giant Klang. Awal2 Rizqin ajak masuk kedai accesories. 



Mama Rizqin nak beg yang nie.... (kecik2 lagi dah pandai memilih)




kakak tiha tunjuk beg mickey mouse tu...tapi dia nak beg pooh kat atas tu....papa time ni dah nak masuk supermarket, kakak Tiha jerit panggil papa sebab Rizqin nak beli beg.


 
Lega . Beg dah dapat. Barulah boleh shopping.


Jom shopping mama


Pooh tu kosong papa, tak syoklah rasa ringan sangat..mcm tak bawa beg. Tolong penuhkan papa yer..


Misi mencari barang yang boleh letak dalam beg. Misi selesai. Dapat truck comei & buah kiwi for me.


Kena denda, sebab tak reti duduk diam...kesian..Anak siapalah ni



Budak bulat kena masuk dlm troly, barulah mama dapat makan dengan tenang. kalau tak macam ulat tak reti duduk diam.


Tamat sudah jalan2 Rizqin weekend baru ni...Happy sangat dapat menghabiskan duit papa. Minggu ni dapat 100 dictionary book,beg pooh & truck comei...sayang duit papa banyak2....!!!

















Teman ke Giant

Salam...

Hai semua...


Time ni mama ajak pergi Giant, shopping lauk utk masak raya haji
 aritu

Happy sangat dapat bergaya & mama bawa jalan..





Malulah mama...

p/s : tak perasan pulak baju dgn seat dah sama kaler...aiyaaa..





Bila Rizqin dapat kaki

Sunday, October 21, 2012

Salam semua...

Hari ni papa bawa Rizqin shopping dekat GM Klang. Cari baju & seluar Rizqin. Rizqin sangat happy sebab first time dapat praktis berjalan dekat luar. Selalu jalan dalam rumah saja. Hari ni Rizqin guna peluang yang ada sepenuhnya.

Seronok sangat sebab kawasan luas, lepas tu dapat tengok ramai orang. Jumpa kipas syiling besar. Yang penting dapat belon upin ipin. Rizqin jalan, kemudian jatuh. Bangun balik & jalan lagi. Horayyyy...


Muka saya dan Ipin ada different ka?


ya ya ya...Happy sangat dapat main belon...


eiiiiii....ma ma ma..eiiiii..ma ma.. ( bahasa yang saya tahu setakat ni hehehe)

test 1 2 3...go...



Go go Rizqin go...ateh ateh ateh...


yah...dapat hug mama....


Jalan lagi...


tiredlah mama...Rizqin nak rest kejap..sambil makan homemade biscuit


Continue jalan..kali ni kat luar bangunan pulak...


suka suka sangat

Tengok orang baru datang shopping


Jatuh lah pulak...


Jalan lagi...show my skill dekat kakak Zurren & kak zurika ..tapi diorg tu sibuk nak makan hot & roll aje...apa daaa...bukan nak tengok...


Happy nya weekend Rizqin kali ni....

Sekian..my show...


Kawan baik peti ais

Thursday, October 18, 2012

Salam..

Rizqin dah jadi kawan baik peti ais. Dah 2 hari asyik nak ke dapur main peti ais.

Mula2 dia tarik peti ais tu, gegar2 baru terbuka. Terbuka setelah cubaan kali ke 6. Mama tutup semula. Dia tak puas hati. Guna akal lain pulak, letak tangan kiri kat dinding, tangan kanan tarik pintu peti ais tu. Sekali cuba, terus berjaya. walah happy sangat. Terus jadi kawan baik. kedapur je serang peti ais..dah x pandang tong beras, kabinet dapur dan rak makanan segala. Situ aje ditujunya sekarang.


Cubaan memakan carrot


Carrot tu rasa semacam kot, tu yg dibuang nya.


Bila tak dapat jumpa kawan baik dia..ginilah jadinya..pening mak nak...




Sekarang lagi parah, langsung tak dapat nak masak. Asyik kerja nak buka peti ais.Habis semua barang dipunggah keluar. Mama kecut perut takut botol2 dalam tu kena humban ke lantai.




Nasi bubur Goreng

Salam...

Petang semalam dah bosan asyik masak bubur aje...so mama masakkan nasi goreng lembik untuk Rizqin.


gambar tak clear..yang clear budak ni makan tak hingat...





Resepinya :-

Tumis bawang merah,bawang putih & ikan bilis yg dah ditumbuk dengan minyak jagung/olive oil. Masukkan isi ayam yang diracik kecil2. Masukkan sayur sawi/kangkung yg dipotong halus2. (masuk dulu sbb nak bg cepat masak). Masukkan nasi lembik. Kacau bagi sebati. Siap untuk dihidang.



Resepi : spaghetti Aglio Olio & Siakap stim

Tuesday, October 16, 2012

Salam...

Menu hari minggu Rizqin, breakfast spaghetti Aglio Olio dan lunch & dinner Siakap stim.Sekarang ni susah betul nak dapat suapkan ke mulut dia. Dia nak makan sendiri tak mahu orang suapkan. Bila makan sendiri abislah lantai2 berterabur. Lepas tu papa membebel rumah melekit.  


Spaghetti aglio olio


Siakap stim.




Mama nak tak?


Mama dah tak larat nak bersihkan lantai..layan jelah Rizqin..lantak situ.


Main je lebih ni..makan sikit je


Sambung pulak makan atas japanese table. Table ni tengah ada offer dekat Tesco, macam2 gambo ada..rasa nak beli banyak2. 1 tu RM8.90 je. Cepat beli sebelum naik harga. Papa tolong beli 1 lagi boleh?



Ingatkan dah besar, makin kurang kerja mama, rupanya makin bertambah. Kena memberus baju yg kotor kena makanan, lap lantai lagi, mandikan dia lagi. Lap sofa sebab dia suka sangat berdiri kat sofa time makan. Kadang rasa diri dah macam orang gaji. Macamanalah mama nak berhias dalam rumah. Ginilah nasib seorang ibu...huhuhu..

Kalau rasa tak larat nak basuh baju tu, mama bagi makan mcmni hehehe..