Kerek bawa kereta

Thursday, September 27, 2012

Salam semua,

Sejak pandai naik kereta sendiri ni, sampai rumah aje tak lama lepas tu tengok2 dah ada dalam kereta. Semua benda  nak buat dalam kereta. Makan & minum semua dalam kereta.













Masa ni tengah azan kat TV. Dia pun sama2 Allahu Akbar jugak.


Muka happy sebab dah tak takut bawa kereta. Papa tekan remote kereta dia dengan actionnya bawa kereta. Muka action giler. Maca dia yang bawa kereta. Dulu nak naik kereta pun menjerit2.


Malam tadi naik kereta siap berdiri. Kerek je muka. hehehe....dah lah tak pakai seat belt. Tengok muka Rizqin tu...

video


Hasil keras tangan Rizqin

Salam semua

Mama rasa nak menjerit aje bila tengok gambar2 di bawah ni. Entah masa bila dia buat kerja ini semua.

Cuba teka apa yang di buat...










Jawapannya : Sofa mama kena conteng. Tensionnya.

VCD Mengenal huruf Al-Quran

Salam semua...

Alhamdulilah, VCD Rizqin dah sampai. Mama tak sabar nak tunjuk dekat Rizqin. Biar dia pandai mengaji dan kenal huruf Hijaiyah secepat yang mungkin. Mama beli di sini

Mengikut kajian umur 0-3tahun adalah umur yg sgt ideal dan mudah untuk menangkap segala ilmu yang di ajar. So mama tak mau lepaskan peluang ini. Kalau boleh biarlah dia mengenal huruf Al-Quran terlebih dahulu supaya ilmu2 lain. Mengikut kajian apabila kita mengenal huruf al-Quran dahulu ilmu2 yang lain lagi mudah diserap kemudiannya.

Kebetulan hari tu, atok mak tanya Rizqin belajar apa sekarang ni. Mama jawab Rizqin tengah mengenal gambar2 binatang. Atok mak cakap, janganlah diajar kenal binatang dulu tapi ajarlah dia kenal dengan huruf Al-Quran.

Memang ada buku Alif Baa Taa dia tapi dia lebih suka tengok gambar2. Jadi mama rasa cara paling cepat dengan melalui VCD. Maka inilah VCD yang mama order kan untuk Rizqin. Moga Rizqin rajin belajar selepas ini.




Dalam VCD Siri 1 ni ada nasyid huruf2 hijaiyah, setiap gambar di terjemahkan dalam bahasa Arab, Melayu & Inggeris. Bagi mama VCD ini bagus untuk Rizqin. Tidak membosankan bagi kanak2 sebab ada gambar2 animasi yang menarik.


Pandai berjalan akhirnya

Wednesday, September 26, 2012

Salam semua.

Hari ni Rizqin genap umur Rizqin 1 tahun 1 bulan.  Masa dalam kereta ke nursery mama pesan kat Rizqin. Hari ini baby kena belajar berjalan ye kalau nak pergi playground dekat City Mall. Muka dia macam biasalah selamba aje macam tak dengar apa2 pun. Mata fokus ke depan tengok pemandangan kat luar.

Petang macam biasa ambil Rizqin kat Nursery. Balik rumah, bagi dia makan. Tiba2 dia lepas tangan dan berjalan menuju ke arah mama. Kali ini banyak step yang dia dapat. Selalunya 3 step aje terus merangkak. Kali ini bersungguh2 dia berjalan. Rasanya hampir 30 minit asyik praktis berjalan. Mama gelak, dia pun sama gelak. Lagi kita happy tengok dia berjalan, lagi dia gelak dan cuba nak berjalan.

video


video 

Dia siap boleh bangun sendiri tanpa pegang apa2. Terror betul. Nak tunggu genap 13 bulan baru nak berjalan. Pandai anak mama ni.

Rupa-rupanya cikgu dia cakap, dia dah praktis dekat Nursery lagi. Maknanya apa yang mama cakap masuk dalam minda dia. Nak sangat main kat playground lah tu. Nampaknya kena tunaikan jugak janji mama hari Sabtu ni.

Ada 2 pelajaran baru yang dia dapat hari ni, lepas penat praktis berjalan, dia praktis pulak naik kereta. Mama sibuk ke dapur, bila pandang dia semula tengok2 dah dalam kereta. Dah terror naik kereta dia sendiri. Sebelum ni nak naik kereta dia punyalah takut, balik2 tolak kereta aje yang dia pandai. lepas dah terror masuk dalam kereta dia, dia try pulak keluar dari kereta. Pass. Tak ada sangkut2. Hampir setangah jam jugaklah main kereta sampai tak mau tido. Keluar masuk kereta aje keja nyer. 



Aktiviti baru di hujung minggu

Tuesday, September 25, 2012

Salam semua...

Sudah setahun usia Rizqin. Aktivitinya setiap hujung minggu sungguh membosankan.
Bukan setakat Rizqin yang bosan, mama nyer yang tengok pun bosan. Mana tidaknya asyik2 duduk dirumah. Sudahlah rumahnya nak capai awan. Kesian kadang2 tengok dia.

Isnin hingga jumaat, asyik2 naik kereta singgah nursery. Petang, naik kereta balik rumah. Paling2 aktiviti dia tekan punat lift up & down. Tak pun tekan tingkat 7. Dia dah tau dah kalau naik lift mesti kena tekan no. 7. Dalam banyak2 no. 1-11 tu..7 jugak yang dipilih. Nampak sangat dia dah tau dia duduk kat tingkat 7. Macam pagi tadi, nak turun lift pun dia tekannya tingkat 7. Dia tak pandai lagi tekan G. Tak tau beza naik dan turun hahaha...tak pe tunggu dia besar sikit. taulah nanti. Silap2 nak G je sebab nak swimming. Masak mak nanti nak....

Hari sabtu pulak, aktiviti dia duduk dirumah. Main dalam bilik permainan dia atau tolak kerusi mama tak pun walker dia kedepan ke belakang. Sesekali curi2 masuk bilik mama, main iron board. Dulu2 mengemas kotak dokumen mama, sekarang kotak dah masuk bilik stor, dia main plug pulak. Tak pun,cuba2 nasib ketuk2 pintu bilik air kot2lah pintu terbuka dan boleh main air dengan happy nyer. ( sorry yer Rizqin, mama dah tutup bilik air siap2). Paling boring, dia kena main sorang2 sebab hari sabtu hari mamanya mengemas rumah. Kesian tengok dia terjerit2 dekat hall main sorang2. Kenapalah kerja rumah mama tu tak pernahnya siap2 yer Rizqin. Sian Rizqin asyik memerap je dalam rumah.Bukan mama tak mau bawa keluar rumah tapi mama dah abis tenaga mengemas rumah. Sudahnya terperuk dalam rumah sampai ke malam.

Kalau papa tak kerja, biasanya petang2 papa bawa pergi rumah Atar, beli barang kat Tesco, Giant. Tak pun pergi melawat orang sakit kat hospital. Paling2 ke rumah pakcik makcik yang ada kenduri kendara. Itu aktiviti2 keluarga yang mesti di pelajari dan diajar untuknya.

Tapi bila balik2 itu aje aktiviti yang dibuat. Bukan setakat dia aje yang bosan. Mama pun turut sama boring.

Ahad lepas pulak. Kerja Rizqin makan tido. Papa pun sama makan tido main FB. Mama yang tension tengok anak beranak ni. Tak de aktiviti lain ke. Petang tu jugak mama kerah papa bawa Rizqin jalan2 untuk perkembangan otak dia. Jangan asyik terperuk je dalam rumah. Sudah lah rumah tak de laman, tak boleh nak main kat luar.

So mama cadangkan pergi zoo...cadangan ditolak oleh papa pagi2 buta lagi. Mama dah fikir nak ajak gi Taman Bukit Jalil je. Tapi tak terkeluar pulak idea ni. Petang mama dah tak boleh tahan kesian kan Rizqin. Kerahkan papa bawa dia keluar jugak.
Pukul 6:30pm gerak dari rumah. Tapi jalan still menghala ke Klang. Mak bosan ok..macam kat selangor ni dah tak je jalan lain nak dituju. Tapi mak layan jelah. Dalam hati menjerit, tolonglah bukak minda tu papa menuju ke destinasi lain hahahaha...

Akhirnya papa bawa kami ke arah Meru. Yang jadi tourist guide seperti biasalah MAMA jugak. Misi mencari CITY MALL. Kami memang tak pernah pergi dan tak taupun kat mana CITY MALL ni. Papa gi tanya Mama orang Johor ni. Padahal dia tu orang Klang. Takkanlah tak tau kan. So mama buat2 pandai, main agak2 jelah hahahaha..nasib baik jumpa akhirnya.

Bila sampai kat sana tengok2 banyak kereta, siap ada event hot belon lagi. Tengok2 lagi ada playground. Apa lagi nilah peluang untuk merehatkan minda Rizqin. Seronok betul dia. macam keluar dari kepompong. Rizqin happy dan Mama pun tumpang happy sebab perut kenyang makan Subway. Banyaknya tempat makan best2 kat sini. Daiso pun ada..sukanya mak...Rasa nak datang lagi minggu depan. Besar betul city mall ni. Seronok sebab baru lagi kan..

So setelah penat keliling padang tengok hot balloon. Tengok lampu2 laten (sekarang kan tengah pesta tanglong kot). Terus bawak dia ke playground. Kepala dia meliar sekeliling playground tu sebab ada ramai kawan2. Dia ingat tu kawan2 Nursery dia lah tu. Seronok bukan kemain.


Ni permainan pertama yang dia naik. Jongkang jungkit hehehe...Mula2 main sorang je ngan papa. Tetiba ada budak cina datang nak naik sekali. mainlah dia berdua.


Permainan yang ke 2.
Papa tengah pening kepala time ni.


Permainan ke 3 yang dia dapat main. Siap pilih yang ini sebab warna kuning dan best enjut2. Yang kiri kanan tu tak best kot. Papa cakap "Tau pulak dia bila naik kena enjut". Mana tak taunya, sebelum naik dia dah usha, orang yg naik tu buat apa. So dia tiru lah.


Permainan ke 4. Ni yg last dapat main sebab papa dah hampir nak pitam. Kalau dah dapat kaki ni, mau pengsan mama mengejar dia.

Masa dalam kereta nak balik,  mulut becok bercakap..ma pa...sambil tunjuk jari ke arah playground tu. Agaknya nak ajak datang lagi kot.

Minggu depan nak bawa dia pergi lagi tempat2 reakrasi macam ni. So dia boleh main sepuas2nya. Pemandangan pun luas sikit. Tak adalah asyik2 pandang dinding dan main permainan yang tak seberapa tu di rumah.

Harap bulan depan dia dah boleh berjalan. So senang sikit dia nak pilih jenis permainan. Takkan pulak dia nak merangkak kat tengah2 playground tu . Kang tak pasai2 tercedera kena langgar dengan budak2 lain. Orang lain semuanya dah berlari dan berjalan. Dia sorang je yang kena dukung. Tu pun ada hati nak main semua permainan...besar sungguh jiwa Rizqin ni.

Lepas ni nak buat proposal nak bg papa approve.

1. Pagi2 ahad, gi Taman -jogging.
2. Bawa gi Zoo
3. Bawa gi swimming kat bawah rumah.

No more aktiviti makan tido FB aje yer...nanti naik darah tinggi.












Susunan tumbuh Gigi

Sunday, September 9, 2012

Salam semua..


Rizqin dalam proses nak tumbuh pasangan gigi ke 4. Patutlah asyik mengalir aja air liur dia. Sekarang dah ada 7 gigi. Gigi bawah belah kanan baru tumbuh. Tinggal yang belah kiri pulak keluar. Lepas ni tunggu gigi geraham dia keluar.

Lepas gigi geraham keluar, harap2 dia boleh makan makanan yang keras. Buat masa ni walaupun dah setahun, mama masih blend nasi dia sekali dengan lauk. Dia dah boleh makan bubur tanpa blend tapi kalau daging,udang tu potong kecik2 dia akan simpan dalam mulut banyak2 dan keluarkan semua sekali. So nak elakkan rumah bersepah. Baiklah mama blend kan sekali.

Sudah 7 batang gigi tumbuh, setakat ni dia tak ada pulak tak lena tido ketika gigi dia tumbuh. Rizqin memang anak yang strong. Dia akan menangis bila hidung tersumbat aje. Kalau gigi tumbuh tak de hal bagi dia. Tak ada lagi dia mengamuk tak tentu hal.

Kerenah Rizqin lepas 1 tahun

Salam semua.

Macam2 yang dia dah pandai sekrang ni sejak masuk umur 1 tahun.

1. memanjat


2. Bunyi gril rumah, dia ingat papanya. Terus kejar ke pintu. Rupanya salah orang. Orang depan rumah yang balik.



3. Pandai mengunyah. Time ni dia makan biskut homemade by mama.


4. Dah pandai mengamuk golek2 kat lantai kalau apa dia nak tak dapat. Tak pun merajuk kalau lambat bagi susu.


5. Cuba2 nak berdiri dah. Paling lama berdiri dalam kiraan 25..lepas tu cepat2 pegang mama. kadang2 ditepisnya tangan mama, tak bagi mama pegang. Konon2 dah terror lah tu berdiri.


6. Pandai sayang mama.
PIC tak ada , dia akan sapu2 pipi mama tanda sayang. (ni mama ajar). Bila papa suh sayang, dia pukulnya pipi papa. Dah papa marah mama, katanya mama salah ajar anak hahahaha.

Tak sabar nak tunggu langkah pertama dia,berjalan dan berlari.. Nanti balik rumah atok mak, boleh lari2 kat tepi pantai.

Mama tak sabar jugak nak beli swimming suit Rizqin.Nanti boleh terjun swimming pool mama dan mandi pantai kat rumah atok.










Rizqin mula menulis

Salam semua...

Mama memang dah lama tak bagi Rizqin pegang pen. Ada lah sekali dua ajar dia menulis, tu pun masa dia tak pandai duduk lagi. Tengah2 meniarap tu bagi pen. Time tu memang tak pandai pegang pen. Sehinggalah tengahari Ahad tu, mama sibuk mengemas bil2 dan kertas2 dari dalam laci, dia pun sibuk jugak nak kertas dan pen.

Bila mama bagi pen, dia nak kertas. So mama bagilah kertas kotak conflake tu, tengok2 tegak aje dia pegang pen. tapi dengan tangan kiri lah. memang lama benar mama tak ajar dia menulis sebab takut dia tercucuk pen dalam mulut. Dia suka masukkan semua benda dalam mulut.

Mama betul2 tak sangka rupanya anak mama ni minat sangat menulis. Dia tau fungsi kertas tu untuk dia melukis dan menulis. Rasa bersalah pulak sebab tak ajar Rizqin menulis. Sorry ye sayang. Lepas ni mama akan luangkan masa utk ajar Rizqin menulis.

Kemungkinan dekat nursery dia tengok kawan2 dia menulis & melukis atau mungkin jugak cikgunya ajar dia menulis sama. Jumaat aritu tengok2 kaler magic pen ada kat kepala dia. Ni mesti dia sibuk mengacau kawan2 nyer dekat nursery melukis.

Mama rasa seronok sangat tengok dia pegang pen sambil menconteng. Lepas ni boleh keluarkan white board dia yang papa beli aritu.





P/s : Perasaan tak rambut upin dia dah panjang. Yang paling panjang tulah rambut upin dia. Sehelai aje macam upin jugak. Nilah gara2 suka tengok upin ipin time2 dah hujung mengandung. Mungkin time tu, rizqin dalam perut tengah tumbuh rambut.

Bilik Rizqin SIAP.

Salam semua...

Alhamdulilah, akhirnya bilik Rizqin dapat disiapkan juga oleh PAPA. Hari Sabtu, memang kami tidak ke mana-mana, so sehari suntuk sibuk menyiapkan bilik Rizqin. Mama jadi mem besar jer,bagi arahan nak letak almari buku kat mana, semua kerja papa yang buat. Untuk anak kesayangan dia, so rajinlah papa tu.Mama sibuk didapur aje, siapkan makanan anak beranak.

Papa, kemas kan bilik depan dulu, mulanya mama dengan Rizqin TOLONG jugak ( tolong tengok) dari luar bilik. Nak masuk, takut Rizqin kena habuk, diakan allergic habuk. So mama dukung je, walaupun Riziqn meronta2 nak tolong papanya mengemas. Sekejap je kami tolong tengok sebabnya bila kami ada mulut papa sibuk membebel (papa memang kuat membebel berbanding mama) So kami pun buat2 tak tahu sambil tengok TV hehehe...

Siap kemas bilik depan, ada ruang sikit, papa keluarkan katil bujang untuk di masukkan ke bilik depan. Kemudian, tolak rak buku mama yang teramat berat tu. Buku2 memang tak dikeluarkan, just tolak aje dengan kotak2 pinggan mangkuk mama atas almari tu. Nasib baik CORRELE mama tak jatuh berderai. Kalau tak maunya mama meroyan setahun. Siap lap & vacuum semua.

Alhamdulilah time papa sibuk mengemas ni, Rizqin tido dengan nyenyaknya so tak de sape2 yang mengacau papa. Bunyi vacuum pun, tak jadi apa kat dia. Dia tak jaga langsung, tido mati agaknya hehehe. Sempat jugak mama memberus kain baju Rizqin. So kerja hari ni memang berjalan lancar sebab Rizqin tido lama.

Siap papa vacuum, mop lantai. Papa tanya mama nak letak cabinet baju kat mana, so kami decide letakkan tepi sebelah pintu, so Rizqin ada ruang yang luas untuk bermain. Sebenarnya dekat belakang almari tu, ada switch. So elok jugak letak almari ni, jadi Rizqin tak delah kerjanya nak mengerjakan switch tu. Kalau dia bermain sorang2 dalam bilik, kami tidak akan rasa bimbang sangat.

Rizqin punya puzzle mat tu memang ngam2 aje dengan bilik tu. So tak perlu lagi kami tambah. Bila papa siap pasang, taburkan mainan dia. Dia pun tau2 je dah siap, terus bangun dan masuk bilik dia. Ni aksi seronok dia bermain dalam bilik tu.




Inilah hasil kerja keras papa. Sampai sakit2 belakang papa menyiapkan bilik Rizqin.
Anyway, thank you so much papa. Good Job papa. Mama cuma upah kan papa dengan cekodok bilis,kentang & kobis je. Upah penat lelah papa. Rizqin pun, mama upah dengan cekodok kismis sebab jadi Good boy. Tido aje sepanjang proses mengemas.


WELCOME.Inilah bilik bujang saya (Rizqin). Papa dah tampalkan sticker. "Cantik tak. Ada yang saya dah tanggalkan. Sorry papa."


Ini pula cabinet baju Rizqin. Sticker yang papa tampal semuanya dah kena cabut oleh Rizqin. Tinggal yang bahagian atas aje. "Tak lama lagi saya tinggi, saya akan cabut semuanya."


Rizqin "Seronoknya dapat main dalam bilik ni mama papa."
Mama pesan " Rizqin, lepas ni jangan sepah2 mainan lagi yer. main aje dalam bilik ok"


Kusyuk bermain dengan Mr Robot dia. Sibuk mama letak atas rak tu, sibuk dia memunggah ke lantai semua mainan dia.


Sibuk main sampai tak perasan mama amik gambo dia.


Petang ahad, Rizqin merasmikan biliknya. Lama tido dalam bilik ni, dari pukul 2pm sampai 5:15pm. Gelap dan sejuk, tu yang sedap tido. Bunyi guruh & petir langsung tak dihirau






Rizqin turns 1

Tuesday, September 4, 2012

Mintak duit raya :-)








Mendidik anak beradab

Monday, September 3, 2012

Salam semua..

Alhamdulilah Rizqin dah 1 tahun 9 hari. Tiada sambutan birthday lagi yang dapat mama buat untuknya. Cuma dipanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dipanjangkan umur dan diberi kesihatan berpanjangan buat anak mama ini. Doa mama tidak hanya di hari lahir Rizqin tapi doa mama berpanjangan selagi hayat dikandung badan. Doa mama untuk menjadikan Rizqin anak yang soleh, beriman, penghafal al-Quran, berakhlak mulia dan berjaya didunia dan akhirat. Tiada kegembiraan buat seorang ibu melainkan ingin anaknya berjaya dalam hidup.

Setelah Rizqin masuk umur 1 tahun ini. Mama dah mula berasa cemas kerana diumur begini Rizqin sudah tahu setiap arahan, pandai mendengar, pandai meniru setiap perbuatan orang sekeliling. Mama mula pening bagaimana untuk mendidik agar anak mama ini beradab ketika dirumah dan diluar rumah. Malu kalau anak mengamuk2 dikhalayak ramai atau menjerit2. Akhir2 ni banyak betul artikel mengenai anak2 orang ketika pergi beraya yang buat tuan rumah naik pening kepala. Ada yang panjat2 sofa sambil melompat2 dan ada jugak yang buka peti ais rumah orang. Mama tak mau anak mama berkelakuan tidak elok begitu. Risau hati ini kalau orang mengata anak kita kurang adab or kurang ajar. Mak bapak tak pandai jaga anak.

Rizqin sekarang sudah pandai menangis kalau barang ditangannya dirampas. So mama paksa papa kalau ambil sesuatu dari tangan dia...mintak elok2 dan ucapkan TQ bila di bagi barang tu. Setakat ini ada yang dia ikut tapi kadang2 dia pegang kemas brg2 ditangannya. Puas jugak memujuk. Mama memang kena bersabar dalam hal ini.

Kalau pergi ke rumah orang, setakat ini dia setakat meniti sofa, meja sebab tak pandai berjalan lagi. Paling kuat ketuk2 meja atau panjat tangga. Lepas tu main kat ruang tamu. Walaupun dia lasak tapi belum lagi dia buat perkara yang boleh memalukan mama & papa.

Cuma mama risau kalau dia dah besar sikit, dah pandai berjalan takut dia berlari kesana kemari, panjat sofa dan sebagainya. Sekarang mama tengah tercari2 kaedah yang betul dalam mendidik anak & mendepani masalah kenakalan anak2. Mama tak mahu anak mama jadi kurang ajar, menengking ibubapa atau mengamuk2.  Ada orang siap pukul2 anak lagi. Setakat ini mama cuma pukul di telapak kaki kalau dia buat perangai.

Perangai yang buat mama marah bila time makan...mula2 elok makan. Bila dah kenyang sikit. Dah mula tepis2 makanan yang mama sudukan. Lepas tu, dia sapu2 semua nasi yang jatuh ke lantai tu. Mula2 dulu, mama tampar jugak tangannya, cakap jgn buat mcm tu. Hasilnya dia tampar tangan mama dia balik. Fikir balik, cara tampar balik tangan anak ni tak beri kesan dia ingat kita main2 pulak.Sebab Rizqin ni apa kita buat , dia ikut balik. Cepat tangkap setiap perbuatan kita. Kadang2 apa yg mama papa cakap, dia boleh ikut, cepat betul dia program dalam kepalanya.

Rizqin kalau orang cakap kasar2 dia menangis. Macam aritu kakak Intan marah pada Yasmin, tapi dia ingat kak intan marah dia, dia melalak sampai kena pujuk baru berhenti. Manja sangat2.

Sebenarnya cabaran untuk mendidik anak dari kecil bukan kerja mudah. Setiap orang kena laluinya termasuklah mama. Moga Allah bagi panduan agar mama berjaya mendidik Rizqin dengan adab sopan dan akhlak yg mulia.

Happy Birthday sayang. Moga kamu jadi anak yang menyenangkan hati mama sepanjang hayat Mu.